Bahasa Mon

Bahasa Mon merupakan sebuah bahasa Austroasia yangdituturkan oleh Orang Mon, yang tinggal di Myanmar dan Negara Thai. Di Myanmar, kebanyakan penuturnya tinggal di Negeri Mon, diikuti oleh Bahagian Tanintharyi dan Negeri Kayin.[2] Pada beberapa tahun ini, penggunaan Bahasa Mon telahpun merosot dengan cepat, terutamanya di kalangan golongan muda.[1] Banyak etnik Mon, seperti Shan, hanya berbahasa Burma. Bahasa Mon, tidak seperti kebanyakan bahasa di Asia Tenggara, tidak bernada.

Bahasa Mon
မဩန
Sebutan/pʰesa mɑn/
Asli kepadaMyanmar, Thailand, Amerika Syarikat (California)
KawasanAsia Tenggara
Penutur bahasa
Myanmar: 742,900, Total: 850,530[1]
Austro-Asiatic
Huruf Burma
Status rasmi
Bahasa rasmi di
tiada, diiktirafkan sebagai sebuah bahasa minoriti di Myanmar dan Negara Thai
Kod bahasa
ISO 639-3mnw

Bahasa Mon dianggap penting dalam sejarah Burma. Bahasa ini merupakan lingua franca pada permulaan Pagan, semasa abad ke-9. Bahasa Burma Lama mulai menggantikan Bahasa Mon dan Bahasa Pyu sebagai lingua franca[3] Semasa pemerintahan raja Burma Raja Kyanzittha, yang memerintah dari tahun 1084 hingga tahun 1112 dan mengagumi budaya Mon, Bahasa Mon disanjungi. Baginda meninggalkan banyak ukiran dalam Bahasa Mon. Semasa zaman ini, ukiran Myazedi, yang mengandungi sebuah cerita dalam Bahasa Pali, Bahasa Pyu, Bahasa Mon, dan Bahasa Burma, diukir pada 4 sisinya dalam keempat-empat bahasa ini.[3] Namun selepas kemangkatan Kyanzittha, penggunaan Bahasa Mon merosot di kalangan orang Burma.

Loghat

Terdapat tiga loghat utama di Myanmar, iaitu loghat Tengah (kawasan di sekeliling Mottama dan Mawlamyaing), loghat Bago, dan loghat Ye.[4] Semuanya saling difahami. Bahasa Mon Negara Thai mempunyai beberapa perbezaan dengan loghat di Myanmar, tetapi masih difahami antara satu sama lain.

Tulisan

Tulisan Mon adalah tulisan nenek moyang kepada skrip Burma, tetapi menggunakan beberapa huruf dan diakritik merupakan fonem yang tidak terdapat di Burma, seperti diakritik media 'l', yang dimana ianya ditempatkan di bawah huruf.[5]

Catatan

Bacaan lanjut

Pautan luar