Kaca plumbum

Kaca plumbum ialah sejenis kaca yang menggantikan kalsium dalam kaca potasy lazim denegn plumbum.[1] Kaca plumbum biasanya memiliki 18–40% (mengikut jisim) plumbum(II) oksida (PbO), dengan "kristal plumbum" kaca batu api memiliki paling kurang 24% PbO.[2] Di Kesatuan Eropah, pelabelan suatu kristal plumbum adalah dikawal secara rasmi berdasarkan ciri dan kandungan kimia bahan, dengan kaca yang memiliki paling kurang 24% PbO sahaja yang layak dilabel sebegitu. Bahan-bahan lain perlu dilabel sebagai "kaca kristal" sahaja.[3] Kaca plumbum banyak dikehentaki dalam pelbagai kegunaan oleh kerana kejelasannya.[4] Istilah "kristal plumbum" secara teknikalnya bukan istilah yang tepat kerana kaca tidak ada struktur hablur.

Satu bahan alternatif kaca plumbum ialah kaca kristal yang menggantikan PbO dengan barium oksida, zink oksida atau kalium oksida. Kaca-kaca ini memiliki indeks biasan yang serupa dengan kaca plumbum, tetapi lebih ringan dan kurang menyebarkan cahaya.[5]

Rujukan

Pautan luar