Gempa bumi tujahan mega

Gempa bumi tujahan mega berlaku di zon benam di sempadan plat pemusnah (sempadan menumpu), yang mana satu plat tektonik ditujah ke bawah (membenamkan) plat yang lain. Oleh sebab gelinciran cetek sempadan plat yang menyebabkan seksyen-seksyen besar tersekat, gempa bumi ini merupakan antara yang terhebat di dunia sehingga magnitud momennya () boleh melampaui 9.0. Sejak tahun 1900, keenam-enam gempa bumi yang bermagnitud 9.0 ke atas sememangnya tujahan mega. Tiada jenis aktiviti tektonik lain yang boleh menyebabkan gempa bumi sedahsyat ini.

Istilah

Ketika bumi rekah, sebelah sesar ditujah ke atas berbanding sebelah yang lain; jenis pergerakan inilah yang dikenali sebagai tujahan.[1] Ia merupakan satu jenis sesar gelinciran miring. Sesar tujah merupakan sesar berbalik yang menggelincir tidak lebih curam daripada 45°.[2] Walaupun tujahan mega (megathrust) tiada takrifan rasminya, namun istilah ini digunakan secara meluas[3] dan umumnya dianggap sebagai memaksudkan sesar tujahan raksasa yang biasanya terbentuk di antara muka plat di sepanjang zon benam seperti tujahan mega Sunda.

Kawasan

Zon benam utama dikaitkan dengan lautan-lautan Pasifik dan Hindi dan merupakan punca di sebalik kegiatan gunung berapi yang berkaitan dengan Lingkaran Api Pasifik. Oleh sebab gempa-gempa sebegini mencacati dasar laut, ia selalu menghasilkan ombak tsunami. Gempa bumi tujahan mega digeruni kerana mampu menggoncang bumi untuk masa yang lama seperti beberapa minit.

Contoh

Contoh gempa bumi tujahan mega disenaraikan dalam jadual berikut.

PeristiwaAnggaran Magnitud Momen ( )Plat Tektonik yang TerlibatButiran/Catatan lain
Gempa bumi Crete 3658.0+Plat Afrika terbenam ke bawah Plat Laut Aegia
Gempa bumi Valdivia 15758.5Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
Gempa bumi Cascadia 17008.7–9.2Plat Juan de Fuca terbenam ke bawah Plat Amerika Utara
  • Kepanjangan gelinciran: 1000 km (625 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 20 m (60 kaki)
Gempa bumi Kamchatka 17379.0–9.3Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Okhotsk
  • Masa: 15 minit
  • Kedalaman: 40 km
Gempa bumi Lisbon 17559.0Dihipotesiskan sebagai sebahagian zon benam yang muda tetapi asal-usulnya masih diperbahaskan
Gempa bumi Arica 18689.0Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
Gempa bumi Iquique 18778.8Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
Gempa bumi Nankaidō 19468.1Plat Laut Filipina terbenam ke bawah Plat Eurasia
Gempa bumi Kamchatka 19529.0Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Okhotsk
  • Kedalaman: 30 km
Gempa bumi Kepulauan Andreanof 19578.6–9.1Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Amerika Utara
Gempa Bumi Besar Chile 19609.5Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
  • Kedalaman: 33 km
  • Panjang gelinciran: 1000 km (625 batu)
  • Lebar gelinciran: 200 km (125 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 20 m (60 kaki)
Gempa bumi Alaska 1964 (gempa bumi "Good Friday")9.2Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Amerika Utara
  • Masa: 4–5 minit
  • Kedalaman: 25 km
  • Panjang gelinciran: 800 km (500 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 23 m (69 kaki)
Gempa bumi Sumatra-Andaman 2004 ("gempa bumi Lautan Hindi")9.1–9.3Plat India terbenam ke bawah Plat Burma
  • Jumlah anjakan tegak yang diukur oleh pantauan sonar adalah sekitar 40 meter di sekitar pusat gempa dan berlaku sebagai dua pergerakan berbeza yang menghasilkan dua buah cenuram bertindih yang besar, curam dan hampir menegak.
  • Masa: 8–10 minit
  • Kedalaman: 30 km
  • Panjang gelinciran: 1600 km (994 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 33 m (108 kaki)
Gempa bumi Maule 2010 ("Gempa bumi Chile")8.8Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 20119.0Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Okhotsk[5][6][7]
  • Masa: 5 minit
  • Kedalaman: 32 km
  • Panjang gelinciran: 500 km (310 batu)
  • Lebar gelinciran: 200 km (125 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 20 m (60 kaki)

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno