Genom
keseluruhan maklumat keturunan suatu organisme; genom organisme (dikodkan oleh DNA genom) merupakan maklumat (biologi) yang diturunkan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya; ditranskripsikan untuk menghasilkan pelbagai RNA
Dalam biologi, genom (Inggeris: genome) adalah keseluruhan maklumat keturunan suatu makhluk hidup yang dikod ke dalam DNA (atau RNA untuk sesetengah virus), baik yang merupakan gen ataupun bukan. Genom mencakupi semua maklumat genetik yang dibawa DNA, baik di inti sel, mitokondrion, mahupun plastida. Setiap spesies makhluk hidup memiliki paket genom yang berbeza-beza, yang menjelaskan mengapa perkahwinan silang antara dua spesies boleh menghasilkan keturunan yang mandul. Istilah genom ini dicipta pada 1920 oleh Hans Winkler, seorang profesor botani di Universiti Hamburg, Jerman, sebagai kata lakur dari perkataan gen dan kromosom [1].
Rujukan
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno