Celsius

Formula penukaran suhu Celsius
daripada Celsiusbagi mendapat Celsius
Fahrenheit[°F] = [°C] × 95 + 32[°C] = ([°F] − 32) × 59
Kelvin[K] = [°C] + 273.15[°C] = [K] − 273.15
Rankine[°R] = ([°C] + 273.15) × 95[°C] = ([°R] − 491.67) × 59
Untuk jeda suhu sahaja,
1 °C = 1 K = 95°F = 95°R
Formula penukaran skala suhu lain

Celsius ialah suatu skala dan unit ukuran suhu. Darjah Celsius (°C) boleh merujuk kepada suatu suhu tertentu pada skala Celsius dan juga selang suhu, iaitu perbezaan antara dua suhu. Skala suhu Celsius ditakrifkan pada asalnya supaya takat beku air berada pada 0 darjah dan takat didih pada 100 darjah di tekanan atmosfera. )

  Negara yang menggunakan Fahrenheit.
  Negara yang menggunakan Fahrenheit dan Celsius.
  Negara yang menggunakan Celsius.
Sebatang termometer Celsius

Mengikut persetujuan antarabangsa kini, unit "darjah Celsius" dan skala Celsius ditentukan oleh dua suhu berbeza: sifar mutlak dan titik tigaan Vienna Standard Mean Ocean Water (VSMOW), khususnya air tulen. Takrifan ini juga mengaitkan skala Celsius dengan skala Kelvin secara khusus, yang mentakrifkan unit asas SI suhu termodinamik dengan simbol K. Sifar mutlak, iaitu suhu di mana entropi mencapai nilai minimum, ditakrifkan sebagai tepat 0 K dan −273.15 °C. Suhu titik tigaan air pula ditakrifkan sebagai tepat 273.16 K dan 0.01 °C.[1]

Sejarah

Unit ini mendapatkan namanya daripada ahli astronomi Sweden Anders Celsius (1701–1744), yang pertama kali mengusulkannya pada tahun 1742. Bagaimanapun, beliau mewakilkan 0 sebagai takat didih dan 100 sebagai takat beku.

Pada 1743, ahli fizik Perancis Jean-Pierre Christin, setiausaha tetap Académie des sciences, belles-lettres et arts de Lyon, bekerja berasingan daripada Celsius, membangunkan suatu skala di mana sifar mewakili titik beku air dan 100 titik didih air.[2][3] Pada 19 Mei 1743 beliau menerbitkan reka bentuk termometer raksa, "Termometer Lyon" yang dibina tukang Pierre Casati menggunakan skala ini.[4][5][6]

Pada 1744, sekena dengan kematian Anders Celsius, ahli botani Sweden Carolus Linnaeus (1707–1778) menyongsangkan skala Celsius.[7]

Nota

Pautan luar