Kesatuan Lima Kaum

Kesatuan Lima Kaum merupakan satu prinsip utama, ia merupakan prinsip yang mengabungkan kaum-kaum utama di Republik China. Ia dibentuk pada tahun 1911, ketika zaman Revolusi Xinhai .[1][2][3][4]

Kesatuan Lima Kaum

Bendera ditengah merupakan Bendera Lima Warna , dibawah bendera tertera mesej yang bermaksud: "Hidup Kesatuan" (共和萬歲)
Cina Tradisional:五族共和
Maksud harfiah:5 kaum (kumpulan etnik) hidup harmoni bersama

Penerangan

Prinsip ini menekankan keharmonian lima kumpulan etnik utama di China, penyatuan ini diwakili dengan lima jalur berwarna dan membentuk satu bendera untuk Republik tersebut, iaitu Bendera Lima Warna. Lima warna tersebut ialah Merah (Han); Kuning (Manchu); Biru (Mongol); Putih (Hui) (gelaran yang diberi pada orang Islam ketika itu) dan Hitam (Tibet).[5]

Istilah "Orang Islam" dalam konteks ini (termasuk istilah 回, Hui, dalam bahasa Cina) pada asasnya merujuk kepada orang-orang Islam Turkik di China Barat, sebelum, istilah "Wilayah Islam" (回疆; "Huijiang") merupakan nama lama untuk Xinjiang semasa zaman Dinasti Qing.[6] Maksud istilah "orang Hui" dibezakan secara beransur-ansur dari orang Han dan ia beralih dengan sedikit demi sedikit ke istilah sekarang. Istilah ini berlaku kerana kepercayaan Islam mereka dan keturunan bangsa asing yang datang ke China dalam tempoh kira-kira 1911 - 49 di Republik China.

Galeri

Rujukan