Lee Zii Jia

pemain badminton Malaysia

Lee Zii Jia (Cina ringkas: 李梓嘉pinyin: Lǐ ZǐjiāPe̍h-ōe-jī: Lí Chú-ka, lahir 29 Mac 1998) merupakan seorang pemain badminton profesional Malaysia. Pada 2019, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019. Pencapaian terbaik beliau adalah memenangi Seluruh England 2021. Beliau juga merupakan sabahagian dari skuad kebangsaan Malaysia yang meraih emas di Kejohanan Berpasukan Asia 2022 dan gangsa di Piala Sudirman 2021.

Lee Zii Jia
李梓嘉 (Pe̍h-ōe-jī: Lí Chú-ka)
Maklumat peribadi
Negara Malaysia
Lahir (1998-03-29) 29 Mac 1998 (umur 26)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tempat tinggalBukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tinggi1.86 m (6 ka 1 in)[1]
Berat78 kg (172 lb)
Tahun aktif2016-kini
Cakat tanganKanan[1]
JurulatihWong Tat Meng[2]
Perseorangan lelaki
Rekod karier264 menang, 124 kalah
Ranking tertinggi2 (25 Oktober 2022)
Ranking semasa10 (12 Mac 2024)
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Malaysia
Piala Sudirman
Pingat gangsa – tempat ketiga Vantaa 2021 Pasukan
Kejohanan Asia
Pingat emas – tempat pertama Manila 2022 Perseorangan lelaki
Kejohanan Berpasukan Asia
Pingat emas – tempat pertama Selangor 2022 Berpasukan lelaki
Pingat perak – tempat kedua Manila 2020 Berpasukan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Alor Setar 2018 Berpasukan lelaki
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama Filipina 2019 Perseorangan lelaki
Pingat perak – tempat kedua Kuala Lumpur 2017Berpasukan lelaki
Pingat perak – tempat kedua Filipina 2019 Berpasukan lelaki
Kejohanan Remaja Dunia
Pingat perak – tempat kedua Bilbao 2016 Pasukan
Pingat gangsa – tempat ketiga Bilbao 2016 Perseorangan lelaki
Profil BWF

Kehidupan awal

Lee Zii Jia ialah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.[3] Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak awal berumur 5 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

Kerjaya

2016

Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkar separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri Antarabangsa India.

2017

Pada Februari 2017, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand. Pada September 2017, Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Antarabangsa Poland. Seterusnya, Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger[4]

2018

Pada Oktober 2018, Zii Jia berjaya mara peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 2018 selepas memenangi lawannya iaitu ranking dunia no. 4, Chou Tien-chen di separuh akhir. Beliau menang menentang Riichi Takeshita di peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.[5][6]

2019

Pada Ogos 2019, beliau sekali lagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2019, namun tewas kepada Chou Tien-chen. Zii Jia seterusnya layakkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia BWF 2019 di Basel, Switzerland, tetapi tewas ranking pertama dunia Kento Momota dari Jepun di peringkat suku akhir.[7] Pencapaian beliau meningkatkan rangking dunia BWF Zii Jia mencatat no.11 pada 12 November 2019. Pada bulan Disember, beliau berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton di temasya Sukan Asia Tenggara 2019,[8] dan juga memungut pingat perak acara lelaki berpasukan.[9]

2020

Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia.[10] Pada bulan Februari, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan.[11] Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Kemudian pada bulan Mac, oleh sebab tercetusnya pandemik COVID-19 di Eropah, Terbuka Jerman dibatalkan. Kejohanan Lee seterusnya adalah All England Open, yang juga menjadi aksi pertamanya di kejohanan ini kerana kedudukannya sebelum ini terlalu rendah untuk melayakkan diri.[12][13] Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, yang pernah menang dalam empat perlawanan sebelumnya serta Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peringkat separuh akhir, Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor. Perlawanan berlangsung selama 73 minit.[14][15] Pencapaian beliau telah meningkatkan kedudukan dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17 Mac 2020.[16]

2021

Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.[17].

