Kabinet Muhyiddin Yassin

kabinet kerajaan Malaysia bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin
(Dilencongkan dari Kabinet Muhyiddin)

Kabinet Malaysia 2020 atau Kabinet Tan Sri Muhyiddin pertama telah dibentuk pada 10 Mac 2020, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 1 Mac 2020 lalu. Pentadbiran semasa kabinet ini juga dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional yang menggabungkan 15 buah parti politik daripada parti komponen Perikatan Nasional, parti komponen Barisan Nasional, parti komponen Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah termasuk seorang Ahli Parlimen Bebas.

Kabinet Muhyiddin Yassin

Kabinet Malaysia ke-21
2020–2021
Tarikh dibentuk1 Mac 2020
Tarikh dibubarkan16 Ogos 2021
Orang dan pertubuhan
Ketua negara Pahang Al-Sultan Abdullah
Ketua kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sejarah ketua kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan ketua kerajaan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (sejak 7 Julai 2021)
Bilangan menteri32 menteri dan 38 timbalan menteri
Parti anggota
Status dalam badan perundanganKerajaan campuran yang mendapat majoriti diketuai oleh Perikatan Nasional yang dipimpin oleh BERSATU
Kabinet pembangkang Kabinet Bayangan Malaysia 2020
Parti pembangkang
Ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim
Sejarah
Penggal dalam badan perundanganParlimen Malaysia ke-14
BelanjawanBelanjawan Malaysia 2021
Pembentukan masuk1
Pembentukan keluar2
Pendahulu Kabinet Mahathir ketujuh
Pengganti Kabinet Ismail Sabri

Komposisi

Pada 9 Mac 2020, Muhyiddin mengumumkan Kabinet dengan 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Kabinet termasuk enam teknokrat yang dilantik sebagai Senator pada 10 Mac 2020 sebelum mengangkat sumpah pada hari yang sama di Istana Melawati, Putrajaya.[1][2] Kedudukan Timbalan Perdana Menteri telah dikosongkan kerana "tiada keperluan untuk melantik sesiapa". Sebaliknya, Menteri-menteri Kanan akan menggantikan Perdana Menteri apabila ketiadaannya sekiranya keperluan itu berlaku.[3]

Jemaah Menteri

Berikut merupakan kandungan kabinet pada 3 Ogos 2021:[4] Kabinet kemudiannya berubah apabila jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia diisi oleh Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Kluster Keselamatan diisi oleh Hishammuddin Hussein.

      PN (14)       BN (10)       GPS (4)       Bebas (2)       PBS (1)       Kosong (2)

PortfolioPotretPenjawatPartiKawasan parlimenPenggal mulaPenggal tamat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin APPN (BERSATU)Pagoh1 Mac 2020Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob APBN (UMNO)Bera7 Julai 2021
Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Perpaduan10 Mac 20207 Julai 2021
Menteri PertahananLetak Jawatan 16 Ogos 2021
Menteri Kanan Kluster Kewangan dan Ekonomi Dato Seri Mohamed Azmin Ali APPN (BERSATU)Gombak
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul AzizBebasSenatorLetak Jawatan 16 Ogos 2021
Menteri Kanan Kluster Infrastruktur Dato Sri Fadillah Yusof APGPS (PBB)Petra Jaya
Menteri Kerja Raya
Menteri Kanan Kluster Pendidikan dan Sosial Datuk Dr. Mohd Radzi Md JidinPN (BERSATU)Senator
Menteri Pendidikan
Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Perpaduan Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein APBN (UMNO)Sembrong7 Julai 2021
Menteri Luar Negeri10 Mac 2020
Menteri di Jabatan Perdana MenteriHal Ehwal Ekonomi Dato' Sri Mustapa Mohamed APPN (BERSATU)Jeli
Tugas-tugas Khas Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof APPN (BERSATU)Alor Gajah
Parlimen dan Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan APPN (PAS)Kota Bharu
Hal Ehwal AgamaSenator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-BakriBebasSenator
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili APGRS (PBS)Kota Marudu
Menteri PengangkutanDatuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong APBN (MCA)Ayer Hitam
Menteri Alam SekitarDato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man APPN (PAS)Kubang Kerian
Menteri Sumber ManusiaDatuk Seri Saravanan Murugan APBN (MIC)Tapah
Menteri Wilayah PersekutuanTan Sri Annuar Musa APBN (UMNO)Ketereh
Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Seri Rina Mohd Harun APPN (BERSATU)Titiwangsa
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad APBN (UMNO)Parit SulongLetak jawatan 6 Ogos 2021
Menteri Tenaga dan Sumber AsliDatuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah APBN (UMNO)LenggongLetak jawatan 3 Ogos 2021
Menteri Dalam NegeriDato' Seri Hamzah Zainudin APPN (BERSATU)LarutLetak Jawatan 16 Ogos 2021
Menteri KesihatanDato' Sri Dr. Adham bin Baba APBN (UMNO)Tenggara
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee APPN (BERSATU)Beluran
Menteri Pembangunan Luar BandarDato' Dr. Abdul Latiff Ahmad APPN (BERSATU)Mersing
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaDatuk Alexander Nanta Linggi APGPS (PBB)Kapit
Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Sri Saifuddin Abdullah APPN (BERSATU)Indera Mahkota
Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanDatuk Hajah Zuraida Kamaruddin APPN (BERSATU)Ampang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Haji Khairy Jamaluddin APBN (UMNO)Rembau
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tun Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar APGPS (PBB)Santubong
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali APPN (PAS)Kuala Nerus
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Dato' Sri Nancy Shukri APGPS (PBB)Batang Sadong
Menteri Perpaduan NegaraDatuk Halimah Mohamed Sadique APBN (UMNO)Kota Tinggi
Menteri Belia dan SukanDato' Sri Reezal Merican Naina Merican APBN (UMNO)Kepala Batas

Timbalan Menteri

Berikut merupakan Timbalan Menteri pada 10 Mac 2020 dan mulai 29 September 2020:

      PN (20)       BN (13)       GPS (4)       Bebas (0)

PortfolioPotretPenjawatPartiKawasan parlimenPenggal mulaPenggal tamat
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Senator Datuk Lim Ban HongBN (MCA)Senator10 Mac 2020Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Timbalan Menteri PertahananDato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz APPN (BERSATU)Tanah Merah
Timbalan Menteri Kerja RayaDato' Eddin Syazlee Shith APPN (BERSATU)Kuala Pilah6 Julai 2020
Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh APPN (BERSATU)Sri Gading10 Mac 20204 Jun 2020[5]
Timbalan Menteri PendidikanDato' Dr. Mah Hang SoonBN (MCA)SenatorLetak Jawatan 16 Ogos 2021
Tuan Haji Muslimin Yahaya APPN (BERSATU)Sungai Besar
Timbalan Menteri KewanganDatuk Abd Rahim Bakri APPN (BERSATU)Kudat
Mohd Shahar Abdullah APBN (UMNO)Paya Besar
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana MenteriHal Ehwal EkonomiDatuk Arthur Joseph Kurup APBN (PBRS)Pensiangan
Tugas-tugas KhasDatuk Mastura Mohd Yazid APBN (UMNO)Kuala Kangsar
Parlimen dan Undang-undangDato' Shabudin Yahaya APPN (BERSATU)Tasek Gelugor6 Julai 2020[6]
Dato' Eddin Syazlee Shith APPN (BERSATU)Kuala Pilah10 Mac 20206 Julai 2020[7]
Hal Ehwal Agama Datuk Ahmad Marzuk Shaary APPN (PAS)Pengkalan ChepaLetak Jawatan 16 Ogos 2021
Hal Ehwal Sabah dan SarawakDato Hanifah Hajar Taib APGPS (PBB)Mukah
Timbalan Menteri PengangkutanDatuk Hasbi Habibollah APGPS (PBB)Limbang
Timbalan Menteri Alam Sekitar Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal MuhammadBN (UMNO)Senator
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim APPN (PAS)Pendang
Timbalan Menteri Wilayah PersekutuanDato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu APPN (BERSATU)Segamat
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff APPN (PAS)Rantau Panjang
Timbalan Menteri Pengajian TinggiDato' Dr. Mansor Othman APPN (BERSATU)Nibong Tebal
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber AsliDatuk Ali Biju APPN (BERSATU)Saratok
Timbalan Menteri Dalam NegeriDato' Sri Ismail Mohamed Said APBN (UMNO)Kuala Krau
Datuk Jonathan Yasin APPN (BERSATU)Ranau
Timbalan Menteri KesihatanDato' Dr. Noor Azmi Ghazali APPN (BERSATU)Bagan Serai
Datuk Aaron Ago Dagang APGPS (PRS)Kanowit
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri MakananDatuk Seri Ahmad Hamzah APBN (UMNO)Jasin
Dato' Che Abdullah Mat Nawi APPN (PAS)Tumpat
Timbalan Menteri Pembangunan Luar BandarDato' Sri Abdul Rahman Mohamad APBN (UMNO)Lipis
Dato' Henry Sum Agong APGPS (PBB)Lawas
Timbalan Menteri Luar NegeriDato' Kamarudin Jaffar APPN (BERSATU)Bandar Tun Razak
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaDato' Rosol Wahid APPN (BERSATU)Hulu Terengganu
Timbalan Menteri Komunikasi dan MultimediaDatuk Zahidi Zainul Abidin APBN (UMNO)Padang Besar
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanDato' Sri Ismail Abd Muttalib APBN (UMNO)Maran
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim APPN (PAS)Kuala Terengganu
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin APPN (BERSATU)Masjid Tanah
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan KomoditiDato' Sri Dr. Wee Jeck Seng APBN (MCA)Tanjung Piai
Datuk Willie Mongin APPN (BERSATU)Puncak Borneo
Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan KesenianSenator Datuk Guan Dee Koh HoiPN (BERSATU)Senator16 April 2021[8]
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan APPN (STAR)Keningau10 Mac 202029 September 2020[9]
Timbalan Menteri Perpaduan NegaraSenator Dato' Sri Ti Lian KerBN (MCA)Senator5 Mei 2020Letak Jawatan 16 Ogos 2021
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad KamalPN (BERSATU)Senator10 Mac 2020

Penasihat-penasihat dan Duta Khas Perdana Menteri

  1. Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam): Tan Sri Dr Jemilah Mahmood[10]
  2. Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah (Bertaraf Menteri): YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang AP [11]
  3. Duta Khas Perdana Menteri ke China (Bertaraf Menteri): YB Dato' Sri Tiong King Sing AP [12]
  4. Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur (Bertaraf Menteri): YB Dato' Sri Richard Riot Jaem AP[13]
  5. Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia (Bertaraf Menteri; Hal Ehwal Jalinan Komuniti, Komunikasi Masyarakat dan Pembangunan Sosioekonomi): YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu AP[14]

Perubahan

Di bawah Kabinet ini, terdapat beberapa portfolio berubah:

Perubahan pemegang jawatan

  • Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (PN-Sri Gading) meletak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya, dan tidak menyertai Kerajaan Perikatan Nasional tetapi menyokong penubuhan parti baharu di bawah Tun Mahathir. Kekosongan jawatan diisi oleh Dato' Eddin Syazlee Shith (PN-Kuala Pilah) yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
  • Kekosongan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) diisi oleh Datuk Shabudin Yahaya (PN-Tasek Gelugor).
  • Calon Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Dato' Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) tidak menerima pelantikan ke jawatan tersebut. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Senator Dato' Sri Ti Lian Ker (BN-Senator)
  • Semasa pengumuman kabinet, jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada, manakala empat jawatan Menteri Kanan diperkenalkan.
  • Jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan semula pada 7 Julai 2021 dan diisi oleh Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera)[16].
  • Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) dilantik menjadi Menteri Kanan yang baharu mengisi kekosongan Menteri Pertahanan yang dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021[16].
  • Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) telah meletak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos 2021 sebagai respons kepada pendirian UMNO yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional[17].
  • Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) telah meletak jawatan Menteri Pengajian Tinggi pada 6 Ogos 2021 sebagai respons kepada pendirian UMNO yang menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional[18].

Lihat juga

Nota & Rujukan

Pautan luar