Dugong

Dugong (Jawi: دوݢوڠ) atau babi duyung (Dugong dugon)[3] merupakan sejenis haiwan laut yang merupakan salah satu daripada empat spesis Sirenia yang masih hidup selain manati. Ia merupakan satu-satunya haiwan yang mewakili keluarga Dugongidae. Ia juga merupakan satu-satunya sirenia yang boleh didapati di kawasan perairan sekurang-kurangnya 37 negara di rantau Indo-Pasifik,[4] walaupun kebanyakannya tinggal di perairan utara Australia.[5]

Dugong[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Dugongidae

Gray, 1821
Subkeluarga:
Dugonginae

Simpson, 1932
Genus:
Dugong

Lacépède, 1799
Spesies:
D. dugon
Nama binomial
Dugong dugon
(Müller, 1776)
Kawasan habitat dugong

Dugong diburu selama beribu tahun kerana daging dan minyaknya.[6] Kawasan taburan semasa dugong semakin berkurangan, dan populasinya semakin menghampiri kepupusan.[4] IUCN menyenaraikan dugong sebagai spesis terancam, manakala CITES mengehadkan atau mengharamkan perdagangan barangan berasaskan populasi terlibat. Sungguhpun spesies ini dilindungi di kebanyakan negara dalam lingkungannya, punca utama penurunan populasinya termasuklah penerokaan kawasan baru, pemburuan, kehilangan habitat serta kematian yang disebabkan aktiviti menangkap ikan.[7] Dengan jangka hayat yang panjang sehingga 70 tahun atau lebih, serta kadar kelahiran yang rendah, dugong terdedah kepada ancaman tersebut.[4] Dugong juga terancam akibat ribut, parasit, serta haiwan pemangsa seperti jerung, paus pembunuh dan buaya.[7]

Penamaan

Perkataan "dugong" menyerap daripada istilah setempat dugon digunakan di Leyte, kepulauan Filipina[8][9][10] sepertimana yang dicatatkan dalam Histoire Naturelle (1765) ditulis Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon. Perkataan ini diturunkan dari akar Austronesia *duyuŋ.[11] Perkataan duyung dalam bahasa Melayu turut diturunkan dari akar ini[11] tetapi perkataan ini kini terkait kuat dengan makhluk manusia berekor ikan.[12]

Nama-nama lain diberikan kepada haiwan ini termasuklah perempuan laut dan puteri duyung.[13][14]

Taksonomi

Dugong mula diklasifikasikan oleh Müller pada tahun 1776 sebagai Trichechus dugon,[15] salah satu ahli genus manatee yang sebelum ini didefinisikan sebagai Linnaeus.[16] Ia kemudian ditetapkan sebagai jenis spesis Dugong oleh Lacépède[17] dan diklasifikasikan lebih lanjut di dalam keluarganya sendiri oleh Gray[18] dan subfamilinya oleh Simpson.[19]

Habitat

Dugong adalah satu-satunya mamalia laut herbivor yang hidup sepenuhnya di laut berbanding dengan kesemua spesis manati yang dapat biasakan diri dengan air tawar sekali-sekala.[4]

Ciri fizikal

Badan dugong besar berbentuk silinder yang meruncing pada dua-dua belah kaki dan kepala. Kulitnya licin dan tebal berwarna kuning susu pada waktu kelahiran sebelum menggelap kepada warna keperangan atau kekelabuan apabila semakin menua; perubahan warna ini juga boleh dipengaruhi adanya alga yang tumbuh secara semulajadi pada kulit.[20]

Bulu-bulu keliling badan dugong halus memudahkan deria sentuhan pada persekitaran[21] terutamanya bertumpu pada bibir atas mulut.[6][20] Muncungnya menghala ke bawah bagi membolehkannya meragut rumpai laut.

Tabiat

Pemakanan

Dugong sangat bergantung kepada rumpai laut sebagai sumber makanan, maka taburannya terhad kepada habitat pantai di mana ia dibesarkan, dengan tumpuan utama dugong lazimnya di kawasan yang luas, cetek serta terlindung seperti di kawasan teluk dan paya bakau.[4]

Hubungan dengan manusia

Tabiat dugong yang sering berapatan dengan anak-anak mereka difahamkan sebagai ilham munculnya kepercayaan mengenai wujudnya manusia separa ikan atau ikan duyung.[22][23] Sesetengah masyarakat yang menduduki dari barat pulau Timor ke utara Sulawesi percaya bahawa dugong muncul dari kelahiran semula perempuan yang meninggal.[13] Masyarakat Cina pulau Hainan percaya bahawa penangkapan dugong boleh mendatangkan bala.[13]

Air mata dititiskan dari haiwan ini dipercayai mampu menaikkan syahwat sehingga dijadikan minyak pengasih.[24][13]

Terdapat catatan mengenai kepercayaan sesetengah masyarakat Melayu dahulu yang menganggap bahawa dugong kononnya muncul dari sisa daging babi yang dimakan secara tidak sengaja oleh nabi Muhammad dan diludah keluar sebaik disedari baginda.[25]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar