Dassault Rafale

Dassault Rafale (Bahasa Melayu : "Badai") adalah pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) mempunyai sayap delta, berenjin kembar dan lincah. Ia direka dan dibina oleh Dassault Aviation, Perancis. Pesawat Rafale dikeluarkan untuk operasi di darat oleh Tentera Udara Perancis dan untuk kegunaan Tentera Laut Perancis di atas kapal pengangkut pesawat. Pesawat ini juga dikeluarkan untuk pasaran eksport. Walaupun beberapa buah negara dikatakan berminat untuk memiliki pesawat Rafale, tiada pembelian rasmi telah dibuat sehingga kini.

Dassault Rafale
Pesawat Rafale M Tentera Laut Perancis melakukan touch-and-go di atas dek kapal pengangkut pesawat USS John C. Stennis (CVN-74).
PerananPesawat Tempur Pelbagai Peranan
PengeluarDassault Aviation
Penerbangan sulung4 Julai 1986
Diperkenalkan18 Mei 2001
StatusDalam pengeluaran
Pengguna utamaBendera Tentera Udara Perancis Tentera Udara Perancis
Tentera Laut Perancis
Tentera Udara India
Tentera Udara Qatar
Jumlah dibinaHampir 240 buah setakat 2022[1]
Kos seunitRafale C: EU€51.8 juta (RM 224 juta) (2006)[2]
Rafale M: EU€56.6 juta (RM 245 juta) (2006)[2]

Pembangunan

Pada pertengahan tahun 1970-an, Tentera Udara Perancis (Armée de l'Air) dan Tentera Laut Perancis (Aéronavale) telah melahirkan keperluan (terutamanya Tentera Laut Perancis) untuk mencari pesawat pejuang generasi baru bagi menggantikan pesawat SEPECAT Jaguar dan F-8 Crusader, yang mana keperluan ini boleh dikatakan lebih kurang sama hingga boleh disatukan di bawah projek yang sama.[2]

Pesawat prototaip Dassault Rafale A

Pesawat demonstrasi teknologi Rafale A telah dikeluarkan pada akhir tahun 1985 dan melakukan penerbangan sulong pada 4 Julai 1986. Enjin SNECMA M88 yang dibangunkan dianggap tidak cukup bersedia semasa program percubaan pertama dilakukan tanpa mendatangkan risiko (seolah-olah status pembangunannya kadang-kadang tidak begitu menonjol), oleh sebab itu pesawat demonstrasi ini telah dilengkapi dengan kipas turbo pembakaran lanjut General Electric F404-GE-400 sepertimana yang digunakan untuk pesawat F/A-18 Hornet. Pesanan untuk pesawat ini kemudian telah dibuat pada tahun 1988.

Ujian lanjutan disambung, termasuk pendaratan touch-and-go dan penerbangan ujian dengan menggunakan model awal enjin M88, sebelum ujian Rafale A dihentikan pada tahun 1994. Pesawat Rafale A dan pesawat British Aerospace EAP adalah setanding. Apabila pesawat Eurofighter Typhoon melakukan penerbangan sulong pada Mac 1994, pesawat pra-siri Rafale telah melakukan 3 tahun ujian penerbangan, termasuk pendaratan percubaan di atas kapal pengangkut (Pesawat Rafale C01, Rafale M01 dan Rafale B01 masing-masing terbang pertama kali pada Mei 1991, Disember 1991 dan April 1993).[3]3 versi pesawat Rafale telah dipesan pada peringkat permulaan iaitu:

  • Rafale C (Chasseur) Pesawat satu tempat duduk untuk Tentera Udara Perancis.
  • Rafale B (Biplace) Pesawat 2 tempat duduk untuk Tentera Udara Perancis.
  • Rafale M (Marine) Pesawat satu tempat duduk untuk Tentera Laut Perancis.

Prototaip pesawat Rafale C terbang pada tahun 1991 manakala pesawat prototaip pertama Rafale M terbang selepas itu pada tahun yang sama. Pesawat prototaip Rafale B pula diterbangkan pada awal tahun 1993, sementara pesawat prototaip kedua Rafale M diterbangkan selepasnya. Ujian menggunakan [4] Diarkibkan 2012-07-22 di archive.today pelancar telah dimulakan antara 13 Julai dan 23 Ogos 1992 di Stesyen Udara Tentera Laut Lakehurst, New Jersey, AS dan Stesyen Udara Tentera Laut Patuxent River, di Maryland, AS. Ujian dilakukan di AS disebabkan Perancis tidak mempunyai kemudahan ujian pelancar di darat. Pesawat ini kemudiannya melakukan ujian di atas kapal pengangkut pesawat Foch.[5] Diarkibkan 2008-12-19 di Wayback Machine


Pada mulanya pesawat Rafale B dianggap sebagi pesawat latihan, tetapi pengalaman semasa Perang Teluk dan Perang Kosovo menunjukkan kehadiran anak kapal kedua sangat penting dalam melaksanakan misi serangan dan tinjauan. Oleh sebab itu, lebih banyak pesawat Rafale B dipesan sebagai gantian untuk beberapa pesawat Rafale C. Ini bermakna kira-kira 60% daripada jumlah pesawat Rafale Tentera Udara Perancis terdiri daripada versi 2 tempat duduk [6]. Keputusan sama juga dibuat oleh Tentera Laut Perancis, yang mana pada mulanya tidak memiliki sebarang pesanan untuk pesawat versi 2 tempat duduk.

Keadaan politik dan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan tiada pengeluaran untuk pesawat Rafael M sehingga tahun 1999.[7]

Pada mulanya Perancis dikatakan akan memesan sehingga 294 buah pesawat Rafale: iaitu 232 buah pesawat untuk Tentera Udara Perancis dan 60 buah pesawat untuk Tentera Laut Perancis.[8] Diarkibkan 2012-07-22 di archive.today Berlalunya masa, jumlah pesanan ini kian menurun dan difahamkan hanya 120 buah pesawat Rafale telah mendapat pesanan rasmi.[9] Pesawat ini telah dihantar dalam beberapa kelompok, yang mana pesanan terakhir telah dibuat pada Disember 2004 untuk 59 buah pesawat Rafale. Walaupun Kementerian Pertahanan Perancis memndedahkan bahawa jumlah ini masih di dalam kajian dan berkemungkinan besar akan dikurangkan kepada 51 buah pesawat pada harga yang sama. Ini membayangkan 8-12 buah pesawat akan dikorbankan untuk memberi laluan kepada pemasangan sistem pengesan baru yang dibangunkan oleh pihak industri kepada kelompok ini."[10]

Pesawat Rafale B semasa di Pertunjukan Udara Paris 2007.

Keutamaan pengeluaran diberikan kepada pesawat Rafale versi marin disebabkan pesawat ini amat diperlukan untuk menggantikan pesawat pejuang yang uzur iaitu Vought F-8[11]. Penghantaran bermula pada tahun 2001 dan mula memasuki perkhidmatan pada 4 Disember 2000, walaupun skuadron pertama iaitu, Flotille 12 sebenarnya masih belum ditubuhkan semula sehingga 18 Mei 2001. Pesawat ini memulakan perkhidmatan di atas kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle pada 2002, dan beroperasi sepenuhnya pada 25 Jun 2004, berikutan penilaian operasi yang mana termasuk misi-misi sokongan sebagai pengiring penerbangan terhad dan penangki semasa Operasi Kebebasan Kekal di Afghanistan. Walaupun fungsi udara-ke-udara dihadkan dan pilihan senjata yang terhad, pesawat Rafale M telah diakui antara pesawat pejuang yang termaju di Eropah.[perlu rujukan]

Tentera Udara Perancis menerima 3 buah pesawat Rafale B pertamanya (standand F2) pada akhir Disember 2004. Pesawat ini kemudian dihantar ke Pusat Latihan Penerbangan Tentera di Mont-de-Marsan untuk penilaian operasi dan latihan peralihan juruterbang.[12] Diarkibkan 2012-07-22 di archive.today Unit hadapan pertama Tentera Udara Perancis iaitu Escadron de Chasse 1/7 Provence, telah ditubuhkan di Saint-Dizier pada tahun 2006. Kelewatan penubuhan skuadron ini adalah disebabkan oleh kelewatan penghantaran pesawat. Pada mulanya, Keupayaan Operasi Penuh secara optimis dijadualkan pada bulan September 2006, akan tetapi telah dijadualkan semula ke pertengahan-2007. Pesawat yang sepatutnya telah mencapai tahap Operasi Penuh adalah pesawat dari jenis pejuang-pengebom dengan persenjataan peluru berpandu udara-ke-udara MICA, peluru berpandu kruis SCALP EG, bom panduan-GPS, dan bom panduan laser. Terdapat kemungkinan pesawat ini akan menggunakan jenis senjata/platfom yang berlainan atau sistem senjata permukaan.

Reka bentuk

Sistem pertempuran

Sistem persenjataan pada pesawat Rafale.

Pesawat Rafale membawa, untuk pertama kalinya dalam sejarah penerbangan, sistem ikhtiar hidup elektronik bersepadu yang dinamakan SPECTRA yang memempunyai ciri teknologi halimunan maya berasaskan perisian. Penderia yang paling penting adalah radar berbilang mod imbasan elektronik pasif Thales RBE2. Thales mendakwa telah tahap kesedaran situati yang tidak pernah terjadi melalui pengesanan dan penjejakan awal berbilang sasaran udara untuk serangan dekat dan pemintasan jarak jauh, disamping peta 3D generasi masa sebenar berdasarkan permukaan tanah dan peta perincian tinggi bumi bagi generasi masa sebenar untuk kegunaan navigasi dan sasaran.[13]

Walau bagaimanpun, dalam keadaan di mana pengurusan tanda pengenalan diperlukan, pesawat Rafale akan menggunakan beberapa sistem pengesan pasif.

Sistem optik-elektro sektor hadapan yang dibangunkan oleh Thales berintegrasi sepenuhnya di dalam pesawat dan boleh dioperasi dalam jarak gelombang yang boleh dilihat dan jarak gelombang infra merah.

Sistem peperangan elektronik SPECTRA, dibangunkan bersama oleh Thales dan EADS Perancis, memberi pesawat aset survival tertinggi dalam menentang ancaman dari darat.[14] Rantaian data masa sebenar membolehkan komunikasi tidak hanya ke pesawat lain tetapi juga dengan pusat kawalan dan arahan tetap dan bergerak. Untuk misi-misi yang memerlukannya, pesawat Rafale akan menggunakan pod pengenalan laser/optik-elektro DAMOCLES yang berkebolehan menggunakan Bom Panduan Laser sama ada pada waktu siang atau malam. Pada masa ini, Tentera Udara Perancis merancang pesawat Rafale akan membawa senjata jenis stand off dan Bom Panduan Laser akan dikendalikan oleh pesawat Dassault Mirage 2000.

Pesawat Rafale menggunakan sistem utama Avionik Modul Bersepadu juga dikenali sebagai (Unit Pemprosesan Data Modular). Rekabentuk ini menempatkan semua fungsi utama pesawat seperti sistem pengurusan penerbangan, penggabungan data, kawalan tembakan, Antara Muka Manusia-Mesin, dsb.[3].

Kokpit

Kokpit pesawat ini menggunakan kerusi lenting Mark16F "zero-zero" buatan Martin-Baker. Ini bermakna kerusi lentingan ini boleh digunakan pada kelajuan dan ketinggian sifar. Kerusi ini dicondongan sebanyak 29-darjah kebelakang untuk memperbaiki daya tahan melawan Daya-G. Kanopi akan dibuka kearah kanan. Sistem penjaaan oksigen dalaman disediakan, oleh itu keperluan untuk tabung oksigen berbilang adalah tidak perlu.[4]

Kokpit pesawat Rafale mengandungi Paparan Pandang Atas (HUD) holographic yang lebar dan 2 Paparan Pelbagai Fungsi panel-rata di bawahnya. Bagi paparan antara muka, juruterbang boleh memasukkan input melalui sentuhan tangan. Selain itu, pada masa akan datang juruterbang akan dilengkapkan dengan Paparan Lengkapan Helmet.

Juruterbang menerbangkan pesawat menggunakan kayu kawalan tepi yang diletakkan di sebelah kanan dan pendikit di sebelah kiri. Ia menggabungkan kawalan HOTAS (Hands On Throttle And Stick). Kokpit Rafale juga dirancang akan termasuk Input Suara Terus, yang mana membolehkan juruterbang bertindak memberi arahan dengan menggunakan suara.

Ciri merendahkan kesan radar

Sungguhpun pesawat ini bukan pesawat halimunan sebenar, pesawat Rafale mengurangan kesan jejak pada radar sama seperti pesawat F/A-18 Super Hornet dan Eurofighter Typhoon. Mengikut syarikat Dassault, walaupun kebanyakkan reka bentuk halimunan adalah rahsia, penggunaan bahan komposit secara extensif dan corak yang bergerigi di hujung ekor dan sirip kecil membantu dalam merendahkan keratan rentas bentuk pesawat pada radar.[5]

Taraf

Penghantaran awal pesawat Rafale M adalah standard F1 ("France 1"). Ia bermakna pesawat ini sesuai untuk digunakan dalam pertempuran udara-ke-udara, menggantikan pesawat usang F-8 Crusader sebagai pesawat pejuang yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Perancis. Pesawat ini tidak dilengkapkan dengan senjata untuk beroperasi dalam misi udara-ke-darat. Penghantaran selanjutnya (kepada Flotille 11 selepas 2007) adalah standard "F2", berupaya untuk melaksanakan operasi udara-ke-darat. Ia akan menggantikan peranan pesawat Dassault-Breguet Super Etendard untuk tugas serangan darat dan Dassault Etendard IVP untuk tugas tinjauan. Ini bermakna pesawat Rafale M adalah satu-satunya pesawat tempur kepak kaku yang diterbangkan oleh Tentera Laut Perancis. Tentera Laut Perancis bercadang untuk menaik taraf semua pesawat Rafale kepada taraf "F3", yang dilengkapi radar mengikut-permukaan 3-Dimensi dan muatan senjata nuklear, seawal-awalnya pada awal 2010.[15]

Pesawat Rafale C pertama yang dihantar kepada Tentera Udara Perancis, pada Jun 2005, adalah untuk mengantikan model "F2". Dipercayai proses naik taraf pesawat "F2" (sama kepunyaan tentera laut) akan dilakukan pada masa hadapan. Pesawat Rafale ini menggantikan pesawat SEPECAT Jaguar, Dassault Mirage F1 dan Mirage 2000 dalam Tentera Udara Perancis.

Sejarah operasi

Perancis

Pesawat Rafale sedang mendarat di kapal pengangkut pesawat.

Pesawat Rafale yang sedang berkhidmat sebagai pesawat percubaan dan latihan bersama Tentera Udara Perancis (CEAM/EC 5/330) dan EC 1/7 di Saint-Dizier dijangka akan menerima 8–10 buah pesawat Rafale taraf F2 dalam musim panas 2006. Ia akan mencapai taraf perkhidmatan operasi penuh (dengan keupayaan serangan udara-ke-udara dan dan udara-ke-darat yang jitu) pada pertengahan-2007 (EC 1/7 akan memiliki 20 buah pesawat, dengan kekuatan 15 buah pesawat 2 tempat duduk dan 5 buah pesawat 1 tempat duduk).[16] Pesawat ini telah berada perkhidmatan terhad bersama Tentera Laut Perancis (Flotille 12F) berperanan sebagai pesawat pejuang udara-ke-udara, telah menjalankan tugasnya dengan baik semasa penilaian untuk serangan udara-ke-darat.

Atur gerak pertama pesawat Rafale di dalam zon pertempuran di mana penglibatan Tentera Laut Perancis semasa Operasi Héraclès, iaitu penglibatan tentera Perancis dalam Operasi Keamanan Kekal. Pesawat ini diterbangkan dari pesawat pengangkut pesawat Charles de Gaulle di Afghanistan seawal tahun 2002, tetapi taraf F1 dihalang daripada melaksanakan misi udara-ke-darat dan ini bermakna tiada aksi daripada pesawat Rafale.

Pada 2007, peningkatan daripada "program kilat" 6 buah pesawat Rafale diberi keupayaan untuk menggugurkan bom panduan laser, untuk kegunaan di Afghanistan. 3 buah daripada pesawat ini ditugaskan ke Tentera Udara Perancis dan telah diatur gerak ke Dushanbe di Tajikistan. Sementara itu, 3 buah pesawat lagi iaitu Rafale Marine ditugaskan di atas kapal pengangkut pesawat Charles De Gaulle.[6] Misi pertama pesawat dilakukan pada 12 Mac 2007, dan bom GBU-12 pertama dilancarkan pada 28 Mac 2007 untuk membantu pertempuran pasukan Belanda di Selatan Afghanistan, menandakan kemunculan pertama pesawat Rafale.[7] Walau bagaimanapun, pesawat ini terpaksa bergantung kepada pesawat Mirage 2000D dan Super Entendard yang membawa pod sasaran laser untuk menanda sasaran.[8]

Pada 6 Disember 2007, pesawat 2 tempat duduk Tentera Udara Perancis yang dipandu oleh seorang juruterbang yang melakukan penerbangan latihan di pangkalan Saint-Dizier, terhempas di kawasan tak berpenghuni di daerah Neuvic, Correze dan menyebabkan kematian juruterbangnya. Ini adalah kemalangan pertama yang melibatkan kehilangan pesawat Rafale. Pada 10 Januari 2008, Menteri Pertahanan Hervé Morin mengeluarkan kenyataan di radio RTL (sebuah stesyen radio di Perancis), menyebut kemalangan adalah disebabkan oleh "disorientasi juruterbang".[9]

Eksport

Sehingga kini tiada sebarang export dilakukan. Negara-negara yang berminat untuk membeli pesawat Rafale termasuk India,[10] yang sedang mencari lebih 126 buah pesawat pejuang dan penyerang pelbagai fungsi (MRCA). Pesawat Rafale telah disenarai pendek dalam persaingan MRCA bersama-sama MiG-35, F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet, JAS 39 Gripen dan Eurofighter Typhoon.[11]

Pada Januari 2006, suratkhabar Perancis Journal du Dimanche melaporkan bahawa Libya mahu memesan 13–18 buah pesawat Rafale "dalam perjanjian yang bernilai hampir AS$3.24 bilion".[12] Pada Disember 2007, Saif al-Islam Gaddafi secara terbuka mengaku keinginan Libya terhadap pesawat Rafale[13]

Pada Februari 2007, Switzerland dilaporkan meneliti pesawat Rafale di antara calon-calon untuk menggantikan pesawat F-5 Tiger II. (Le Temps, 13 Februari 2007)

Pada September 2007, La Tribune melaporkan kegagalan usaha untuk menjual pesawat kepada Maghribi, calon yang berjaya adalah Lockheed Martin F-16.[14] Pada Oktober 2007, La Tribune's mengesahkan laporan awalnya yang menyatakan Maghribi tidak akan membeli pesawat Rafale.[15]

Pada Januari 2008, O Estado de São Paulo melaporkan Menteri Pertahanan Brazil telah melawat Perancis untuk berbincang mengenai kemungkinan membeli pesawat Rafale untuk program FX-2.[16]

