Jude Law

Pelakon Inggeris

David Jude Law (lahir 29 Disember 1972) ialah seorang pelakon filem, televisyen, dan teater Inggeris yang dikenali dengan watak utamanya pada filem 1990-an dan 2000-an. Beliau mula berlakon dengan National Youth Music Theatre UK pada 1987, dan watak TV pertamanya adalah pada 1989. Pada 1997, wataknya dalam Wilde, sebuah filem biografi Oscar Wilde, membolehkannya mendapat Anugerah Filem British Evening Standard untuk "Pelakon Baharu Yang Paling Mempunyai Harapan".

Jude Law
Jude Law di Pesta Filem Antarabangsa Toronto 2007
Kelahiran (1972-12-29) 29 Disember 1972 (umur 51)
Lewisham, London, England
Tahun aktif1987–kini
PasanganSadie Frost
(2 September 1997
29 Oktober 2003) (bercerai)
AnugerahAnugerah Filem British Evening Standard bagi Pelakon Baharu Yang Mempunyai Harapan
1998 Wilde
Anugerah NBR bagi Pelakonan Ensembel Terbaik
2004 Closer
Anugerah SFFCC - Pelakon Pembantu Terbaik
2000 The Talented Mr. Ripley
Anugerah Dunia Teater
1994-95 Indiscretions
Anugerah Variety Club Showbiz
Pelakon Filem Tahun 2007

Selepas membintangi filem-filem yang diarahkan oleh Andrew Niccol, Clint Eastwood, dan Sam Mendes, Law dicalonkan untuk Anugerah Akademi buat dua kali: sebagai Pelakon Pembantu Terbaik bagi pelakonannya dalam filem, The Talented Mr. Ripley, pada 2000 dan sebagai Pelakon Utama Lelaki Terbaik untuk pelakonannya dalam filem, Cold Mountain pada 2003, kedua-duanya diarahkan oleh Anthony Minghella. Law juga memenangi Anugerah BAFTA untuk peranannya sebagai The Talented Mr. Ripley.

Law juga dimasukkan ke dalam Senarai Sepuluh Pelakon Lelaki Teratas yang dipetik daripada Senarai A 2006 bagi bintang filem yang paling dapat menjamin keuntungan di Hollywood.[1] Pada 1 Mac 2007, beliau dianugerahkan dengan Ordre des Arts et des Lettres oleh kerajaan Perancis dan dinamai sebagai "Chevalier des Arts et des Lettres".[2] Law telah dijadualkan untuk kembali ke pentas teater pada 2009 untuk melakonkan watak utama dalam drama Shakespeare, Hamlet.


Kehidupan peribadi

Law dilahirkan di Lewisham, London Selatan kepada guru-guru Maggie dan Peter Law yang menamainya sempena kedua-dua lagu Beatles, Hey Jude, dan watak utama novel Jude the Obscure yang ditulis oleh Thomas Hardy.[3][4] Ibu bapanya kini mengendalikan sebuah sekolah drama sendiri di Perancis.[3][4] Kakaknya, Natasha, ialah pengilustrasi dan pelukis yang terkenal.[5][6] Law dibesarkan di Blackheath, sebuah desa di Boro Lewisham,[7] dan dididik di John Ball Primary School di Blackheath serta Kidbrooke School di Kidbrooke, sebelum menyertai Alleyn's School di Dulwich.[8][9]

Law berkahwin dengan Sadie Frost pada 2 September 1997 dan mempunyai empat anak: Finlay Munro (anak tiri lelaki Law, dilahirkan pada 20 September 1990), anak lelaki Rafferty (dilahirkan pada 6 Oktober 1996), anak perempuan Iris (dilahirkan pada 25 Oktober 2000) dan anak lelaki Rudy (dilahirkan pada 10 September 2002). Mereka bercerai pada 29 Oktober 29 2003.[10] Pada Hari Krismas 2004, Law bertunang dengan Sienna Miller, bintang gandingannya dalam filem Alfie. Bagaimanapun, pada 12 November 2006, Law dan Miller mengumumkan perpisahan mereka.[11]

Rujukan kebudayaan popular

Brand New, sebuah pancaragam rock alternatif dari Long Island, New York menjudulkan salah satu lagu mereka sebagai "Jude Law and a Semester Abroad", dan memasukkannya ke dalam album debut mereka, Your Favorite Weapon, pada 2001. Mereka kemudian menerbitkann lagu tersebut sebagai rekod single pada tahun 2002.

Filemografi

TahunTajukPerananNota
1989The Tailor of Gloucester (TV)Sam, Mayor's Stableboy
1990Families (TV)Nathan Thompson
1991The Casebook Of Sherlock Holmes (TV)Joe Barnes
1993The Marshal (TV)Bruno
1994The CraneYoung Man
ShoppingBilly
1996I Love You, I Love You NotEthan
1997BentStormtrooper
WildeLord Alfred "Bosie" Douglas
GattacaJerome Eugene Morrow
Midnight in the Garden of Good and EvilBilly Carl Hanson
1998Music From Another RoomDanny
Final CutJude
The Wisdom of CrocodilesSteven Grlscz
1999eXistenZTed Pikul
Presence of MindSecretary
The Talented Mr. RipleyDickie GreenleafDicalonkan untuk Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Akademi
Tube Tales (TV).A Bird in the Hand, pengarah [12][13]
2000Love, Honour and ObeyJude
2001Enemy at the GatesVassili Zaitsev
Artificial Intelligence: A.I.Gigolo Joe
2002Road to PerditionHarlen Maguire
2003Cold MountainInmanDicalonkan untuk Pelakon Utama Terbaik Anugerah Akademi
2004I ♥ HuckabeesBrad Stand
Sky Captain and the World of TomorrowSky Captain / Joseph Sullivanpelakon dan penerbit
AlfieAlfie
CloserDan
The AviatorErrol Flynn
Lemony Snicket's A Series of Unfortunate EventsLemony Snickettukang cerita
2006All the King's MenJack Burden
Breaking & EnteringWill Francis
The HolidayGraham
2007My Blueberry NightsJeremy
SleuthMilo Tindlepelakon dan penerbit
2009Repossession MamboRemy, a repo manpascapenerbitan
The Imaginarium of Doctor ParnassusTonypascapenerbitan; meneruskan peranan yang tidak disiapkan oleh Heath Ledger

Teater

YearTitleRoleDirectorPlaywrightTheatre
1987BodyworkAdrenalin..National Youth Music Theatre /Northcott Theatre
(Pesta Exeter, Edinburgh Fringe)
1988The Litte Rats..P. Allwood, Jeremy James Taylor, David ScottNational Youth Music Theatre /Lilian Baylis Theatre
1988The Ragged ChildPelbagai peranan:
Anthony Ashley-Cooper,
seorang Pegawai Mahkamah,
Sir Peter Dykewater,
Timothy, seorang bangsawan
.Jeremy James Taylor, Frank WhatelyNational Youth Music Theatre /Glyndebourne [14][15]
1989Captain Stirrick..Jeremy James Taylor, David ScottNational Youth Music Theatre /Lilian Baylis Theatre
1989Joseph and the Amazing Technicolor DreamcoatJosephHerriot HallAndrew Lloyd Webber /Tim RiceNational Youth Music Theatre
1990The Caucasian Chalk Circle..Bertolt BrechtNational Youth Music Theatre [16]
1992The Fastest Clock In The UniverseFoxtrot DarlingJo BonneyPhilip RidleyHampstead Theatre
PygmalionFreddieGeorge Bernard ShawMelawati Itali
1993The Snow OrchidBlaiseJoe Pintauro[17]Gate Theatre [18]
Live Like Pigs [19]ColKate MitchellJohn ArdenRoyal Court Theatre
Death of a SalesmanHappyMatthew WarchusArthur MillerWest Yorkshire Playhouse
1994Les parents terriblesMichaelSean MathiasJean CocteauRoyal National Theatre (Lyttelton)
1995IndiscretionsMichaelSean MathiasJean CocteauEthel Barrymore Theatre, Broadway
IonIonNicholas WrightEuripidesBarbican Arts Centre (The Pit) /Royal Shakespeare Company
1999'Tis Pity She's a WhoreGiovanniDavid LanJohn FordYoung Vic Theatre
2002Doctor FaustusDoctor FaustusDavid LanChristopher MarloweYoung Vic Theatre
2003Collateral Damage...Royal National Theatre (Lyttelton) [20]
2006Beckett di Reading Gala Evening [21][22].Anthony MinghellaSamuel BeckettReading Town Hall
2009HamletHamletKenneth BranaghWilliam ShakespeareDonmar Warehouse at Wyndham's [23]

Anugerah dan calonan

Anugerah Akademi
2004:DicalonkanOscar - Pelakon Utama Terbaikuntuk: Cold Mountain (2003)
2000:DicalonkanOscar - Pelakon Pembantu Terbaikuntuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Academy of Science Fiction, Fantasy & Horror Films
2000:DicalonkanAnugerah Saturn - Pelakon Pembantu Terbaikuntuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah BAFTA
2004:DicalonkanAnugerah BAFTA - Persembahan Terbaik Pelakon Utamauntuk: Cold Mountain (2003)
2000:MemenangiAnugerah Filem BAFTA - Persembahan Terbaik Pelakon Pembantuuntuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Hiburan Blockbuster
2000:Memenangi Anugerah Hiburan Blockbuster - Pelakon Pembantu Lelaki Kegemaran - Saspensuntuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Broadcast Film Critics Association
2005:DicalonkanAnugerah BFCA - Ensembel Pelakonan Terbaikuntuk: Closer (2004)
Berkongsi dengan:Clive Owen, Natalie Portman, Julia Roberts

Anugerah Chicago Film Critics Association
2002:DicalonkanAnugerah CFCA - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaikuntuk: Artificial Intelligence: AI (2001)

Anugerah César, Perancis
2007:César Kehormat

Anugerah Empire, UK
2004:DicalonkanAnugerah Empire - Pelakon Lelaki British Terbaikuntuk: Cold Mountain (2003)
2003:DicalonkanAnugerah Empire - Pelakon Lelaki British Terbaikuntuk: Road to Perdition (2002)
2001:DicalonkanAnugerah Empire - Pelakon Lelaki British Terbaik untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Filem Eropah
2001:DicalonkanAnugerah Penonton - Pelakon Utama Lelaki Terbaik untuk: Enemy at the Gates (2001)

Anugerah Filem British Evening Standard
1998:MemenangiAnugerah Filem British Evening Standard - Pelakon Baharu Yang Mempunyai Paling Banyak Harapanuntuk: Wilde (1997)

Golden Globes
2004:DicalonkanGolden Globe - Persembahan Pelakon Utama Lelaki Filem Yang Terbaik - Drama untuk: Cold Mountain (2003)
2002:DicalonkanGolden Globe - Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Filem Yang Terbaikuntuk: Artificial Intelligence: AI (2001)
2000:DicalonkanGolden Globe - Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Filem Yang Terbaikuntuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Filem dan Televisyen Ireland
2004:DicalonkanAnugerah Penonton - Pelakon Lelaki Antarabangsa Terbaikuntuk: Cold Mountain (2003)

Anugerah Filem London Critics Circle
2001:Dicalonkan Anugerah ALFS - Pelakon Pembantu British untuk Tahununtuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Filem MTV
2007:DicalonkanAnugerah Filem MTV - Best Kissuntuk: The Holiday (2006), dikongsi dengan Cameron Diaz
2005:DicalonkanAnugerah Filem MTV - Best Kissuntuk: Sky Captain and the World of Tomorrow (2004), dikongsi dengan Gwyneth Paltrow
2003:DicalonkanAnugerah Filem MTV - Pelakon Kejayaan Cemerlang Rentas Atlantik Yang Terbaik
2000:DicalonkanAnugerah Filem MTV - Persembahan Filem Muzik Terbaikuntuk: The Talented Mr. Ripley (1999), dikongsi dengan Matt Damon dan Fiorello untuk lagi "Tu Vuo' Fa L'Americano".

National Board of Review
2004:Memangi Anugerah NBR - Pelakonan Ensembel Terbaik untuk: Closer (2004/I)
Berkongsi dengan: Clive Owen, Natalie Portman, Julia Roberts

Anugerah Online Film Critics Society
2002:DicalonkanAnugerah OFCS - Pelakon Pembantuk Lelaki Terbaikuntuk: Artificial Intelligence: AI (2001)

Anugerah People's Choice
2005:DicalonkanAnugerah People's Choice - Pelakon Utama Lelaki Kegemaran

Anugerah Golongan Pengkritik Filem Santa Fe
2000:MemenangiAnugerah SFFCC - Pelakon Pembantu Terbaikuntuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Satellite
2004:DicalonkanAnugerah Golden Satellite - Prestasi Terbaik Pelakon Utama Lelaki Filem, Dramauntuk: Cold Mountain (2003)
2000:DicalonkanAnugerah Golden Satellite - Prestasi Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki Filem, Dramauntuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Screen Actors Guild
2005:Dicalonkan - Prestasi Cemerlang oleh Barisan Pelakon Filem untuk: The Aviator (2004)
Berkongsi dengan: Alan Alda, Alec Baldwin, Kate Beckinsale, Cate Blanchett, Leonardo DiCaprio, Ian Holm, Danny Huston, John C. Reilly, Gwen Stefani

Konvensyen ShoWest
2004:Anugerah ShoWest - Bintang Lelaki untuk Tahun

Anugerah Teen Choice
2000:DicalonkanAnugerah Teen Choice - Persembahan Pecah Keluar Film Choice untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)

Anugerah Visual Effects Society
2005:DicalonkanAnugerah VES Award - Prestasi Terbaik Pelakon dalam sebuah filem kesan visual bagi: Sky Captain and the World of Tomorrow (2004) [24]

Anugerah Variety Club Showbiz
2007:Pelakon Filem untuk Tahun [25][26]

Rujukan

Pautan luar


Didahului oleh
Johnny Depp
Lelaki Hidup People Yang Paling Seksi
2004
Diikuti oleh:
Matthew McConaughey
Anugerah
Anugerah BAFTA
Didahului oleh
Geoffrey Rush
untuk Elizabeth
Anugerah BAFTA untuk Pelakon Pembantu Terbaik
2000
untuk The Talented Mr. Ripley
Diikuti oleh:
Benicio del Toro
untuk Traffic
Anugerah Filem British Evening Standard
Didahului oleh
Emily Watson
untuk Breaking the Waves
Pelakon Baharu Yang Paling Mempunyai Harapan
1998
untuk filem Wilde
Diikuti oleh:
Guy Ritchie
untuk Lock, Stock and Two Smoking Barrels