Daerah Cameron Highlands

daerah di Malaysia

Cameron Highlands merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini terletak di barat laut negeri Pahang dan berkeluasan 712 kilometer persegi yang merangkumi tiga buah mukim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Tanah Rata.

Daerah Cameron Highlands
Lokasi Daerah Cameron Highlands di Pahang
Lokasi Daerah Cameron Highlands di Pahang
Map
Daerah Cameron Highlands is located in Bumi
Daerah Cameron Highlands
Daerah Cameron Highlands (Bumi)
Koordinat: 4°30′N 101°30′E / 4.500°N 101.500°E / 4.500; 101.500 101°30′E / 4.500°N 101.500°E / 4.500; 101.500
Negara Malaysia
Negeri Pahang
PusatTanah Rata
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Cameron Highlands
Pentadbiran
 • Pegawai daerahSyed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman[1]
Keluasan
 • Jumlah712 km2 (275 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah39,004
 • Kepadatan55/km2 (140/batu persegi)
Zon waktuUTC+08:00 (WPM)
Poskod
39xxx
Kod panggilan+6-05
Nombor plat kenderaanC

Etimologi

Perkataan "Cameron" diambil sempena nama seorang juruukur British, William Cameron yang menemui kawasan daerah ini semasa melakukan ekspedisi di Banjaran Titiwangsa pada tahun 1885. Perkataan "Highlands" pula bermaksud tanah tinggi yang merujuk kepada lokasi daerah ini yang berada di kawasan tanah tinggi.[3]

Pentadbiran

Peta daerah Cameron Highlands

Daerah Cameron Highlands ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Cameron Highlands yang berpusat di Tanah Rata. Daerah ini terbahagi kepada tiga buah mukim, sebuah bandar dan tiga buah pekan.

Mukim

  1. Mukim Hulu Telom
  2. Mukim Ringlet
  3. Mukim Tanah Rata
  4. Bandar Tanah Rata
  5. Pekan Brinchang
  6. Pekan Lubok Tamang
  7. Pekan Ringlet

Geografi

Daerah Cameron Highlands terletak di barat laut negeri Pahang, bersempadan dengan daerah Lipis di timur dan selatan, negeri Perak di barat dan Kelantan di utara. Daerah ini merupakan daerah terkecil di Pahang dengan keluasan 712 kilometer persegi.

Secara geografinya daerah ini berada di atas Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian antara 800 meter (2,600 ka) hingga 1,603 meter (5,259 ka) di atas paras laut. Ketinggian maksimum daratan di daerah ini mencapai sekitar 2,334 meter (7,657 ka). Daerah ini juga menempatkan beberapa gunung seperti Gunung Batu Brinchang, Gunung Berembun, Gunung Irau, Gunung Jasar, Gunung Mentigi, Gunung Perdah dan Gunung Swettenham.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199125,555—    
200028,077+9.9%
201036,978+31.7%
202039,004+5.5%
Pecahan etnik di Cameron
Highlands - Bancian 2020
AgamaPeratus
Bumiputera
  
51.4%
Cina
  
34.6%
India
  
13.1%
Lain-lain
  
0.9%
*Penduduk warganegara sahaja
Agama di Cameron Highlands
- Bancian 2020
AgamaPeratus
Islam
  
39.9%
Buddha
  
30.1%
Hinduisme
  
12.5%
Tidak beragama
  
8.8%
Kristian
  
4.4%
Lain-lain
  
4.4%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Cameron Highlands ialah seramai 39,004 orang dengan kepadatan penduduk 55 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 51 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih 13 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2][4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.8. Terdapat 15,980 tempat kediaman dengan sebanyak 9,798 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 26 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 10 ribu dalam golongan muda dan selebihnya seribu orang merupakan warga tua.[2]

KewarganegaraanKaumJumlah
Warganegara MalaysiaBumiputera17,337
Cina11,673
India4,415
Lain-lain310
Bukan warganegaraN/A5,269

Agama

Majoriti penduduk di daerah Cameron Highlands beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[2]

Rujukan