Frei Otto

Frei Paul Otto (bahasa Jerman: [ˈfʁaɪ ˈɔtoː]; 31 Mei 1925 – 9 Mac 2015) merupakan seorang jurutera dan jurutera struktur berbangsa Jerman yang terkenal atas penggunaan struktur ringan, terutamanya struktur tegangan dan membran, termasuklah bumbung Stadium Olimpik di Munich sempena Sukan Olimpik Musim Panas 1972.

Frei Otto
Maklumat peribadi
KewarganegaraanJerman
LahirFrei Paul Otto
(1925-05-31)31 Mei 1925
Siegmar, Jerman
Meninggal dunia9 Mac 2015(2015-03-09) (umur 89)
Warmbronn, Jerman
Hasil kerja

Otto memenangi Royal Gold Medal RIBA pada 2006 dan juga Hadiah Seni Bina Pritzker pada 2015, sejurus sebelum kematian beliau.

Stadium Olimpik Munich 1972
Pandangan dalaman, West Germany Pavilion, Expo 67, Montreal Kanada
Multihalle di Mannheim

Senarai bangunan

Ini merupakan beberapa buah bangunan yang direka oleh Otto:[1]

  • 1967 – Pavilion Jerman Barat di Expo 67 Montreal
  • 1972 – Bumbung Olympic Stadium, Munich
  • 1975 – Multihalle, Mannheim
  • 1977 – Payung untuk jelajah Pink Floyd 1977
  • 1980 – Lau burung di Zoo Munich
  • 1985 – Istana Tuwaiq, Arab Saudi, bersama Buro Happold
  • 2000 – Struktur bumbung Pavilion Jepun di Expo 2000, Hanover Jerman (membekalkan bantuan kejuruteraan bersama Buro Happold dan usahasama seni bina bersama Shigeru Ban)

Anugerah

  • 1974 – Thomas Jefferson Medal in Architecture[2]
  • 1980 – Kedoktoran sains kehormat dari Universiti Bath[3]
  • 1996/97 – Wolf Prize dalam Seni Bina[3]
  • 2005 – Royal Gold Medal untuk seni bina oleh RIBA[4]
  • 2006 – Praemium Imperiale dalam Seni Bina[5]
  • 2015 – Hadiah Seni Bina Pritzker[6][1]

Rujukan