Anatomi

kajian struktur dan bahagian organisma

Anatomi, turut dikenali dengan nama kaji bina tubuh, kaji urai tubuh, ilmu urai atau ilmu tasyrih/tasrih, merupakan cabang biologi yang berkaitan dengan kajian struktur sesuatu organisma dan bahagiannya;[1] yang mampu dikaji dengan lebih mendalam dalam bidang zootomy (haiwan) dan phytotomy (tumbuhan). Anatomi juga berkait rapat dengan embriologi dan anatomi perbandingan, yang berkait rapat dengan biologi evolusi dan filogeni.[2] Anatomi manusia merupakan salah satu daripada kajian asas dalam bidang perubatan.[3] Disiplin anatomi dibahagikan kepada skala makroscopik dan mikroskopik. Anatomi makroskopik atau anatomi kasar merupakan kajian bahagian badan sesuatu haiwan melalui penglihatan tanpa mengunakan sebarang alat bantuan. Anatomi kasar juga meliputi cabang anatomi superfisial. Anatomi mikroskopik melibatkan penggunaan peralatan optik dalam kajian tisu (juga dikenali sebagai histologi) dan sel sesuatu struktur.

Carta anatomi dari Cyclopaedia, 1728

Definisi

Perbandingan rangka manusia dan gajah

Berasal dari Yunani ἀνατέμνω anatemnō "membedah atau memotong " dari ἀνά ana "memotong", dan τέμνω temnō "memotong",[4] anatomi merupakan kajian saintifik struktur, sistem, organ dan tisu sesuatu organisma. Anatomi meliputi rupa, kedudukan, bahan binaan dan lokasi sesuatu bahagian serta kaitannya dengan bahagian lain. Kajian anatomi berbeza daripada fisiologi dan biokimia yang masing-masing berkait dengan fungsi dan proses kimia sesuatu bahagian.

Disiplin anatomi terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk anatomi makroskopik (anatomi kasar) dan anatomi mikroskopik. Anatomi kasar merupakan kajian struktur-struktur yang mampu dilihat dengan mata kasar dan meliputi aspek anatomi superfisial (anatomi cetek) yang menggunakan penglihatan untuk mengkaji ciri-ciri luaran badan. Anatomi mikroskopik merupakan kajian struktur dengan menggunakan skala mikroskopik, termasuklah kajian histologi (kajian tisu) dan embriologi (kajian organisma yang belum matang).[2]

Kajian anatomi dilakukan dengan menggunakan kaedah invasif atau tidak invasif, degan tujuan untuk memperoleh maklumat tentang struktur dan organisasi organ-organ atau sistem.[2]

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno