Aman RA

penyanyi, penulis lirik, penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia

Aman Jamaluddin (lahir 20 April 1987) atau lebih dikenali sebagai Aman RA merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, komposer, penerbit rakaman dan usahawan Malaysia.[2] Aman RA mula dikenali sebagai Kraft yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan College Dropouts bersama dengan rakan sekolahnya, Caprice pada 2006. Kumpulan tersebut telah menyertai pertandingan anjuran Astro hitz, TV Blast Off Musim Ketiga dan telah mendapat tempat kedua.

Aman RA
Kelahiran
Aman bin Jamaluddin

(1987-04-20) 20 April 1987 (umur 37)[1]
Nama lainKraft
Pekerjaan
Tahun aktif2006–kini
PasanganAminah Hani (k. 2022)
Kerjaya muzik
GenreHip-hop, Rap
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Keramat Records
Universal Music Group
Pengkarya berkait

Perniagaan

Aman RA mempunyai jenama barangannya sendiri iaitu BudakFlat Co dan Boleh Pergi Mampus.[3]

Diskografi

Album studio

  • REBEL (2018)[4]
    • 1. Bangun
    • 2. Malu Tanya Sesat
    • 3. Kita Cara Kita
    • 4. Cinta Atau Cita Cita
    • 5. Berada (feat. Altimet, Noh Salleh)
    • 6. Tabah
    • 7. Saat Baru (feat. Kaka Azraff)
    • 8. BudakFlat
    • 9. YeDowh
    • 10. Rap Tak Ingat

Single

  • Diamonds (2010)
  • BudakFlat (2016)
  • I Am Here (2017)
  • Tabah (2018)
  • BudakFlat 2.0 (2022)

Artis jemputan

  • Belantara Konkrit (2014) (Altimet feat. Salam & Aman RA)
  • EazyPeazy (2017) (Ayda Jebat feat. Aman RA)
  • Jatuh Bangun (2017) (Haqiem Rusli feat. Aman RA)
  • Ayuh (2023) (Malique, Kmy Kmo, Ernie Zakri dan Aman RA)

Rujukan

Pautan luar