Kongres Vienna

Kongres Vienna merupakan persidangan antara duta-duta dari kuasa-kuasa utama di Eropah yang dipengerusikan oleh negarawan Austria, Klemens Wenzel von Metternich dan diadakan di Vienna, dari akhir September, 1814, hingga 9 Jun, 1815. Tujuannya adalah untuk membahagikan benua Eropah selepas kekalahan Napoleon I dari Perancis dalam Perang Napoleon pada musim bunga sebelumnya. Perbincangan ini bersambung walaupun bekas Maharaja Perancis, Napoleon I pulang daripada pembuangan negeri dan merampas semula kuasa di Perancis pada Mac 1815. Tindakan Terakhir Kongres (Final Act) telah ditandatangani sembilan hari sebelum kekalahan Napoleon yang terakhir dalam Pertempuran Waterloo pada 18 Jun 1815.

Period oil painting of the delegates to the Congress of Vienna.
The Congress of Vienna oleh Jean-Baptiste Isabey, (1819). Meskipun kesemua perwakilan dari negara yang terlibat di dalam perang dijemput, rundingan penting dijalankan oleh "Big Four" (Britain, Russia, Prusia, dan Austria) dan kemudian setiaraja Perancis.

"Kongres Vienna" sebenarnya bukan merupakan persidangan yang benar, tetapi hanya sesi-sesi tidak formal antara kuasa-kuasa besar di Eropah tanpa wakil-wakil dari negeri-negeri kecil.

Keputusan

  • Poland (Duci Warsaw) diserahkan kepada Empayar Rusia yang juga dibenarkan terus menjajah Finland.
  • Prusia diberikan Saxony, Duchy Warsaw, Danzig dan Westphalia.
  • Sebuah Jerman yang mengandungi 38 negeri ditubuhkan dan diperintah oleh Maharaja Austria.
  • Belanda diserahkan kepada Kerabat Orange.
  • Norway diserahkan oleh Denmark kepada Sweden .
  • Sweden pula menyerahkan Pomerania kepada Prusia.
  • Keberkecualian Switzerland terjamin
  • Hanover menyerahkan Duci Lauenberg kepada Denmark, tetapi diberikan tanah lain
  • Negara-negara Paus (Papal States) masih berada di bawah Paus, kecuali Avignon dan Comtat Venaissin
  • United Kingdom masih menjajah Afrika Selatan, Tobago, Ceylon dan tanah jajahan lain di Asia dan Afrika; Hindia Timur Belanda (Dutch East Indies) dipulangkan kepada Belanda, dan Martinique dipulangkan kepada Perancis.
  • Duci Parma, Piacenza dan Guastalla diberikan kepada Marie Louise, isteri Napoleon.

Rujukan

Pautan luar