Angka Vietnam

Terdapat dua set sistem angka dalam bahasa Vietnam, iaitu yang berdasarkan nombor Vietnam asli dan juga Sino-Vietnam yang mendapat pengaruh angka Cina.

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Konsep

Sepertimana bahasa Vietnam yang mendapat pengaruh Cina yang kuat, bahasa Jepun dan bahasa Korea juga menggunakan dua sistem—sistem asli dan sistem Cina. Tetapi penggunaan sistem Cina adalah lebih meluas dalam kedua-dua bahasa tersebut, berbanding dalam bahasa Vietnam. Nombor dari 1 hingga 1000 masih diungkapkan dalam sistem Vietnam asli dan hanya beberapa nombor (seperti 1,000,000, triệu diungkapkan dalam sistem Cina.

Dalam sistem tulisan Vietnam, nombor dari setiap sistem boleh ditulis dengan dua cara. Dalam tulisan moden, nombor dari kedua-dua sistem ditulis dalam aksara yang dirumikan iaitu quốc ngữ. Dalam tulisan lama, yang menggunakan Hán-Nôm (karakter), nombor dari sistem Cina ditulis dalam Hán tự dan nombor dari sistem Vietnam asli ditulis dalam Chữ Nôm.

Bentuk asas

Bentuk asas sistem penomboran Vietnam mengandungi beberapa aspek seperti berikut:

  • Berbeza dengan sistem penomboran Cina yang lain, bahasa Vietnam tidak mengasingkan nilai tempat dalam 10,000 (myriad), tetapi dalam ribu. Contohnya, "123123123" direkodkan dalam bahasa Vietnam sebagai "𠬠𤾓𠄩𨒒𠀧𠬠𤾓𠄩𨒒𠀧𠦳𠬠𤾓𠄩𨒒𠀧/một trăm hai mươi ba triệu một trăm hai mươi ba nghìn (ngàn) một trăm hai mươi ba", atau "123兆123𠦳123" (123 juta, 123 ribu dan 123)[1], sementara di dalam bahasa Cina, bahasa Jepun dan bahasa Korea, nombor yang sama dinyatakan sebagai "1亿2312万3123" (1 ratus juta, 2312 puluh ribu dan 3123).
  • Walaupun terdapat dua set sistem angka dalam bahasa Vietnam, set nombor Sino-Vietnam sangat jarang digunakan. Hanya apabila sesuatu nombor melebihi tanda digit ribu, barulah nombor dari sistem Sino-Vietnam seperti "vạn/萬", "ức/億" dan "triệu/兆" akan digunakan secara khusus. Perkataan-perkataan Sino-Vietnam ini mewakili nilai nombor yang pernah digunakan pada zaman Cina purba, dengan setiap angka bertambah sepuluh kali dalam nilai digit, 億 menjadi nombor untuk 105, 兆 untuk 106, dan seterusnya.
  • Kini, perkataan Sino-Vietnam "vạn/萬" dan "ức/億" semakin kurang digunakan.
  • Beberapa nombor terhasil dari campuran Vietnam asli dan Sino-Vietnam, contohnya, "mười triệu/𨒒兆", di mana "triệu/兆" berasal dari perbendaharaan kata Sino-Vietnam, dan "mười/𨒒" merupakan perkataan asli.

Jadual berikut merupakan gambaran keseluruhan bentuk angka Vietnam yang asas, diberi dalam kedua-dua bentuk asli dan Sino-Viet. Untuk setiap nombor, sel bagi bentuk yang lebih biasa digunakan akan diwarnakan. Perbezaan dalam pembacaan antara dialek Hanoi dan Saigon ada dinyatakan di dalam nota-nota di bawah.


