Bahasa-bahasa Filipina

Bahasa-bahasa Filipina ialah keluarga bahasa yang diusulkan oleh R. David Paul Zorc (1986) dan Robert Blust (1991; 2005; 2019) yang merangkumi semua bahasa di Filipina dan Sulawesi utara—kecuali bahasa-bahasa Bajau-Sama dan beberapa bahasa di Palawan—dan membentuk subkeluarga di bawah bahasa-bahasa Austronesia.[1][2][3][4] Walaupun negara Filipina berdekatan dengan pusat perkembangan Austronesia dari Formosa, terdapat sedikit kepelbagaian linguistik dalam kalangan kira-kira 150 bahasa-bahasa Filipina, menunjukkan bahawa kepelbagaian terdahulu telah dipadamkan oleh penyebaran bahasa induk milik bahasa-bahasa Filipina kini.[5][2]

Bahasa-bahasa Filipina
(terusul)
Taburan
geografi:
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Bahasa-proto:Filipina Proto (terpertikai)
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5:phi
Glottolog:Tiada
{{{mapalt}}}
Bahasa-bahasa Filipina, mengikut Adelaar dan Himmelmann (2005)

Pengelasan

Sejarah dan kritikan

Salah satu pengelasan eksplisit pertama kumpulan "Filipina" berdasarkan gabungan genetik adalah pada tahun 1906 oleh Frank Blake, yang meletakkan mereka sebagai subbahagian "cawangan Melayu" dalam Malayo-Polynesian (MP), yang pada masa itu dianggap sebagai sebuah keluarga. Blake bagaimanapun merangkumi setiap bahasa dalam sempadan geografi kepulauan Filipina untuk berada di bawah satu kumpulan.[6] Hujah rasmi yang menyokong kewujudan "bahasa Filipina Proto" diikuti oleh Matthew Charles pada tahun 1974, Teodoro Llamzon pada tahun 1966 dan 1975, dan Llamzon dan Teresita Martin pada tahun 1976.[7][8][9][10] Dua dekad kemudian, Blust (1991) mengemaskini hujah tersebut berdasarkan kemasukan bahasa Yami, bahasa-bahasa Sangir, bahasa-bahasa Minahasa, dan bahasa-bahasa Mongondow-Gorontalo oleh Zorc (1986).[6]

Perpaduan genetik untuk sebuah kumpulan bahasa-bahasa Filipina telah ditolak terutamanya oleh Lawrence Reid.[11] Ini timbul dengan masalah dalam melangbina subkumpulan bahasa-bahasa Filipina dalam MP (Pawley, 1999; Ross, 2005).[12][13] Dalam pengelasan bahasa-bahasa Filipina terkini, beliau memberikan hujah pelbagai disiplin mengenai kelemahan kaedah dan teori bidang itu sejak penerangan Conant pada awal 1900-an. Hal ini termasuk kajipurba Polinesia-Melayu (Spriggs, 2003; 2007; 2011),[14][15][16] dan cerakinan filogenetik Bayes (Gray et al., 2009)[17] yang membuktikan kepelbagaian penyebaran sejarah dan perbezaan bahasa merentasi kepulauan.[18] Beliau mencadangkan bahawa cabang-cabang utama di bawah kumpulan bahasa-bahasa Filipina yang diterima secara meluas ini sebaliknya perlu dinaiktaraf sebagai cabang utama di bawah bahasa-bahasa Polinesia-Melayu.[19] Malcolm Ross (2005) awalnya juga menyatakan bahawa keluarga bahasa-bahasa Batan, yang membentuk bahasa Yami, bahasa Itbayat, dan bahasa Ivatan, sebenarnya harus dianggap sebagai cabang MP utama.[13] Dalam penilaian terhadap pembaharuan kosa kata dalam kalangan bahasa-bahasa Filipina, Alexander Smith (2017) menganggap bukti untuk subkumpulan bahasa-bahasa Filipina sebagai lemah, dan menyimpulkan bahawa "ia mungkin mewakili lebih daripada satu subkumpulan utama atau mungkin satu kaitan bertakrifkan pembaharuan kata".[20]

