Gereja

bangunan yang dibina untuk penganut Kristian

Gereja (Jawi: ݢريجا pinjaman Portugis: igreja[1]) ialah tempat penganut Kristian melakukan amalan keagamaan mereka.

Gereja Church of the Visitation di Seremban, Malaysia.

Binaan

Bangunan-bangunan gereja sering mempunyai menara yang memuncak daripada suatu tapak petak, bulat atau poligon lain; menara ini lazim terbina dari batuan yang dipasangkan atap.[2] Menara ini adakalanya menempatkan suatu genta besar yang dibunyikan memberitahu waktu berkumpul untuk tujuan tertentu seperti sembahyang gereja atau upacara khas seperti perkhawinan.

Kawasan tapak asas bangunan ini didasarkan lambang salib[3] terdiri daripada suatu segi empat panjang diletakkan pintu utama, dua petak sisi serta suatu petak belakang menempatkan suatu altar. Altar ini sering menghadap timur ke arah matahari, di mana orang Kristian mengibaratkan kebangkitan Yesus Kristus laksana terbitnya matahari di Bumi.[4] Bahagian ini juga boleh mengembung membentuk suatu ruang seakan kubah iaitu "apsis".

Gereja-gereja aliran Protestan lebih bertumpu kepada pulpit atau tempat paderi menyampaikan khutbah mereka.

Lihat juga

Rujukan