Dewa

Dewa (Jawi: ديوا) atau betara (Jawi: بتارا‎) adalah keberadaan supranatural yang dianggap menguasai unsur-unsur alam atau aspek-aspek tertentu dalam kehidupan manusia dengan kekuatan hebat atau disegani; lembaga-lembaga ini yang wujud mirip manusia atau haiwan dianggap suci dan keramat[1] serta disanjung manusia sehinggakan dipuja atau disembah.

Gambaran dewa-dewi Hindu abad ke-12 dari kuil Hoysalesawara, Karnataka, India.

Dewa ialah makhluk yang sempurna kerana sifat-sifat terpujinya tetapi ramai yang tidak mengetahui sifatnya kerana mempunyai perbezaan pemikiran sama ada dari segi baik atau yang buruk. Namun, ramai makhluk yang tidak tahu membezakan baik dan buruk sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.

Peristilahan

Perkataan "dewa" menyerap dari bahasa Sanskrit iaitu deva देव yang bermaksud "lembaga bumi atau syurgawi yang hebat tinggi";[2][3][4] bentuk feminin perkataan ini adalah devi.[2]:496

"Betara" pula menyerap dari perkataan bhaṭṭāra भट्टार dalam bahasa sama bererti "yang terhormat" melalui bahasa Jawa Kuno ꦧꦫꦭ bharala;[5] ia sewarisan dengan perkataan "berhala".

Kaitan dalam kepercayaan manusia

Para dewa-dewi dipercayai sebagai makhluk yang tidak dapat dilihat serta tidak dapat dijangkau. Dewa-dewi ini dipercayai hidup di tempat-tempat yang suci atau jauh dari jangkauan manusia, seperti syurga, neraka, di atas langit, di bawah bumi, di lautan yang dalam, di atas puncak gunung tinggi, di hutan belantara namun masih dapat berhubungan dengan manusia kerana manifestasi atau kekuatan supranaturalnya.

Pemujaan dewa-dewi ini memberi gambaran dewa-dewi sebagai makhluk beremosi dan wujud seperti manusia, sangat berkuasa serta mempunyai perbezaan sangat menonjol dengan antara manusia yang menyembah. Dewa-dewi ini dipercayai memiliki kekuasaan dan kesaktian untuk mengatur, menghukum atau memberkati umat manusia. Sementara para dewa berkuasa, maka manusia memujanya dan memberikan persembahan agar dibantu dan diberkati oleh kemahakuasaan dewa-dewi.

Lihat pula

Rujukan