Senarai hari kemerdekaan kebangsaan

rencana senarai Wikimedia
(Dilencongkan dari Hari Kemerdekaan)

Hari Kemerdekaan (Tulisan Jawi: هاري کمرديکاءن) merupakan perayaan yang memperingati hari ulang tahun kemerdekaan sesebuah negara. Kebiasaanya selepas bebas daripada penjajahan atau berpisah dari negara lain. Di kebanyakan negara, hari kemerdekaan juga disebut sebagai Hari Kebangsaan.

Berikut merupakan senarai (belum lengkap) hari kemerdekaan negara-negara di seluruh dunia:

NegaraTarikhPeristiwa penting
Afghanistan19 OgosKemerdekaan dari kawalan United Kingdom pada 1919.
Brunei1 JanuariKemerdekaan dari United Kingdom pada 1984.
Filipina12 JunPengisytiharan Kemerdekaan Filipina dari Sepanyol pada 1898.
Indonesia17 OgosPengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia dari Belanda. Merdeka dari Jepun pada 1945.
Malaya31 OgosPengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dari United Kingdom pada 1957.
 Borneo Utara31 OgosPengisytiharan Kemerdekaan North Borneo (Sabah) dari United Kingdom pada 1963.
Sarawak22 JulaiPengisytiharan Kemerdekaan Sarawak dari United Kingdom pada 1963.
Singapura9 OgosPemisahan Singapura daripada Malaysia menandakan perpisahan dengan Malaysia pada 1965.