Geseran gigi tak bersuara

Geseran gigi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan/sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara teta θ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan T dalam X-SAMPA.

Nombor AFA130
Pengekodan
X-SAMPAT
Imej
Sampel audio
noicon

Penutur bahasa Melayu lebih menemukan bunyi konsonan ini pada bahasa Arab yang mempunyai huruf ث (sa) sebagai wakil bunyi ini; walau bagaimanapun kata pinjaman diserapkan dari bahasa ini akan terubah disebut kepada fonem yang hampir mirip iaitu geseran gusi/alveolar tak bersuara diwakili huruf S,[1] contohnya:

ثَلج thalj / ṯalj > salji
حديث ḥadīth / ḥadīṯ > hadis

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran gigi tak bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah gigi, iaitu disebut dengan lidah menyentuh gigi atas atau bawah, atau kedua-duanya sekali.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Rujukan