Harimau dahan Borneo

Harimau dahan Borneo atau harimau dahan Sunda (juga: macan dahan Sunda, nama saintifik: Neofelis diardi[1]) merupakan sejenis kucing liar bersaiz sederhana yang boleh ditemui di Borneo, Sumatra dan Kepulauan Batu di Kepulauan Melayu. Ia dinamakan sedemikian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007 [2][3]. Walaupun kewujudannya telah diketahui ahli sains sejak awal abad ke-19, ia cuma diangkat menjadi spesies baru pada 2006, setelah lama dipercayai merupakan subspesies Harimau Dahan tanah besar (Neofelis nebulosa) [2][4]. WWF memetik Dr. Stephen O'Brien dari Institut Barah Kebangsaan A.S. sebagai berkata, "Keputusan penyelidikan genetik dengan jelas menunjukkan bahawa harimau dahan Borneo harus dipertimbangkan sebagai spesies berasingan" [5].

Harimau dahan Borneo
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Pantherinae
Genus:
Neofelis
Spesies:
N. diardi
Nama binomial
Neofelis diardi
(G. Cuvier, 1823)
Kawasan
Sinonim

Felis diardii
Felis macrocelis
Felis marmota
Neofelis nebulosa diardi

Pada tahun 2008, IUCN telah mengkelaskan spesies ini sebagai spesies terjejas, dengan jumlah populasi berkesan dianggarkan kurang daripada 10,000 individu matang, dan dalam pola semakin berkurang.[6]

Ciri-ciri

Harimau Dahan Borneo merupakan kucing terbesar di Borneo, dan berbadan pendek-gempal, berkeberatan kira-kira 12 hingga 25 kg (26 hingga 55 lb). Gigi taringnya 2 in (5.1 cm) panjang, yang perbandingan dengan panjang tengkoraknya adalah lebih panjang berbanding kucing-kucing ekstan lain. Ekornya boleh tumbuh sama panjang dengan badannya, menambahkan lagi keseimbangannya.

Bulunya bercorak tompok-tompok dengan hujung yang gelap, berbentuk seakan-akan awan. Walaupun kewujudannya telah diketahui oleh ahli-ahli sains sejak seawal abad ke-19, namun ia hanya baru dikenalpasti sebagai spesis sendiri pada tahun 2006, sebelumnya dianggap sebagai subspesies harimau dahan (Neofelis nebulosa).[4][2]

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno