Angka Rumi

MMXXIII
(2023 dalam angka Rumi)

Angka Rumi atau angka Roman ialah sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Rumi yang digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Sepuluh angka Rumi yang utama adalah:

Sistem angka Rumi adalah berbentuk perpuluhan[1] dan tidak mempunyai angka sifar. Sistem ini berkait rapat dengan angka Etruscan dan huruf-hurufnya diambil dari simbol-simbol bukan abjad terawal; lama kelamaan orang Rom menukar simbol-simbol ini dengan huruf-huruf dari abjad Latin. Sistem angka Rumi yang digunakan pada hari ini merupakan hasil perubahan yang pada zaman pertengahan akhir.

Angka Rumi biasanya digunakan dalam senarai yang dinomborkan (seperti garis bentuk format untuk sesebuah rencana), muka jam, muka surat yang mendahului badan utama buku, bulan dalam setahun, di belakang nama waris pemimpin politik dan monarki yang mempunyai nama yang sama, dan penomboran acara tahunan.

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60
Bahagian masuk ke seksyen LII di Colosseum.

Simbol

Angka Rumi adalah berdasarkan tujuh simbol: satu calitan (diwakili huruf I) untuk satu unit, satu sevron (diwakili huruf V) untuk lima, satu calitan silang (diwakili huruf X) untuk sepuluh, satu C (singkatan kepada Centum) untuk seratus, dan sebagainya:

SimbolNilai
I1 (satu) (unus)
V5 (lima) (quinque)
X10 (sepuluh) (decem)
L50 (lima puluh) (quinquaginta)
C100 (satu ratus) (centum)
D500 (lima ratus) (quingenti)
M1000 (satu ribu) (mille)

Simbol dilelar (diulang-ulang) untuk menghasilkan gandaan nilai perpuluhan (1, 10, 100, 1000), dan V, L, D yang digunakan untuk gandaan lima, dan pelelaran meneruskan: I "1", II "2", III "3", V "5", VI "6", VII "7", dan seterusnya, dan ia dilakukan dengan sama untuk asas yang lain: X "10", XX "20", XXX "30", L "50", LXXX "80"; CC "200", DCC "700", dan seterusnya. Pada pelelaran keempat, prinsip subtraktif akan digunakan, dengan asasnya diletakkan sebelum asas yang lebih tinggi: IIII atau IV "4", VIIII atau IX "9", XXXX atau XL "40", LXXXX atau XC "90", CCCC atau CD "400", DCCCC atau CM "900".

Orang Rom kuno cuma menggunakan versi huruf besar. Pada zaman pertengahan, huruf kecil telah dicipta dan bentuk yang biasa digunakan ialah: i, ii, iii, iv, dan seterusnya. Selain itu, gantian "j" untuk akhiran "i" juga telah dicipta untuk mengakhiri sesuatu nombor, seperti iij untuk 3 atau vij untuk 7. "j" ini bukanlah huruf yang berasingan, sebaliknya cuma variasi berhias untuk "i".

Untuk nombor besar (4000 ke atas), satu bar akan diletakkan di atas angka asas, atau tanda kurungan diletakkan untuk menunjukkan pendaraban dengan 1000, walaupun orang Rom sendiri sering membuang "M" sahaja:[2]

Tanda kurungan pula adalah lebih versatil; (II) bersamaan dengan MM, tetapi II tidak dijumpai.

Jadi pendaraban asas angka Rumi adalah mengikut corak seperti berikut:

×1×2×3×4×5×6×7×8×9
SaIIIIIIIVVVIVIIVIIIIX
PuluhXXXXXXXLLLXLXXLXXXXC
RatusCCCCCCCDDDCDCCDCCCCM
RibuMMMMMMIVVVIVIIVIIIIX}}
Puluh RibuXXXXXXXLLLXLXXLXXXXC}}
Ratus RibuCCCCCCCDDDCDCCDCCCCM}}

Kaedah praktikal untuk menulis angka Rumi adalah dengan menggunakan sistem moden angka Arab, dan menukar secara berasingan ribu, ratus, puluh, dan sa seperti diberikan dalam carta di atas. Jadi, sebagai contoh, 1234 difikir sebagai "satu ribu dan dua ratus dan tiga puluh dan empat", mendapatkan M (satu ribu) + CC (dua ratus) + XXX (tiga puluh) + IV (empat), untuk MCCXXXIV. Jadi sebelas adalah XI (sepuluh dan satu), 32 adalah XXXII (tiga puluh dan dua) dan 2009 adalah MMIX (dua ribu dan sembilan). Perlu diingat yang prinsip subtraktif tidak melangkaui seperti apa yang dinyatakan di dalam carta di atas, jadi IL tidak digunakan untuk 49, sebaliknya ditulis dengan empat puluh (XL) dan sembilan (IX), atau XLIX.

Angka Rumi moden

Berikut adalah beberapa angka Rumi moden, selepas zaman Victoria:

PiawaiArabNota
tiada0N pernah digunakan sekurang-kurangnya sekali oleh Bede sekitar 725.
I1
II2
III3
IV4IIII masih digunakan di jam dan permukaan kad tarot.
V5IIIII jarang digunakan pada zaman pertengahan.
VI6
VII7
VIII8IIX jarang digunakan pada zaman pertengahan.
IX9
X10VV jarang digunakan pada zaman pertengahan.
XI11
XII12
XIII13
XIV14
XV15
XVI16
XVII17
XVIII18
XIX19
XX20
XXI21
XXV25
XXX30
XXXV35
XL40
XLV45
XLIX49Berdasarkan prinsip subtraktif seperti dinyatakan di atas, IL tidak diterima.
L50
LX60
LXIX69
LXX70
LXXVI76
LXXX80
XC90
XCIX99
C100
CL150
CC200
CCC300
CD400
D500
DC600
DCLXVI666
DCC700
DCCC800
CM900
M1,000
MCDXLIV1,444Nombor pandigital terkecil (setiap simbol digunakan)
MDCLXVI1,666Nombor pandigital efisien terbesar (setiap simbol muncul sekali sahaja)
MDCCCLXXXVIII1,888Nombor terpanjang apabila ditulis (tanpa gandaan M)
MCMXC1,990Ringkasan seperti XMM dan MXM bertentangan dengan prinsip subtraktif
MCMXCVII1,997
MCMXCIX1,999Ringkasan seperti IMM dan MIM bertentangan dengan prinsip subtraktif
MM2,000
MMI2,001
MMIX2,009
MMD2,500
MMM3,000
IV4,000Kadang-kadang menjadi MMMM atau MV
V5,000
VMDCLXVI6,666Nombor ini menggunakan setiap simbol sehingga V sekali.
X10,000
L50,000
C100,000
D500,000
M1,000,000

Kaedah menulis angka Rumi dengan tepat adalah dengan mencatat mengikut urutan ribu, kemudian ratus, kemudian puluh, kemudian sa.


Contoh: nombor 1988.
Satu ribu adalah M, sembilan ratus adalah CM, lapan puluh adalah LXXX, lapan adalah VIII.
Digabungkan: MCMLXXXVIII.

Rujukan