Henrikh Mkhitaryan

Pemain bola sepak Armenia

Henrikh Mkhitaryan (Bahasa Armenia: Հենրիխ Մխիթարյան, Templat:IPA-hy; lahir 21 Januari 1989) ialah seorang pemain bola sepak profesional Armenia yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Serie A, Inter Milan.

Henrikh Mkhitaryan
Mkhitaryan bersama Armenia pada tahun 2014.
Maklumat peribadi
Nama penuhHenrikh Mkhitaryan[1]
Tarikh lahir (1989-01-21) 21 Januari 1989 (umur 35)
Tempat lahirYerevan, RSS Armenia, Soviet Union
Ketinggian1.78 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainanPemain tengah serangan
Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor22
Kerjaya remaja
1995–2006Pyunik
2003→ São Paulo (pinjam)
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2006–2009Pyunik70(30)
2009–2010Metalurh Donetsk37(12)
2010–2013Shakhtar Donetsk72(38)
2013–2016Borussia Dortmund90(23)
2016–2018Manchester United39(5)
2018–2019Arsenal39(8)
2019–2020Roma (pinjam)22(9)
2020–2022Roma65(18)
2022–Inter Milan36(5)
Pasukan kebangsaan
2006–2007Armenia B175(1)
2007–2008Armenia B196(1)
2008–2010Armenia B2113(9)
2007–2021Armenia95(32)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)

Mkhitaryan merupakan penjaring terbanyak Armenia sepanjang zaman dengan 25 gol dalam 70 perlawanan antarabangsa sejak penampilan sulungnya pada bulan Januari 2007. Bekas kelabnya termasuk Pyunik Yerevan, Metalurh Donetsk, Shakhtar Donetsk, Borussia Dortmund dan Manchester United.

Mkhitaryan telah dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Tahunan Armenia sebanyak tujuh kali. Pada tahun 2012 dia diundi sebagai Pemain Terbaik Shakhtar untuk musim 2011–12 oleh penyokong, dan Pemain Paling Bernilai Liga Perdana Ukraine. Pada tahun 2012, Mkhitaryan dinamakan dalam 100 Pemain Terbaik UEFA oleh Buku Tahunan Bola Sepak Eropah UEFA 2012–13.[3] Mkhitaryan diundi sebagai Pemain Bola Sepak Tahunan CIS pada tahun 2012, menjadikannya pemain bola sepak Armenia pertama yang dinamakan pemain terbaik sejak dari negara-negara pra-Soviet.[4] Dia menerima anugerah itu sekali lagi pada tahun 2013. Pada musim 2015–16 bersama Borussia Dortmund, Mkhitaryan telah diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan Bundesliga serta tersenarai dalam kesebelasan terbaik Bundesliga 2015–16.[5] Mkhitaryan menerima jolokan Heno dari penyokong Armenia dan diberi panggilan Micki oleh penyokong Borussia Dortmund.

Kehidupan awal

Mkhitaryan dilahirkan pada 22 Januari 1989 di ibu negara Armenia, Yerevan kepada Marina Taschyan dan Hamlet Mkhitaryan, seorang penyerang FC Ararat Yerevan semasa era 1980–an, yang mati akibat tumor otak ketika berumur 33 tahun semasa Mkhitaryan berumur tujuh tahun.[6] Ibunya adalah ketua jabatan pasukan kebangsaan dalam Persekutuan Bola Sepak Armenia dan kakaknya, Monica, bekerja di ibu pejabat UEFA.[7]

Ketika permulaan era 1990–an, keluarga Mkhitaryan berpindah ke Perancis, dimana Hamlet Mkhitaryan bermain untuk bekas kelab ASOA Valence dan membantu mereka layak ke divisyen kedua Ligue 2. Mkhitaryan menghabiskan masa kecilnya di Valence. Dia sentiasa mahu menjadi pemain bola sepak dan mulai mengikuti jejak langkah ayahnya. Sebagai seorang anak, dia akan menonton ayahnya bermain dan selalu ingin mengikutinya ke latihan. Keluarga Mkhitaryan kembali ke Yerevan pada tahun 1995. Mkhitaryan menamatkan pengajian di Institut Kebudayaan Fizikal di Armenia. Pada masa ini beliau mempelajari ilmu ekonomi di Institut St. Petersburg cawangan Yerevan. Selepas tamat pengajian, dia merancang untuk belajar di sana sebagai peguam.[8][9] Ketika membesar, Mkhitaryan menganggap Zinedine Zidane sebagai idola.[10]

Kerjaya kelab

Pyunik

Mkhitaryan menyertai sistem belia FC Pyunik pada tahun 1995 dan menerima gaji pertamanya ketika berumur 15 tahun.[11] Dia kemudiannya dinaikkan ke pasukan utama FC Pyunik dan membuat penampilan profesional pertamanya pada tahun 2006 ketika berusia 17 tahun. Dia kali terakhir bermain bersama kelab itu pada musim 2009. Ketika musim itu, dia menjaringkan 11 gol liga dalam 10 perlawanan. Dalam empat musim pertamanya dengan pasukan utama Pyunik, mereka memenangi Liga Perdana Armenia empat kali (2006, 2007, 2008 dan 2009). Mereka juga memenangi Piala Super Armenia dua kali (2007 dan 2009) dan Piala Armenia sekali (2009). Secara keseluruhan, dia membuat 70 penampilan liga untuk kelab itu dengan 30 gol dan 89 penampilan keseluruhan dengan 35 gol.[12] Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Armenia dan Pyunik, Vardan Minasyan mengakui bahawa dia mahu melihat pemain bintangnya beraksi dalam liga yang lebih baik. Oleh kerana kejayaannya di dalam Liga Perdana Armenia 2009 bersama Pyunik Yerevan, dia menyertai kelab Liga Perdana Ukraine, Metalurh Donetsk.

Metalurh Donetsk

Mkhitaryan bermain untuk Metalurh Donetsk pada tahun 2009

Mkhitaryan menyertai Metalurh Donetsk pada tahun 2009.[13] Dia menjaringkan satu gol ketika perlawanan sulungnya di mana mereka menang 3–0 ke atas kelab Liga Perdana Belarus, FC Partizan Minsk di dalam Liga Europa pada 16 Julai 2009.[14] Pada 19 Julai, dia membuat penampilan sulung liga ketika seri 0–0 dengan Dnipro Dnipropetrovsk.[15] Gol pertamanya di dalam ligan datang ketika seri 2–2 dengan Karpaty Lviv pada 26 Julai.[16] Pada 6 Ogos, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 3–0 dalam perlawanan kedua Liga Europa ke atas kelab Slovenia, Interblock Ljubljana di mana pasukannya menang 5–0 secara agregat.[17]

Pada musim berikutnya dia dinamakan sebagai kapten kelab pada 14 Julai ketika berumur 21 tahun, menjadikannya kapten termuda dalam sejarah Metalurh Donetsk.[18] Dia menjaringkan gol pertamanya dalam musim ini pada minit ke 89 menerusi penalti, ketika kemenangan 3–0 ke atas Obolon Kyiv pada 16 Julai.[19] Dia bermain perlawanan terakhirnya bersama kelab ini ketika kemenangan 2–1 ke atas Dnipro pada 30 Ogos.[20] Dalam musim keduanya, dia bermain lapan perlawanan dan menjaringkan tiga gol, kesemuanya di dalam liga. Dia membuat 37 penampilan liga ketika tempohnya di Metalurh dan menjaringkan 12 gol.[21] Secara keseluruhan dia bermain 46 perlawanan untuk kelab itu dan menjaringkan 17 gol.

Shakhtar Donetsk

Musim 2010–11

Mkhitaryan berlatih bersama Shakhtar pada tahun 2010

Pada 30 Ogos 2010, dia melengkapkan perpindahan bernilai $7.5 juta ke Shakhtar Donetsk.[22] Dia membuat penampilan sulung pada 10 September ketika kekalahan 1–0 kepada Obolon Kyiv dan digantikan oleh Eduardo selepas 62 minit.[23] Penampilan sulungnya di tempat sendiri lebih baik dengan Shakhtar menang 4–1 ke atas Tavriya Simferopol pada 19 September.[24] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab dalam perlawanan ini. Tiga hari kemudian dia membuat penampilan pertama dalam Piala Ukraine dan menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 6–0 ke atas Kryvbas.[25] Pada 25 September, dia menjaringkan gol kemenangan ketika menang 2–1 ke atas Metalist Kharkiv.[26] Dia membuat penampilan sulung Eropah untuk kelab dalam Liga Juara-Juara Eropah pada 28 September menentang Sporting Braga dan mereka menang 3–0.[27] Dia membuat penampilan ketika menang 2–0 dalam perlawanan akhir Piala Ukraine menentang Dynamo Kyiv di mana dia masuk pada minit ke–81 menggantikan Jádson.[28] Musim pertamanya di kelab ini dianggap sangat berjaya untuk Shakhtar selepas mereka memenangi kejuaraan treble (Liga Perdana Ukraine, Piala Ukraine dan Piala Super Ukraine).[29]

Musim 2011–12

Mkhitaryan bermain untuk Shakhtar Donetsk pada tahun 2011

Dalam musim 2011-12, Shakhtar memenangi Liga Perdana Ukraine dan Piala Ukraine.[30] Mkhitaryan menjaringkan gol ketiga ketika kemenangan 4–0 ke atas Obolon Kyiv dalam perlawanan liga pertamanya pada musim itu.[31] Pada 4 Mac, dia menjaringkan gol penyamaan ketika seri 1–1 dengan Dnipro Dnipropetrovsk.[32] Dia menjaringkan satu-satunya gol ketika kemenangan ke atas Metalurh Zaporizhya pada 11 April.[33] Pada 6 Mei, dia beraksi ketika Shakhtar menang 2–1 ke atas bekas kelabnya Metalurh Donetsk dalam perlawanan akhir Piala Ukraine.[34] Dalam tinjauan dalam talian laman web rasmi Shakhtar Donetsk, Mkhitaryan diundi sebagai pemain terbaik Shakhtar untuk musim 2011–12 dengan undian sebanyak 38%.[35] Dia menjaringkan 11 gol dalam 36 perlawanan, termasuk 10 gol dalam 28 perlawanan liga. Shakhtar mengekalkan kejuaraan liga dan Piala Ukraine dalam musim 2011–12.[30]

Musim 2012–13

Mkhitaryan bermain ketika kemenangan 2–0 di dalam Piala Super 2012 menentang Metalurh Donetsk.[36] Dalam perlawanan pertamanya pada musim 2012–2013, dia menjaringkan dua gol dan membuat dua bantuan gol ketika kemenangan 6–0 ke atas Arsenal Kyiv.[37] Dia menjaringkan gol hatrik ketika menentang Chornomorets Odesa untuk membantu pasukannya menang 5–1. Dia berjaya menjaringkan 10 gol pada musim itu hanya selepas enam perlawanan. Pada 19 September dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Shakhtar musim itu, Mkhitaryan menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2–0 ke atas Nordsjælland.[38] Ini merupakan kali pertama dia menjaringkan gol di dalam Liga Juara-Juara dan dia dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan.[39] Dia juga dinamakan dalam Pasukan Terbaik Mingguan perlawanan pertama Liga Juara-Juara. Pada 16 Mac 2013, Mkhitaryan bermain perlawanan ke–100nya di dalam Liga Perdana Ukraine ketika menentang Chornomorets Odesa.[40][41]

Pada 11 Mei 2013, Mkhitaryan menjaringkan gol ke–23 dan ke–24nya di dalam liga ketika kemenangan 5–0 ke atas Tavria. Gol-gol ini berjaya mencatatkan rekod Liga Perdana Ukraine untuk gol terbanyak dalam semusim.[42][43] Mkhitaryan mengakhiri musim dengan 25 gol liga dan pemain tengah itu dipuji kerana teknik dan dedikasinya.[44]

Borussia Dortmund

Musim 2013–14

Pada 25 Jun, Borussia Dortmund membuat tawaran €25 juta ($30 juta) tetapi dalam mengesahkan tawaran CEO Shakhtar Donetsk Sergei Palkin menegaskan bahawa ia kurang daripada penilaian kelab itu, yang merupakan satu bayaran €30 juta (£25 juta). Dalam sidang akhbar yang sama, Palkin mengesahkan pengambilalihan pemain Brazil Fred dari Sport Club Internacional dengan bayaran €15 juta (£12.5 juta). Pada 5 Julai, ianya telah dilaporkan bahawa Borussia Dortmund telah berjaya mengadakan perbincangan dengan Shakhtar dan Mkhitaryan sedang dalam perjalanan ke Jerman untuk menjalani ujian perubatan. Pada 8 Julai, Borussia Dortmund mengumumkan bahawa ia telah bersedia untuk menandatangani perjanjian empat tahun dengan Mkhitaryan dengan nilai €25 juta (£21.5 juta). Shakhtar dan Borussia rasmi "menyelesaikan segala formaliti yang diperlukan" dan bersetuju dengan harga €27.5 juta (£23.6 juta) menjadikan dia pembelian yang paling mahal dalam sejarah kelab itu.[45]

Dalam penampilan sulungnya ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang FC Basel pada 10 Julai 2013, Mkhitaryan membuat bantuan gol kepada Marco Reus pada minit ke 11 dan menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu 16 minit kemudian untuk membantu mereka menang 3–1 di St. Jakob-Park.[46] Mkhitaryan tidak dapat mengambil bahagian dan tidak disenaraikan dalam skuad untuk Piala Super DFL 2013 akibat kecederaan semasa perlawanan persahabatan sebelum itu dimana kelabnya menang. Mkhitaryan membuat penampilan sulung untuk BVB selepas kembali daripada kecederaan ketika perlawanan Bundesliga 2013–14 pada 18 Ogos 2013 dan BVB menang ke atas Eintracht Braunschweig di Signal Iduna Park.[47] Dua gol pertama Bundesliga Mkhitaryan datang ketika kemenangan 2–1 ke atas Eintracht Frankfurt untuk mengekalkan Dortmund di tempat pertama Bundesliga.[48] Gol pertamanya di dalam Liga Juara-Juara untuk Dortmund datang ketika kemenangan 1–2 ke atas Arsenal.

Mkhitaryan menamatkan musim dengan sembilan gol dan membuat sepuluh bantuan gol di dalam Bundesliga. Dia juga dinamakan dalam Pasukan Terbaik Musim Bundesliga WhoScored.[49][50] Pasukannya muncul naib juara Bundesliga 2013–14 dan naib juara DFB-Pokal 2013–14.

Musim 2014–15

Trofi pertama Mkhitaryan bersama kelab ini merupakan Piala Super DFL 2014 di mana dia menjaringkan gol pertama ketika menang 2–0 ke atas Bayern Munich. Pada bulan September 2014, dia mengalami kecederaan yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi selama sebulan. Padada 13 Disember 2014, Mkhitaryan sekali lagi mengalami kecederaan. Pada 28 Februari 2015, dia menjaringkan gol kedua ketika menewaskan Schalke 04 3–0.

Musim 2015–16

Pada 6 Ogos 2015, Mkhitaryan bermain dalam perlawanan menentang Wolfsberger AC dalam pusingan ketiga kelayakan Liga Europa. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama buat Thomas Tuchel sebagai jurulatih. Mkhitaryan meledak hatrik di mana pasukannya mencatat kemenangan 5–0 dan 6–0 secara agregat. Tiga hari kemudian, dia menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 2–0 ke atas kelab divisyen 3, Chemnitzer FC dalam pusingan pertama DFB Pokal. Pada 15 Ogos 2015, Mkhitaryan meledak 2 gol ketika kemenangan 4-0 ke atas Borussia Monchengladbach pada hari pertama Bundesliga bermula. Lima hari kemudian, beliau menanduk bola masuk ke gawang gol dalam perlawanan Dortmund bangkit daripada ketinggalan 3–0 untuk menang 4–3 keatas Odds BK di dalam perlawanan play-off Liga Europa. Pada 28 Oktober 2015, Mkhitaryan menjaringkan satu gol ketika kemenangan SC Paderborn 7–1 untuk melepasi pusingan kedua piala domestik. Lapan hari kemudian, dia sekali lagi meledak satu gol ketika kemenangan ke atas Gabala FK 4–0, sekaligus mengesahkan tempat dalam pusingan kalah mati Liga Europa. Pada akhir musim 2015–16, Mkhitaryan telah diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan Bundesliga serta tersenarai dalam kesebelasan terbaik liga tersebut. Mkhitaryan mengakhiri Bundesliga sebagai dengan 15 bantuan gol.

Manchester United

Musim 2016–17

Pada 2 Julai 2016, Pengarah Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke menjelaskan mengenai spekulasi perpindahan Mkhitaryan ke kelab gergasi England, Manchester United. Dia menjelaskan Mkhitaryan mempunyai kontrak setahun lagi bersama Dortmund dan boleh meninggalkan kelab tersebut secara percuma pada tahun 2017. Empat hari kemudian, Mkhitaryan disahkan menyertai Manchester United dengan harga perpindahan bernilai antara £27 juta hingga £30 juta dengan pilihan melanjutkan kontrak ke tahun yang lain. Beliau menjadi pemain Armenia pertama bermain di Liga Perdana Inggeris.

Pada 15 Julai 2016, Mkhitaryan mencipta debutnya dalam kemenangan 2–0 keatas Wigan Athletic dalam perlawanan pra-musim. Beliau mencipta debut kompetitifnya pada 7 Ogos 2016, menjadi pemain gantian di masa kecederaan ketika menewaskan Leicester City 2–1 dalam Piala Perisai Komuniti untuk meraih kejuaraan pertamanya bersama United. Pada 14 Ogos 2016, Mkhitaryan menjadi pemain Armenia pertama bermain di Liga Perdana Inggeris apabila beliau menjadi pemain gantian minit ke-74 menggantikan Juan Mata dalam kemenangan 3–1 keatas AFC Bournemouth. Pada 10 September 2016, Mkhitaryan mencipta penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama dalam perlawanan Manchester Derby, tetapi digantikan di rehat separuh masa.

Pada 8 Disember 2016, Mkhitaryan menjaringkan gol pertamanya bersama United, kemenangan 2–0 keatas Zorya Luhansk di tempat lawan, sekaligus United mara ke pusingan kalah mati Liga Europa. Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris, menang 1–0 keatas Tottenham Hotspur. Namun, beliau meninggalkan padang di separuh masa kedua akibat kecederaan paha, dikasari oleh Danny Rose. Selepas beliau terlepas dua perlawanan, Mkhitaryan telah kembali beraksi dalam perlawanan menentang Sunderland di Old Trafford apabila menjadi pemain gantian, menggantikan Jesse Lingard pada minit ke-62. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86, melakukan 'tendangan kala jengking'. Mkhitaryan memberitahu bahawa gol tersebut ialah yang tercantik pernah dia jaringkan. Pada 24 Mei 2017, Beliau berjaya menjaringkan gol di perlawanan akhir Liga Europa apabila menewaskan Ajax, 2-0 sekaligus bergelar juara dan memberikan United slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah.

Musim 2017-18

Pada musim baharu Liga Perdana Inggeris 2017-18, Mkhitaryan bermula cemerlang apabila beliau merekodkan 5 assist dalam 3 perlawanan pertama liga yang berakhir dengan kemenangan mudah. Beliau juga berjaya menjaringkan gol menentang Everton dan menentang CSKA Moscow di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah pada September 2017. Namun, beliau berdepan kesukaran untuk memecah masuk kesebelasan utama pada bulan November dan kurang beraksi sehingga akhir bulan Disember.

Arsenal

Pada 22 Januari 2018, Mkhitaryan telah meninggalkan Manchester United untuk menyertai Arsenal. Perpindahan beliau juga dijadikan pertukaran dengan Alexis Sanchez yang juga berpindah ke United. Beliau mencipta debutnya dalam perlawanan menentang Everton pada 3 Februari 2018 yang menyaksikan beliau memcatat 3 assist dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan besar 5-1. Beliau menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal ketika menentang Watford pada 11 Mac 2018. Namun, ia merupakan gol keduanya di Liga Perdana Inggeris selepas beliau mencipta satu gol ketika bersama Manchester United pada bulan September 2017.

Pada 29 April 2018, beliau kembali ke Old Trafford untuk menghadapi perlawanan berdepan bekas kelabnya, Manchester United. Mkhitaryan menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 2-1. Bagaimanapun, beliau tidak meraikan jaringannya bagi menghormati bekas kelabnya itu.

Karier antarabangsa

Mkhitaryan merupakan ahli penting pasukan kebangsaan Armenia. Dia membuat penampilan sulung ketika perlawanan persahabatan menentang Panama pada 14 Januari 2007.[51]

Dia menjaringkan enam gol untuk Armenia ketika kelayakan UEFA Euro 2012 kumpulan B, menjadikannya penjaring terbanyak dalam kumpulan itu.[52] Walaupun Armenia gagal melepasi pusingan kelayakan UEFA Euro 2012, persembahan Mkhitaryan membolehkannya dimasukkan dalam Pasukan Impian Kelayakan UEFA Euro 2012 dengan enam gol.

Pada 15 Oktober 2013. Mkhitaryan menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan bola sepak kebangsaan Armenia, selepas menjaringkan gol ke 12 nya untuk pasukan kebangsaan.[53]

Pada 24 Mei 2014, Mkhitaryan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4–3 keatas Emiriah Arab Bersatu di Stade de la Fontenette di Carouge, Switzerland. Two tahun dan satu hari kemudian, beliau mencipta hatrik pertamanya di pentas antarabangsa apabila membelasah Guatemala 7–1 di Los Angeles.

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 26 Ogos 2018.
KelabMusimLigaPiala KebangsaanPiala LigaBenuaLain-lainJumlah
DivisyenKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Pyunik2006Liga Perdana Armenia12100121
2007Liga Perdana Armenia241200402812
2008Liga Perdana Armenia2465320319
2009Liga Perdana Armenia1011621613
Jumlah7030115608735
Metalurh Donetsk2009–10Liga Perdana Ukraine29920643713
2010–11Liga Perdana Ukraine830083
Jumlah371220644516
Shakhtar Donetsk2010–11Liga Perdana Ukraine1733170274
2011–12Liga Perdana Ukraine26104160103711
2012–13Liga Perdana Ukraine29254282104229
Jumlah72381142122010644
Borussia Dortmund2013–14Bundesliga31952102004613
2014–15Bundesliga283617011425
2015–16Bundesliga3111651575223
Jumlah90231783291114041
Manchester United2016–17Liga Perdana Inggeris2443120116104111
2017–18Liga Perdana Inggeris15110104110222
Jumlah3954130157206313
Arsenal2017–18Liga Perdana Inggeris11261173
2018–19Liga Perdana Inggeris3100000031
Jumlah14300006100204
Jumlah keseluruhan322111451830862351461153

Gol antarabangsa

#TarikhVenueLawanSkorKeputusanPertandingan
1.28 Mac 2009Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Estonia1–02–2Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2.25 Mei 2010Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Uzbekistan1–03–1Persahabatan
3.8 Oktober 2010Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Slovakia3–13–1Kelayakan UEFA Euro 2012
4.12 Oktober 2011Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Andorra2–04–0Kelayakan UEFA Euro 2012
5.2 September 2011Estadi Comunal d'Aixovall, Andorra la Vella, Andorra  Andorra3–03–0Kelayakan UEFA Euro 2012
6.6 September 2011Štadión pod Dubňom, Žilina, Slovakia  Slovakia2–04–0Kelayakan UEFA Euro 2012
7.7 Oktober 2011Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Macedonia Utara2–04–1Kelayakan UEFA Euro 2012
8.11 Oktober 2011Stadium Aviva, Dublin, Republik Ireland  Ireland1–21–2Kelayakan UEFA Euro 2012
9.12 Oktober 2012Stadium Hrazdan, Yerevan, Armenia  Itali1–11–3Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
10.14 November 2012Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Lithuania3–04–2Persahabatan
11.11 Jun 2013Stadium Parken, Copenhagen, Denmark  Denmark4–04–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
12.15 Oktober 2013Stadio San Paolo, Naples, Itali  Itali2–12–2Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
13.27 Mei 2014Stade de la Fontenette, Carouge, Switzerland  Emiriah Arab Bersatu2–14–3Persahabatan
14.3–2
15.6 Jun 2014Coface Arena, Mainz, Jerman  Jerman1–11–6Persahabatan
16.7 September 2014Stadium Parken, Copenhagen, Denmark  Denmark1–01–2Kelayakan UEFA Euro 2016
17.28 Mei 2016StubHub Center, Los Angeles, Amerika Syarikat  Guatemala4–17–1Persahabatan
18.4–1
19.5–1
20.26 Mac 2017Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Kazakhstan1–02–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018
21.4 Jun 2017Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Saint Kitts dan Nevis2–05–0Persahabatan
22.3–0
23.8 Oktober 2017Astana Arena, Astana, Kazakhstan  Kazakhstan1–01–1Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018
24.9 November 2017Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Belarus2–04–1Persahabatan
25.13 November 2017Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia  Cyprus3–13–2Persahabatan

Kejayaan

Kelab

Pyunik Yerevan
  • Liga Perdana Armenia: 2006, 2007, 2008, 2009
  • Piala Armenia: 2009
  • Piala Super Armenia: 2007, 2009
Shakhtar Donetsk
  • Liga Perdana Ukraine: 2010–11, 2011–12, 2012–13
  • Piala Ukraine: 2010–11, 2011–12, 2012–13
  • Piala Super Ukraine: 2012
Borussia Dortmund
  • DFL-Supercup: 2014
Manchester United

Rujukan

Pautan luar