Feudalisme

Feudalisme (Perancis: féodalité, bahasa Inggeris: feudalism) merujuk kepada sistem politik di Eropah pada Zaman Pertengahan antara abad-abad ke-9 ke 15 yang mengaturkan tanggungjawab undang-undang dan ketenteraan yang saling memerlukan antara tuan tanah,[nota 1] petani kebanyakan yang khadam bawah (vassallus)[nota 2] dan hak milik tanah dipinjamkan.[nota 3][2] Dengan kata lain, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi askar yang setia dalam tentera bangsawan yang mengurniakan tanah pertanian yang boleh diusahakan sebagai balasan.[3] Aturan ini bukan satu sistem politik formal pada zaman itu.[4]

Etimologi

Pengungkapan ini mula dirakam pada abad ke-11 di Perancis menyerap kata Latin feodum terbitan Latin pecus "lembu" melalui bahasa Frank *fehu-ôd.[5][6] Istilah féodal mula digunakan persuratan undang-undang Perancis pada seawal 1614.[7][8] Istilah tepat feudalism dalam bahasa Inggeris mula diterangkan John Whitaker dalam buku The History of Manchester tahun 1771[9][10] sebelum akhirnya dikukuhkan dalam konteks bidang politik moden melalui ungkapan feudal government and feudal system diterapkan Adam Smith dalam The Wealth of Nations tahun 1776.[11]

Ciri-ciri

Dalam feudalisme, kaum bangsawan dan vasal mempunyai hubungan setia yang bersifat peribadi dengan hak dan kewajiban tertentu pada sistem kontrak di antara mereka. Selain itu, kekuasaan politik bersifat terpusat dan peribadi kerana tidak dibahagikan secara merata melainkan dalam jumlah yang kecil terhad hanya kepada beberapa orang tertentu dengan sahaja. Hubungan sosial di antara kaum bangsawan dan vasal ditentukan oleh keberadaan tanah. Kaum bangsawan dan vasal mempertahankan status sosial dan kekuasaannya di bidang ekonomi dengan pemanfaatan tanah. Dalam feudalisme umumnya juga terbentuk suatu pasukan peribadi yang bertaraf elit.[3]

Nota

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno