Banjir Pakistan 2022

Sejak Jun 2022, banjir yang disebabkan oleh hujan monsun dan pencairan glasier berlaku di Pakistan, menyebabkan sekurang-kurangnya 1,128 orang terbunuh (termasuklah 340 kanak-kanak dan enam pegawai tentera dalam nahas helikopter) dan lebih daripada 1,700 orang lagi cedera. Banjir tersebut merupakan yang terburuk di dunia sejak 2017.[2][3][4][5][6] Pada 25 Ogos, Pakistan mengisytiharkan darurat disebabkan oleh bencana tersebut.[7]

Banjir Pakistan 2022
Kawasan-kawasan yang terjejas banjir, dengan kawasan bertanda merupakan yang paling teruk terjejas
Tarikh14 Jun 2022 – 
Tempoh14 Jun 2022 – kini
LokasiBalochistan, Gilgit-Baltistan, bahagian selatan Punjab, Sindh, Kashmir, Khyber Pakhtunkhwa
PenyebabHujan monsun yang lebat, pencairan glasier
Kematian1,128
Kecederaan12,867 Sunting ini di Wikidata
Hilang48,939
Harta benda rosak
AS$4.4 bilion (anggaran tidak rasmi)[1]

Latar belakang

Pada tahun 2022, Pakistan menerima curahan hujan yang lebih tinggi daripada biasa. Wilayah Sindh menerima sehingga 784% lebih banyak hujan berbanding biasa, manakala Balochistan menerima 500% lebih tinggi.[8] Kejadian luar kebiasaan berbanding purata hujan monsun ini turut dicatatkan di India dan Bangladesh.[9] Lautan Hindi merupakan salah satu rantau yang paling cepat hangat di dunia, dengan purata 1°C (berbanding purata pemanasan sejagat iaitu 0.7%).[9] Kenaikan suhu permukaan laut dipercayai meningkatkan curahan hujan monsun.[10][9] Tambahan lagi, kawasan selatan Pakistan mengalami gelombang haba berturut-turut pada Mei dan Jun, yang merupakan suatu rekod dan lebih berkemungkinan berlaku disebabkan oleh perubahan iklim. Ini menghasilkan tekanan rendah terma yang lebih kuat, membawa hujan yang lebih lebat.[10] Gelombang haba turut mencetuskan pembanjiran glasier di Gilgit Baltistan.[11]

Rujukan