2022

Meninggalkan BAM dan pelarangan bermain, juara Asia

Pada Januari 2022, terdapat spekulasi bahawa Lee telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dengan alasan beliau tidak berpuas hati dan gembira dengan persatuan itu.[18] Beliau akhirnya secara rasmi meletak jawatan pada 19 Januari, beralih menjadi pemain bebas.[19]

Sebagai tindak balas, Lee dilarang selama dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang memerlukan kelulusan BAM serta mana-mana kejohanan yang dibenarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[20] Kejohanan tersebut termasuk Sukan AsiaSukan KomanwelSukan OlimpikPiala Thomas dan Kejohanan Dunia BWF.[21][22] Dengan orang ramai dan pemain antarabangsa bertindak balas negatif terhadap larangan itu, Lee kemukakan rayuan terhadap larangan itu pada 24 Januari 2022.[23] Larangan itu ditarik balik selepas Lee dan BAM bertemu pada 25 Januari 2022, dengan syarat masih belum didedahkan.[24]

Pada Mei, Lee memenangi gelaran pertamanya pada tahun ini di Kejohanan Badminton Asia 2022, mengalahkan pemain Indonesia Jonatan Christie 21-17, 23-21.[25] Lee menjadi pemain perseorangan lelaki Malaysia keenam memenangi gelaran Kejohanan Asia. Pada 22 Mei 2022, Lee menjuarai kejohanan Super 500 Jelajah Dunia BWF pertamanya pada Terbuka Thailand 2022, mengalahkan pemain China Li Shifeng dengan permainan tiga set 17–21, 21–11, 23–21 dalam masa 70 minit.[26]

Pada Jun, Lee menyertai 3 acara: Masters Indonesia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia, acara tuan rumahnya.

Di Masters Indonesia, Lee, pilihan ke-5, tewas kepada pilihan ke-4 Anthony Sinisuka Ginting pada suku akhir dalam perlawanan tiga set, 21–18, 15–21, 16–21.[27]

Seminggu kemudian, Lee tewas kepada Viktor Axelsen, pemain nombor satu dunia di separuh akhir Terbuka Indonesia, dengan mata 21–19, 11–21, 21–23 dalam masa 70 minit.[28]

Pada akhir Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Malaysia sebagai pilihan ke-5. Beliau secara mengejut tewas kepada pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito di Pusingan 16 dalam perlawanan tiga set, 19–21, 21–19, 16–21 yang memakan masa sejam enam minit.[29]

Pencapaian

Kejohanan Asia

Perseorangan lelaki

TahunTempatLawanSkorKeputusan
2022Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina Jonatan Christie21–17, 23–21 Emas

Sukan Asia Tenggara

Perseorangan lelaki

TahunTempatLawanSkorPencapaian
2019Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina Loh Kean Yew21–18, 21–18 Emas

Kejohanan Remaja Dunia BWF

Perseorangan lelaki

TahunTempatLawanMarkahPencapaian
2016Bilbao Arena, Bibao, Sepanyol Chico Aura Dwi Wardoyo19–21, 18–21 Gangsa

Jelajah Dunia BWF (3 gelaran, 3 naib juara)

Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[30] adalah satu siri kejohanan elit badminton yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada tahap Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[31]

Perseorangan lelaki

TahunKejohananTahapLawanSkorKeputusan
2018Master KoreaSuper 300 Son Wan-ho16–21, 11–21 Naib juara
2018Terbuka Cina TaipeiSuper 300 Riichi Takeshita21–17, 16–21, 21–11 Juara
2021Seluruh EnglandSuper 1000 Viktor Axelsen 30–29, 20-22, 21-9[17] Juara
2021Terbuka HyloSuper 500 Loh Kean Yew21–19, 13–21, 12–17 tarik diri Naib juara
2022Terbuka ThailandSuper 500 Li Shifeng17–21, 21–11, 23–21 Juara
2022Terbuka DenmarkSuper 750 Shi Yuqi18–21, 21–16, 12–21 Naib juara align="left" |

Terbuka Denmark | Super 750 | align="left" | 12-21, 6-21

Siri Antarabangsa BWF (1 gelaran, 1 naib juara)

Perseorangan lelaki

TahunKejohananLawanMarkahPencapaian
2016Siri Antarabangsa India Lakshya Sen13–11, 3–11, 6–11, 6–11 Naib juara
2017Antarabangsa Poland Soong Joo Ven21–17, 21–16 Juara
     Cabaran Antarabangsa BWF
     Siri Antarabangsa BWF

Rujukan

Pautan luar

Sukan Olimpik
Didahului oleh
Lee Chong Wei
Pembawa bendera untuk  Malaysia
Tokyo 2020
Diikuti oleh:
Penyandang