Avril Lavigne

Avril Ramona Lavigne (disebut /ˈævrɨl ləˈviːn/; lahir 27 September 1984) ialah seorang penyanyi, penggubah, pereka fesyen, pelakon dan dermawan berbangsa Kanada. Beliau lahir di bandar Belleville, Ontario, tetapi banyak menghabiskan zaman mudanya di pekan Napanee, Ontario. Pada usia 15 tahun, beliau naik pentas bersama Shania Twain, dan setahun kemudian, Lavigne menandatangani kontrak rakaman bersama Arista (kini RCA Records). Eksekutif rakaman, Antonio "L.A." Reid menawarkan urus janji dua album yang bernilai lebih $2 juta kepadanya. Ketika berusia 17 tahun, Lavigne menceburi bidang muzik dengan album sulungnya, Let Go yang keluar pada tahun 2002.

Avril Lavigne
Lavigne , 2013
Latar belakang
Nama lahirAvril Ramona Lavigne
Berasal dariNapanee, Ontario, Canada
GenrePop rock, power pop, pop punk
PekerjaanPenyanyi, penggubah, pemuzik, pelakon, pereka fesyen, dermawan
InstrumenVokal, gitar, piano, dram
Tahun aktif1998–kini
Syarikat rakaman
Arista, RCA
Pengkarya berkait
Evan Taubenfeld, Deryck Whibley
Laman sesawang
www.avrillavigne.com
Alat muzik terkenal
Squier Signature Telecaster model

Di samping menjadikan Lavigne artis solo wanita termuda yang mencapai tangga #1 di UK, album Let Go disijilkan empat kali platinum oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika. Pada tahun 2009, lebih 16 juta salinan album itu telah dijual di seluruh dunia. Single ulungnya, "Complicated", menduduki tangga #1 di pelbagai negara, seperti mana yang dilakukan oleh Let Go. Album keduanya, Under My Skin, keluar pada tahun 2004 lalu menjadi album pertamanya yang memuncak di tangga #1 di carta Billboard 200 AS, dengan terjual lebih 10 juta salinan di seluruh dunia. Album ketiga Lavigne, The Best Damn Thing, keluar pada tahun 2007, memberikan single-single yang terunggul seperti "Girlfriend".

Lavigne memperluas kerjayanya dari bidang muzik kepada lakonan dalam filem dan rekaan busana dan wangian. Beliau meminjamkan suaranya kepada satu watak dalam filem animasi, Over the Hedge, pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, beliau membuat penampilan sulung dalam layar perak menerusi filem Fast Food Nation. Pada tahun 2008, Lavigne memperkenalkan jenama fesyen Abbey Dawn; pada tahun 2009, beliau mengeluarkan wangian, Black Star, diikuti oleh Forbidden Rose, pada tahun 2010.

Pada Julai 2006, Lavigne mengahwini teman lelakinya sejak dua tahun, Deryck Whibley, penyanyi utama dan pemain gitar kugiran Sum 41. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun lebih, dan berkesudahan dengan Lavigne memfailkan perceraian pada Oktober 2009. Namun demikian, Whibley dan Lavigne masih bekerja bersama selepas bercerai, yang mana Whibley menerbitkan album keempat Lavigne, dan juga single "Alice" untuk filem Tim Burton, Alice in Wonderland.

Kugiran sokongan

Ahli-ahli kini

  • Al Berry—gitar bes, vokal sokongan (2007–)
  • Rodney Howard—dram, alat genderang, vokal sokongan (2007–)
  • Stephen Anthony Ferlazzo Jr.—papan nada, vokal sokongan (2007–)
  • Jim McGorman—gitar irama, vokal sokongan (2007–)
  • Devin Bronson—gitar utama, vokal sokongan (2004–)
  • Charlie Williams—vokal sokongan, penari (2007–)
  • Andrew Ford—vokal sokongan, penari (2007–)

Bekas ahli

  • Mark Spicoluk—gitar bes, vokal sokongan (April 2002 – September 2002)
  • Jesse Colburn—gitar irama (2002 – Oktober 2003)
  • Evan Taubenfeld—gitar utama, vokal sokongan (2002 – September 2004)
  • Craig Wood—gitar irama, vokal sokongan (2003 – Januari 2007)
  • Matt Brann—dram, alat genderang (2002 – Februari 2007)
  • Charlie Moniz—gitar bes (2002 – Februari 2007)

Diskografi

Album

  • Let Go (2002)
  • Under My Skin (2004)
  • The Best Damn Thing (2007)
  • Goodbye Lullaby (2011)
  • Avril Lavigne (2013)
  • Head Above Water (2019)
  • Love Sux (2022)

Single #1

Single-single berikut mencapai kedudukan nombor satu di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Itali, Sepanyol, Eropah, Brazil dan/atau United World Chart.

TahunSingleKedudukan carta
A.S.AUSCANITASPAEURBRAWOR
2002"Complicated"21121211
2003"Sk8er Boi"103981112
2003"I'm With You"41529931
2004"Don't Tell Me"2210536812
2004"My Happy Ending"96129122
2005"He Wasn't"2592112118
2007"Girlfriend"11118121
2007"When You're Gone"2448411686
Jumlah hit nombor satu12522343

Filemografi

TahunFilemPerananNota-nota lain
2002Sabrina, the Teenage Witch[1]Diri sendiriJemputan; mempersembahkan "Sk8er Boi"
2004Going the DistanceDiri sendiriKameo; mempersembahkan"Losing Grip"
2006Fast Food NationAliceAktivis kolej
2006Over the HedgeHeatherSuara
2007The FlockBeatrice BellSuspect's Girlfriend

Rujukan

Pautan luar