Dardanelles

26°24′E / 40.2°N 26.4°E / 40.2; 26.4

Dardanelles (Turki: Çanakkale Boğazı, lit.'Selat Çanakkale', Yunani: Δαρδανέλλια, rumi: Dardanéllia, juga Ελλήσποντος, Hellespontos "Laut Helle") adalah sebuah selat sempit di barat laut Turki yang menghubungkan laut-laut Aegia dan Marmara. Ia adalah salah satu daripada dua selat utama dalam negara tersebut selain selat Bosporus di mana dua-duanya memisahkan bahagian Turki Eropah (Semenanjung Gallipoli) daripada tanah besar Asia.

Dardanelles, sebuah selat sempit yang membahagikan Balkan (Eropah) di sepanjang Semenanjung Gallipoli daripada Asia Kecil.
Peta menunjukkan kedudukan Dardanelles (kuning) relatif kepada Bosporus (merah) dan Laut Marmara.

Ia terletak kira-kira 40°13′N 26°26′E / 40.217°N 26.433°E / 40.217; 26.433. Selat ini berjarak sepanjang 61 kilometer (38 batu) tetapi hanya lebar 1.2 sehingga 6 kilometer (0.75 hingga 4 batu), secara puratanya 55 meter (180 kaki) dalam dengan kedalaman maksimum pada 82 meter (300 kaki). Air mengalir ke dua-dua arah sepanjang selat, bermula dari Laut Marmara ke Aegean melalui arus permukaan dan arah yang bertentangan melalui arus bawah laut. Selat ini adalah merupakan laluan air antarabangsa, dan bersama-sama dengan Bosporus, menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Mediterranean.

Penamaan

Nama penuh selat ini dalam bahasa Inggeris, Strait of the Dardanelles, datang daripada adanya sepasang buah istana yang wujud di dua-dua belah selat semasa zaman Uthmaniyah bernama Dardanelya (bahasa Inggeris: Dardanelles);[1][2] istana-istana ini pula barangkali dinamakan daripada kota Dardanos yang sendirinya dinamakan sempena Dardanos, anak dewa Zeus dan Elektra.

Geografi

Selat ini panjangnya sejauh 61 kilometer (38 bt) dan lebar seluas 1.2 hingga 6 kilometer (0.7 hingga 3.7 bt) dengan purata 55 meter (180 ka) sedalam maksiumum 103 meter (338 ka) di Nara Burnu, titik paing sempitnya menghadap Çanakkale.[3]

Sebuah jambatan telah dirancang menghubungkan Saricay (sebuah daerah di Çanakkale) di sebelash Asia dengan Kilitbahir di sebelah Eropah. Pada kedudukan ini, lebar selat adalah tersempit.[4]

Rujukan

Pautan luar