Kelainan

Pesawat Dassault Rafale M.
Pesawat Rafale B di Pertunjukan Udara Paris 2007
Rafale A
Pesawat demonstrasi teknologi yang pertama kali terbang pada 1986. Perkhidmatannya telah dihentikan.
Rafale D
Dassault menggunakan pengenalan (D untuk discrete atau halimunan) pada awal 1990-an untuk kegunaan Armée de l'Air, sebagai penekanan kepada ciri separuh halimunan yang ditambah pada rekabentuk pesawat.
Rafale B
Versi 2 tempat duduk untuk Armée de l'Air; dihantar kepada EC 330 pada tahun 2004.
Rafale C
Versi satu tempat duduk untuk Armée de l'Air; dihantar kepada EC 330 pada bulan Jun 2004.
Rafale M
Versi bagi kegunaan diatas kapal pengangkut Aéronavale, mula berkhidmat pada tahun 2002. Pesawat Rafale M 500 kg (1,100 lb) lebih berat daripada pesawat Rafale C. Luaran sama dengan pesawat Rafale C kecuali dari segi berikut:
  • Diperkukuhkan untuk melawan kekangan untuk penerbangan berasaskan kapal pengangkut
  • Gear pendaratan yang lebih kuat
  • Gear depan yang lebih panjang untuk memberi lebih dongakan depan pesawat semasa pelancaran pelancar
  • Membuang pilon depan-tengah (memberi lebih ruang untuk gear yang lebih panjang)
  • Pencangkuk ekor jenis-sengat lebih besar di antara enjin
  • Tangga berlepas menggunakan kuasa terbina dalam
  • Sistem pendaratan gelombang mikro untuk kapal pengangkut pesawat
  • Platform rujukan inersia "Telemir" yang dapat menerima kemaskini daripada sistem kapal pengangkut pesawat.
Rafale N
Pesawat Rafale N, asalnya dikenali sebagai Rafale BM, dirancang sebagai versi pesawat 2 tempat duduk untuk Tentera Laut Perancis. Kekangan belanjawan dan kos untuk melatih krew tambahan dipercayai menyebabkan pembatalan projek ini.