Pengelasan dalaman

Kumpulan bahasa-bahasa Filipina diusulkan berasal daripada bahasa Polinesia-Melayu Proto dan induknya daripada Bahasa Austronesia Proto. Terdapat beberapa usulan mengenai rencaman dalam kumpulan tersebut, tetapi kumpulan yang paling diterima luas kini ialah pengelasan sepersetujuan oleh Blust (1991; 2005) dan Reid (2017); namun, kedua-duanya tidak bersetuju akan kewujudan kumpulan bahasa-bahasa Filipina sebagai unit genetik tunggal.

Zorc (1979)

Pengelasan awal oleh Zorc (1979) dibentangkan di bawah. Dari kira-kira utara ke selatan, kumpulan bahasa-bahasa Filipina mengikut cerakinan beliau mengenai pelangbinaan sebelumnya dibahagikan kepada dua subkumpulan utama, bahasa-bahasa Filipina Utara dan bahasa-bahasa Filipina Selatan [21] Ambil maklum bahawa pengelompokan berikut tidak lagi mencerminkan pengelasan atau gaya penamaan yang diterima secara meluas hari ini. Contohnya Lanjutan Selatan kini mencerminkan bahasa-bahasa Luzon Tengah yang telah diwujudkan secara meluas, dan Mangyan Utara dalam bahasa-bahasa Filipina Utara tidak disokong oleh pelangbinaan kemudiannya; kumpulan yang mengandungi bahasa Yami, bahasa Ivatan, dan bahasa Itbayat dipanggil "bahasa-bahasa Batan" dalam Zorc (1977) dan tetap diterima umum.[22]

  • Bahasa-bahasa Filipina Utara
    • Bahasa-bahasa Pangasinana (termasuk bahasa Ilongot, bahasa Kallahan, bahasa Ibaloi, bahasa Pangasinan)
    • Bahasa-bahasa Kordilera Tengah (termasuk bahasa Isinai, bahasa Kalinga, bahasa Bontok, bahasa Balangao, bahasa Ifugao)
    • Bahasa-bahasa Ilokan (dalam bahasa Ilokano sahaja)
    • Bahasa-bahasa Kordilera Utara atau bahasa-bahasa Banag (termasuk Ibanag, Isneg, Gaddang)
    • Bahasa-bahasa Itbayat–Ibatan–Yami b
    • Lanjutan Selatan (termasuk bahasa-bahasa Sambal, bahasa Kapampangan)
      • Bahasa-bahasa Mangyan Utara
  • Bahasa-bahasa Filipina Selatan

Blust (1991; 2005)

Dari kira-kira utara ke selatan, bahasa-bahasa Filipina dibahagikan kepada 12 subkumpulan (termasuk bahasa yang ternirkelas):

Awalnya dikelaskan sebagai salah satu bahasa di bawah keluarga bahasa Mindanao Selatan, bahasa Klata kini dianggap sebagai cabang utama bahasa-bahasa Filipina oleh Zorc (2019).[23]

Kosa kata

Carta berikut membandingkan beberapa bahasa Filipina terpilih yang dituturkan dari utara ke selatan dengan bahasa Austronesia Proto terlebih dahulu untuk perbandingan.

Bahasa Melayusatu (1)dua (2)tiga (3)empat (4)lima (5)orangrumahanjingnyiurharibaharukitaapaapi
Austronesia Proto*əsa

*isa
*duSa*təlu*Səpat*lima*Cau*Rumaq*asu*niuR*qaləjaw*baqəRu*i-kita*n-anu*Sapuy
Bahasa-bahasa BatanBahasa Yamiásadóa (raroa)tílo (tatlo)apat (ápat)limataovahaychitoniyoyarawvayoyatenangoapoy
Bahasa Ivatanasadadowatatdoapatlimataovahaychitoniyoyarawva-yoyatenangoapoy
Bahasa-bahasa Luzon UtaraBahasa Ilokanomaysaduatallouppatlimataobalayasoniogaldawbarositayoaniaapoy
Bahasa Ibanagtaddayduatalluappa'limatolaybalaykituniukaggawbagusittamanniafi
Bahasa Gaddangantetaddwatalloappatlimatolaybalayatuayogawbawuikkanetamsanenayafuy
Bahasa Pangasinansakeydua

duara
talo

talora
apat

apatira
limatooabongasoniyogageobalosikatayoantopool
Bahasa-bahasa Luzon TengahBahasa Kapampanganmétungadwáatlúápatlimátáubaléásungúngutaldóbáyuítámunánuapî
Bahasa-bahasa Filipina TengahBahasa Tagalogisadalawatatloapatlimataobahayasoniyogarawbagotayoanoapoy
Bahasa Bikol Tengahsarôduwatuloapátlimatawoharongayamniyogaldawbàgokitaanokalayo
Bahasa Bikol Rinkonadaəsaddarwātolōəpatlimatawōbaləyayamnoyogaldəwbāgokitāonōkalayō
Bahasa Warayusa

sayo
duhatuloupatlimatawobalayayam

ido
lubiadlawbag-okitaanokalayo
Bahasa Hiligaynonisaduwatatloapatlimatawobalayidolubiadlawbag-okitaanokalayo
Bahasa Bantoanonusaruhatuyoupatlimatawobayayironidogadlawbag-okitani-okayado
Bahasa Romblomanonisaduhatuyoupatlimatawobayayayamniyogadlawbag-okitaanokalayo
Bahasa Onhanisyadarwatatloap-atlimatawobalayayamniyogadlawbag-okitaanokalayo
Bahasa Karay-asaradarwatatloapatlimatahobalayayamniyogadlawbag-okita

tatən
anokalayo
Bahasa Aklanonisaea

sambilog
daywatatloap-atlimatawobaeayayamniyogadlawbag-okitaanokaeayo
Bahasa Sebuanousaduhatuloupatlimatawobalayirolubiadlawbag-okitaunsakalayo
Bahasa Sulukisa

hambuuk
duwatuupatlimataubayiru'niyugadlawba-gukitaniyuunukayu
Bahasa-bahasa DanaoBahasa Maguindanaoisaduatelupatlimatauwalayasuniyuggaybagutanunginapuy
Bahasa Maranaoisadowat'lophatlimatawwalayasoneyoggawi'ebagotanotonaaapoy
Bahasa Iranunisaduatelupa'atlimatawwalayasuniyuggawi'ibagutanuantunaapuy
Bahasa-bahasa Mindanao SelatanBahasa Tbolisotulewutlufatlimataugunuohulefokdawlomitekuyteduofih
Bahasa-bahasa MinahasaBahasa Tombuluesazua

rua
teluepatlimatouwaléasupo'po'endowerukai

kita
apaapi
Bahasa-bahasa SangirBahasa Sangirsembau

esa'
daruatateluepa'limataubalékapuna'bango'elowuhukitétawéputung
Bahasa-bahasa Mongondow-GorontaloBahasa Gorontalotuwewuduluwototoluopatolimotawubele'apulabongodulahubohu'itowolotulu
Bahasa Mongondowinta'duatoluopatlimaintaubaloiungku'bango'singgaimobagukitaondatulu'

Lihat juga

  • Bahasa di Filipina
  • Senarai bahasa serantau Filipina
  • Bahasa-bahasa Negrito Filipina
  • Kesusasteraan Filipina
  • Komisyon sa Wikang Filipino
  • Akademi Seni dan Persuratan Visaya
Pengawalselia bahasa yang tidak berfungsi

Nota

1. Hubungan yang tidak jelas dengan kumpulan Filipina Utara yang lain
2. ^ Hubungan samar-samar dengan kumpulan Filipina Utara yang lain dan mempunyai kemungkinan hubungan dengan South Extension; setara dengan cawangan Batanic atau Bashiic yang ditubuhkan secara meluas.

Rujukan

Karya terpetik

Bacaan lanjut

Pautan luar

Templat:Languages of the PhilippinesTemplat:Philippine languagesTemplat:Austronesian languages