NomborSino-VietnamVietnam asliNota
Hán tựQuốc NgữChữ NômQuốc Ngữ
0空 • 〇(零)không • linh(tiada)(tiada)Perkataan pinjaman "zêrô (zêro, dê-rô)" sering digunakan dalam penerbitan berkaitan fizik.
1一(壹)nhất𠬠một
2二(貳)nhị𠄩hai
3三(叄)tam𠀧ba
4四(肆)tứ𦊚bốnDalam sistem nombor ordinal, perkataan Sino-Viet "tư/四" adalah lebih sistematik dan lebih banyak digunakan
5五(伍)ngũ𠄼nămDalam dialek Hanoi, "lima" boleh juga disebut "lăm" apabila menjadi sebahagian dari nombor dua digit berakhir dengan 5 (seperti 15, 25, 35...) untuk mengelak kekeliruan dengan kata sebunyi dengan năm, contohnya "năm/𢆥", yang bermaksud "tahun umur".
6六(陸)lục𦒹sáu
7七(柒)thất𦉱bảyDalam sesetengah dialek Vietnam, ia juga dibaca "bẩy".
8八(捌)bát𠔭tám
9九(玖)cửu𠃩chín
10(拾)thập𨒒mười
100(佰)bách𤾓 • 𠬠𤾓trăm • một trămPerkataan Sino-Viet "bách/百" lebih biasa digunakan sebagai morfem (dalam kata majmuk), dan jarang digunakan dalam bidang matematik sebagai satu digit. Contoh: "bách phát bách trúng/百發百中".
1,000(仟)thiên𠦳 • 𠬠𠦳nghìn (ngàn) • một nghìn (ngàn)Perkataan Sino-Viet "thiên/千" lebih biasa digunakan sebagai morfem, tetapi jarang digunakan dalam matematik. Contoh: "thiên kim/千金". "nghìn" ialah pembacaan piawai di Vietnam utara, sementara "ngàn" ialah sebutan di selatan.
10,000 • 𠬠萬vạn • một vạn𨒒𠦳mười nghìn (ngàn)"một/𠬠" di dalam "một vạn/𠬠萬" ialah morfem asli Vietnam.
100,000 • 𠬠億 • 𨒒萬ức • một ức • mười vạn[2]𤾓𠦳 • 𠬠𤾓𠦳trăm nghìn (ngàn) • một trăm nghìn (ngàn)"mười/𨒒" dan "một/𠬠" di dalam "mười vạn/𨒒萬" dan "một ức/𠬠億" adalah morfem asli Vietnam.
1,000,000 • 𠬠兆 • 𠬠𤾓萬triệu • một triệu • một trăm vạn[3](tiada)(tiada)"một/𠬠" dan "trăm/𤾓" di dalam "một triệu/𠬠兆" dan "một trăm vạn/𠬠𤾓萬" adalah morfem asli Vietnam.
10,000,000𨒒兆mười triệu(campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet)(campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet)"mười/𨒒" di dalam "mười triệu/𨒒兆" ialah morfem asli Vietnam.
100,000,000𤾓兆trăm triệu(campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet)(campuran antara sistem Viet asli dan Sino-Viet)"trăm/𤾓" di dalam "trăm triệu/𤾓兆" ialah morfem asli Vietnam.
1,000,000,000[4]tỷ(tiada)(tiada)

Bentuk lain

NomborHán-NômQuốc NgữNota
11𨒒𠬠mười một
12𨒒𠄩 • 𠬠 támười hai • một tá"một tá/𠬠 tá" sering digunakan di dalam hal yang berkaitan matematik, di mana "" mewakili kata pinjaman "dozen".
14𨒒𦊚 • 𨒒四mười bốn • mười tư"mười tư/𨒒四" sering digunakan di dalam hal berkaitan sestera, di mana "tư/四" berasal dari perbendaharaan kata Sino-Viet.
15𨒒𠄻mười lămDi sini, "lima" disebut "lăm".
19𨒒𠃩mười chín
20𠄩𨒒 • 𠄩𨔿hai mươi • hai chục
21𠄩𨒒𠬠hai mươi mốtBagi nombor yang mengandungi digit 1 dari 21 hingga 21, nombor 1 disebut "mốt".
24𠄩𨒒四hai mươi tưApabila digit 4 muncul dalam nombor selepas 20, "tư/四" adalah lebih biasa digunakan.
25𠄩𨒒𠄻hai mươi lămDi sini, lima disebut "lăm".
50𠄼𨒒 • 𠄼𨔿năm mươi • năm chụcApabila "𨒒" (10) muncul selepas nombor 20, sebutannya berubah kepada "mươi".
101𠬠𤾓零𠬠 • 𠬠𤾓𥘶𠬠một trăm linh một • một trăm lẻ mộtWalaupun "một trăm linh một/𠬠𤾓零𠬠" adalah dalam bentuk piawai, ia hanya biasa digunakan di Vietnam utara, di mana "linh/零" berasal dari perbendaharaan kata Sino-Vietnam; "một trăm lẻ một/𠬠𤾓𥘶𠬠" lebih biasa digunakan di selatan.
1001𠬠𠦳空𤾓零𠬠 • 𠬠𠦳空𤾓𥘶𠬠một nghìn (ngàn) không trăm linh một • một nghìn (ngàn) không trăm lẻ mộtApabila tempat digit ratus diduduki oleh sifar, nombor ini diungkapkan dengan "không trăm/空𤾓".
10055𨒒𠦳空𤾓𠄼𨒒𠄻mười nghìn (ngàn) không trăm năm mươi lăm
  • Apabila nombor 1 muncul selepas 20 dalam digit unit, sebutannya berubah kepada "mốt".
  • Apabila nombor 4 muncul selepas 20 dalam digit unit, sebutan Sino-Viet "tư/四" adalah lebih biasa digunakan.
  • Apabila nombor 5 muncul selepas 10 dalam digit unit, sebutannya berubah kepada "lăm".
  • Apabila "𨒒" muncul selepas 20, sebutannya berubah kepada "mươi".

Nombor ordinal

Nombor ordinal Vietnam umumnya didahului oleh awalan "thứ", yang merupakan perkataan Sino-Viet yang bersamaan dengan ". Untuk nombor ordinal bagi satu dan empat, pembacaan Sino-Viet nhất/一" dan "tư/四" adalah lebih biasa digunakan; kadang-kadang, dua juga dinyatakan dengan perkataan Sino-Viet "nhì/二". Dalam semua kes yang lain, nombor asli Vietnam digunakan

Nombor ordinalQuốc NgữHán-Nôm
Pertamathứ nhất次一
Keduathứ hai • thứ nhì次𠄩 • 次二
Ketigathứ ba次𠀧
Keempatthứ tư次四
Kelimathứ năm次𠄼
Ke-nthứ …次…

Rujukan

Lihat juga