Pengguna

Peta dengan pengguna Dassault Rafale dalam warna biru, telah ditempah dalam warna cyan
 Croatia
  • Tentera Udara Croatia – 12 buah C/B F3-R Rafale telah dipesan. 10 buah C F3-R dan 2 buah B F3-R. Kumpulan 8 buah pertama akan diserahkan pada tahun 2024 dan 4 buah selebihnya pada tahun 2025.[17][18]
 Mesir
 Perancis
Sejumlah 180 buah telah dipesan daripada 286 buah yang dirancang, dengan pilihan untuk 9 buah lagi.[22] Sekitar 152 buah disahkan telah diserahkan menjelang tahun 2018.[23][24] Setakat 2017, 149 buah telah diserahkan. Pada tahun 2018, 3 buah Rafale akan diserahkan, dan menjelang tahun 2024 kesemua baki 28 buah daripada 180 buah yang dipesan akan diserahkan.[25][26][27]
  • Pasukan Angkatan dan Udara Perancis – 102 buah;[28][26] unit-unit yang diterbangkan termasuk:
    • Pangkalan Udara Saint-Dizier – Robinson
      • Escadron de Chasse 2/4 La Fayette (2018–kini)[29] serangan nuklear
      • Escadron de Chasse 1/7 Provence (2006–2016)[30] pesawat pejuang pelbagai peranan
      • Escadron de Chasse 1/4 Gascogne (2009–kini)[30] serangan nuklear
      • Escadron de Transformation Rafale 3/4 Aquitaine (Oktober 2010–kini, Unit Perubahan Operasi Rafale yang dioperasi bersama oleh Tentera Udara Perancis d an Penerbangan Tentera Laut Perancis)[30]
    • Pangkalan Udara Mont-de-Marsan
      • Escadron de Chasse 2/30 Normandie-Niemen (2012–kini)[30] pesawat pejuang pelbagai peranan
      • Escadron de Chasse 3/30 Lorraine (2016–kini)[30] pesawat pejuang pelbagai peranan
      • Escadron de chasse et d'expérimentation 1/30 Côte d'Argent (2004–kini) Penilaian dan pembangunan taktik
    • Pangkalan Udara Al Dhafra, UAE
      • Escadron de Chasse 3/30 Lorraine (2010–2016) pesawat pejuang pelbagai peranan
      • Escadron de Chasse 1/7 Provence (2016–kini) pesawat pejuang pelbagai peranan
  • Tentera Laut Perancis – 46 buah telah diserahkan, 41 buah masih aktif[31]
    • Pangkalan Udara Tentera Laut Landivisiau
      • Flottille 11F (2011–kini)[30] pesawat pejuang pelbagai peranan di atas kapal pengangkut
      • Flottille 12F (2001–kini)[32] pesawat pejuang pelbagai peranan di atas kapal pengangkut
      • Flottille 17F (2016–kini)[33] pesawat pejuang pelbagai peranan di atas kapal pengangkut
 Yunani
  • Tentera Udara Greece – Greece telah memesan 18 buah Rafale pada tahun 2020, dan tambahan sebanyak 6 buah Rafale pada tahun 2021, menjadikan jumlah pesanan sejumlah 24.[34][35][36] Pesawat pertama telah diserahkan pada 21 Julai 2021 di Perancis.[37]
 India
  • Tentera Udara India – 36 buah (28 buah tempat duduk tunggal dan 8 buah dua tempat duduk) pesawat telah ditempah.[38] di mana 2 buah telah diletakkan di Perancis untuk tujuan misi latihan.[39] Menjelang Julai 2022, kesemua 36 buah Rafale telah diserahkan. [40]
    • Ambala AFS[41]
      • Skuadron No. 17 (Golden Arrows)[42]
    • Hasimara AFS[41]
      • Skuadron No. 101 (Falcons)[43]
 Indonesia
 Qatar
  • Tentera Udara Qatar – Qatar telah menempah 24 buah Rafale pada tahun 2015, dan membuat pesanan tambahan sebanyak 12 buah pada 2018. Ia juga memiliki pilihan untuk memesan tambahan 36 buah.[45] Setakat Februari 2020, 25 buah telah diserahkan.[46]
 Emiriah Arab Bersatu

Spesifikasi

Pesawat Rafale terbang melepasi kapal pengangkut pesawat USS John C. Stennis.

Data dari ciri-ciri Dassault Rafale,[48] Superfighters[49]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1–2
  • Panjang: 15.27 m (50.1 kaki)
  • Rentang sayap: 10.80 m (35.4 kaki)
  • Tinggi: 5.34 m (17.5 kaki)
  • Sayap luas: 45.7 m² (492 kaki²)
  • Berat kosong: 9.1 tan (Rafale C); 9.5 tan (Rafale B); 9.8 tan (Rafale M)[perlu rujukan] ()
  • Berat berlepas maksimum: 24,500 kg (54,000 lb)
  • Loji kuasa:SNECMA M88-2 turbofan
    • Tujahan kering: 48.7 kN (10,960 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 73.0 kN (16,400 lbf) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum:
    • Altitud tinggi: Mach 1.8 (2,150 km/j, 1,160 knots)
    • Altitud rendah: 1,390 km/j, 750 knots
  • Jejari bertempur: 1,852+ km (1,000+ batu nautika) misi penyusupan
  • Lelangit khidmat 16,800 m (55,000 kaki)
  • Kadar kenaikan: 304.8+ m/s (1,000+ kaki/s)
  • Beban sayap: 326 kg/m² (83 1/3 lb/kaki²)
  • Tujahan/berat: 1.13

Persenjataan

Avionik

  • Radar Thales RBE2
  • Sistem peperangan elektronik Thales SPECTRA.
  • Sistem IRST Thales/SAGEM OSF (Optronique Secteur Frontal).

Lihat juga

Pesawat yang setanding

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno