Kacang tunggak

Kacang tunggak[1] atau kacang mata hitam ialah kekacang ditanam seluruh dunia[2] untuk mendapatkan biji yang boleh dimakan. Ia digolongkan dalam subspesies Unguiculata dari spesies Vigna unguiculata sekeluarga dengan kacang panjang yang dibiakkan di Dunia Lama terutamanya di benua Afrika.

Kacang tunggak
Kacang mata hitam
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Fabale
Keluarga:
Genus:
Vigna
Spesies:
V. Unguiculata
Nama binomial
Vigna Unguiculata
(L.) Walp.

Botani

Kacang tunggak merupakan tanaman semusim yang tumbuh melebar, tegak atau hampir tegak, tinggi 15-80 sentimeter. Kacang ini dibedakan dari subspesies lainnya dengan melihat polongnya yang sepanjang 10–30 cm, menggantung, keras dan kaku, tidak menggembung ketika muda. Bijinya biasanya agak besar, panjangnya antara 6-10 mm.[1] Ciri-ciri lainnya serupa dengan Vigna unguiculata pada umumnya.

Kegunaan

Sebagai makanan

Kacang ini merupakan bahan makanan utama seluruh India dimasak pelbagai cara dari rantau ke rantau seperti dal (di bahagian utara[3]), kari (di Karnataka[4] dan Maharashtra[5]) dan direbus makan (di Tamil Nadu[6]). Di Indonesia pula, ia sering dijadikan bahan utama hidangan sayur lodeh atau brongkos.

Orang Mesir memakan ia dengan digoreng bersama daging, bawang dan tomato dihidang bersama nasi dan pastina, penduduk kawasan Syam pula memasak ia secara direneh dalam kuah tomato, lada hitam dan minyak zaitun.

Masyarakat Yoruba di Afrika Barat melumat kacang ini sebelum ia diperisakan dengan bawang, lada dan garam sebelum digoreng celur menjadi suatu gorengan disebut sebagai akara, makanan ini turut tersebar ke Caribbean dan Brazil hasil pembawaan hamba abdi dari benua Afrika ke rantau-rantau ini.

Tujuan lain

Lenggai-lenggai kacang tunggak dikupas di Lumajang, Jawa Timur (nama setempat sana: kacang otok)

Kacang tunggak juga baik untuk ditanam sebagai penutup tanah kerana dapat tumbuh di berbagai-bagai jenis tanah dan dalam waktu pendek dapat menghasilkan banyak humus. Sebagai pupuk hijau, kacang tunggak mengandung kadar nitrogen yang cukup tinggi, yakni sebesar 4.4% berat kering hijauan. Daun dan reranting ini juga bagus sebagai pakan ternak karena mengandung kadar protein dan kapur yang tinggi, sementara serat kasarnya rendah.[7]

Rujukan

Pautan luar