Hari April Fool

Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara Eropah dan dunia Barat. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka.

Sejarah

Sambutan pada tarikh ini difahamkan datangnya daripada Zaman Pertengahan ketika Tahun Baru masih dirayakan pada haribulan 25 Mac di kebanyakan bandar di Eropah;[1] malah di sesetengah kawasan di Perancis pula, ia disambut dengan cuti selama seminggu yang berakhir pada 1 April.[2][3] Ada sesetengah penulis yang mencadangkan bahawa jenaka April Fools dimulakan sebagai suatu acahan kepada individu dalam kalangan masyarakat benua ini yang masih merayakan perayaan tahun baru tersebut pada tarikh-tarikh lain[2] meskipun 1 Januari telah lama-kelamaan menjadi tarikh umum bagi Tahun Baru ini sejak pertengahan abad ke-16.[4]

Penerimaan dan pendapat

Amalan membuat muslihat dan jenaka pada April Fool ini sarat dengan kontroversi.[5][6] Pandangan yang menyokong sambutan ini memberi hujah bahawa ia dapat meningkatkan kesihatan melalui gelak tawa akibat terkena tipu muslihat yang dikatakan membantu melegakan stres dan tekanan pada jantung[7] manakala pihak yang berlawanan pula menganggap gelagat sebegini "menakutkan dan manipulatif", "biadab" dan "sedikit menjelikkan".[6]

Nota kaki

Pautan luar