Sukan Komanwel

Sukan Komanwel (bahasa Inggeris: Commonwealth Games, disingkatkan sebagai SUKOM) adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel. Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930, dan telah dilangsungkan setiap empat tahun (kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua). Dahulunya Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1930 hingga tahun 1950. Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga tahun 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga tahun 1974.

Bendera Persekutuan Sukan Komanwel yang terkini.

Seperti jumlah acara sukan Olimpik, Sukan ini turut mengandungi beberapa sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti lawn bowl, ragbi dan bola jaring.

Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.

Lokasi sukan, dan penyertaan negara.
Lokasi sukan, dan penyertaan negara.

Sejarah

Sukan Komanwel mula dipromosikan oleh Reverend Astley Cooper tahun 1891 untuk Empayar British sahaja. Rencana tulisan beliau yang tersiar dalam majalah antarabangsa "The Times" mencadangkan Pertandingan Pan Britain - Pesta Pan Anglican' diadakan empat tahun sekali bagi meningkatkan perpaduan dan persefahaman di dalam Empayar British.

Tahun 1911 Perayaan Empayar British telah dijalankan di London untuk meraikan pertabalan King George - United Kingdom. Perayaan ini disertai negara Australia, Canada, Afrika Selatan dan United Kingdom bagi merebut pingat untuk acara tinju, gusti, renang dan olahraga.

Tahun 1928, Melville Marks (Bobby) Robinson dari Canada mengemukakan Sukan Empayar British yang pertama. Sukan ini diadakan di di Hamilton, Canada pada tahun 1930 buat pertama kalinya.

11 negara dengan 400 atlet menyertai Sukan Komanwel pertama itu. Dewan Bandar Raya Hamilton memperuntukkan AS30,000 dolar kepada setiap negara sebagai kos perjalanan atlet mereka menyertainya .

Sejak itu diadakan 4 tahun sekali kecuali 1942 dan 1946 berikutan Perang Dunia Kedua.

Kebanyakan kejohanan dunia dipengaruhi faktor geografi, tetapi Sukan Komanwel wujud oleh faktor sejarah. Sukan Asia, Pan Am, Sukan Afrika dan Sukan Musim Sejuk dipengaruhi oleh faktor geografi.

Uniknya Sukan Komanwel ialah bahasa perantaraan iaitu bahasa Inggeris. Semua atlet dan pegawai sukan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam suasana Sukan Persahabatan yang lebih mesra. 72 buah negara bekas jajahan British menyertai sukan ini.

Upacara pembukaan

  • Sejak 1958, larian baton dimulakan dari Istana Buckingham sebagai tanda upacara pembukaan. Baton ini membawa mesej Selamat Datang kepada semua atlet. Larian Baton berakhir di tempat Sukan Komanwel diadakan.

Pemulauan

Beberapa negara tidak sependapat dengan kerajaan British yang pernah menjajah negara mereka. Lantaran itu Sukan Komanwel telah dipulaukan. Nigeria memulaukan Sukan Komanwel 1978 kerana New Zealand menyokong dasar apartheid di Afrika Selatan. Selain itu, 32 negara dari 59 negara dari benua Afrika, Asia dan kepulauan Caribbean memulaukan Sukan Komanwel 1986 kerana Perdana Menteri Britain , Margaret Thather menyokong dasar Apartheid di Afrika Selatan. Pemulauan juga terjadi pada tahun 1974, 1982 dan 1990 kerana isu Afrika Selatan.

Edisi

Sukan Empayar British

TahunEdisiBandarNegara
1930IOntario Kanada
1934IILondon England
1938IIISydney Australia
1950IVAuckland New Zealand

Sukan Komanwel dan Empayar British

Sukan Komanwel British

TahunEdisiBandarNegara
1970IEdinburgh Scotland
1974IIChristchurch New Zealand

Sukan Komanwel

TahunEdisiBandarNegara
1978IEdmonton Kanada
1982IIBrisbane Australia
1986IIIEdinburgh Scotland
1990IVAuckland New Zealand
1994VVictoria Kanada
1998VIKuala Lumpur Malaysia
2002VIIManchester England
2006VIIIMelbourne Australia
2010IXDelhi India
2014XGlasgow Scotland
2018XIGold Coast Australia
2022XIIBirmingham England
2026XIIIVictoria Australia

Penyertaan negara

Nota:

1: Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bergabung sebagai Malaysia pada 1963. Singapura meninggalkan persekutuan pada 1965.
2: Menjadi Sri Lanka pada 1972.
3: Menyertai Kanada pada 1949.
4: Menjadi Ghana pada 1957.
5: Menjadi Guyana pada 1966.
6: Menjadi Belize pada 1973.
7: Meninggalkan Komanwel semasa diserah balik kepada China pada 1997.
8: Ireland diwakili sebagai Negara Bebas Ireland dan Ireland Utara pada 1934. The Irish Free State , subsequently known as Eire (1937 hingga 1948), meninggalkan Komanvel as the Republic of Ireland pada January 1 1949.
9: Bersaing dari 1958–1962 sebagai sebahagian daripada Rhodesia dan Nyasaland.
10: Tanah Jajahan Aden menjadi Arab Selatan yang meninggalkan Komanwel pada 1968.
11: Rhodesia Selatan dan Rhodesia Utara bersekutu dengan Nyasaland dari 1953 sebagai Rhodesia dan Nyasaland yang berakhir pada 1963.
12: Dibahagikan kepada Rhodesia Selatan dan Rhodesia Utara pada 1953.
13: Zanzibar dan Tanganyika bersekutu membentuk Tanzania pada 1964.
14: Menarik diri dari Komanwel pada 2003.

Acara sukan

Acara yang diberhentikan

Lihat juga

Pautan luar