Sukan Olimpik Musim Panas 2020

acara Sukan Olimpik ke-32 pada Tokyo, Jepun pada 2021


Sukan Olimpik Musim Panas 2020 (Jepun: 2020年夏季オリンピック, Hepburn: Nisen Nijuu Nen Kaki Orinpikku), secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXII (Jepun: 第三十二回オリンピック競技大会, Hepburn: Dai Sanjuuni-kai Orinpikku Kyougi Taikai) dan secara meluas dikenali sebagai Tokyo 2020 (Jepun: 東京2020), ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021 di Tokyo. Bandaraya ini diumumkan sebagai tuan rumah semasa Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-125 di Buenos Aires pada 7 September 2013.[1] Tokyo sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1964 dan merupakan bandaraya kelima (yang pertama di Asia) untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas lebih daripada sekali.

Sukan Olimpik XXXII
Hos BandarTokyo, Jepun
Cogan kataUnited by Emotion
(Disatukan oleh emosi)
Negara205 (+ Pasukan EOR)
Atlet11,326
Acara339 dalam 33 sukan
Pembukaan23 Julai 2021
Penutupan8 Ogos 2021
Dibuka oleh
Kawah Obor
StadiumStadium Olimpik Tokyo
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2020

Pada 24 Mac 2020, pihak IOC mengumumkan penundaan penganjuran acara ini ke tahun berikutnya berikutan pandemik COVID-19 yang berlaku pada masa itu.[2] Pada 30 Mac, pihak IOC mengumumkan tarikh baharu ialah 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.[3]

Bidaan

Tokyo, Istanbul dan Madrid merupakan tiga calon bandar raya. Bandar raya Baku dan Doha tidak dinaikkan pangkat kepada status calon. Bidaan Rom ditarik balik.[4]

Undi

48 undi diperlukan untuk pemilihan dalam undian pertama dan & undian semula; 49 dalam undian terakhir.

IOC mengundi untuk memilih bandar raya tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2020 pada 7 September 2013 di Sesi IOC ke-125 yang mengambil tempat di Buenos Aires Hilton, Buenos Aires, Argentina. Sistem undi lengkap telah digunakan. Tiada bandar raya yang menang lebih daripada 50% undi di dalam pusingan pertama apabila Madrid dan Istanbul terikat di tempat kedua. Undian semula diantara kedua-dua bandar raya tersebut dijalankan untuk menentukan bandar raya yang akan disingkirkan. Dalam undian terakhir di antara Tokyo and Istanbul, Tokyo dipilih selepas meraih 60 undi berbanding Istanbul yang meraih 36 undi.[4]

Keputusan bidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2020[5]
BandarNegaraPusingan 1SemulaPusingan 2
Tokyo  Jepun

42

60
Istanbul Turki264936
Madrid  Sepanyol2645

Pemasaran

Maskot

Maskot Tokyo 2020 pada bas awam

Maskot bagi Tokyo 2020 telah dipilih berdasarkan 2,042 penyertaan yang diterima melalui sebuah pertandingan rekaan maskot. Daripada penyertaan-penyertaan tersebut, tiga penyertaan telah dipilih oleh Panel Pemilihan Maskot pada Disember 2017.[6] Pada 28 Februari 2018, keputusan akhir maskot rasmi telah diumumkan dengan pasangan A mendapat undian tertinggi dengan sebanyak 109,041 undi berdasarkan undian pelajar-pelajar sekolah rendah di serata Jepun.[7]

Nama bagi maskot-maskot tersebut diumumkan pada 22 Julai 2018, yaitu Miraitowa dan Someity. Nama Miraitowa merupakan gabungan dua perkataan, iaitu mirai (未来, "masa depan") dan towa (永遠, "selama-lamanya"). Someity pula diambil daripada nama pokok ceri Yoshino dalam bahasa Jepun, Somei Yoshino (染井吉野, ソメイヨシノ) serta menyerupai ungkapan bahasa Inggeris "So Mighty" (Sungguh Gagah).[8]

Pembangunan dan Persediaan

Stadium Olimpik yang baru dibina di Tokyo adalah tempat untuk upacara dan acara sukan.

Senarai

Zon Warisan

VenueAcaraKapasitiStatus
Stadium Olimpik KebangsaanUpacara Pembukaan dan Penutupan60,102Dalam Pembinaan
Olahraga
Perlawanan Akhir Bola Sepak
Gimnasium Negara YoyogiBola Baling13,291Sedia Ada
Ryõgoku KokugikanTinju11,098Sedia Ada
Gimnasium Metropolitan TokyoPing Pong10,000Sedia Ada
Nippon BudokanJudo14,471Sedia Ada
Karate
Forum Antarabangsa TokyoAngkat Berat5,012Sedia Ada
Taman Istana EmperialOlahraga (marathon , perlumbaan jalan kaki)5,000 (Duduk berdiri sepanjang laluan)Sementara
Taman MusashinomoriLumba Basikal (Jalan Raya)Sementara

Zon Teluk Tokyo

VenueAcaraKapasitiStatus
Taman Kasai RinkaiKanu (Slalom)8,000Dalam Pembinaan
Taman Oi SeasideHoki Padang15,000Dalam Pembinaan
Pusat Akuatik Sukan OlimpikAkuatik (Terjun , Renang , Renang berirama)15,000Dalam Pembinaan
Pusat Sukan Antarabangsa Tokyo TatsumiPolo Air3,635Sedia Ada
Taman YumenoshimaMemanah7,000Dalam Pembinaan
Ariake ArenaBola Tampar15,000Dalam Pembinaan
Kursus BMX OlimpikBasikal BMX6,000Dalam Pembinaan
Pusat Gimnastik OlimpikGimnastik (Artistik , Berirama , Trampolin)12,000Sementara
Ariake ColiseumTenis20,000Sedia Ada , Dirangka

Acara Sukan

Sukan

Terdapat 342 acara dalam 33 sukan pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun

Takwim

OCUpacara perasmianAcara pertandingan1Acara pingat emasCCUpacara penutupan
Julai/Ogos 2021JulaiOgosAcara
21st
Rabu
22nd
Kha
23rd
Jum
24th
Sab
25th
Ahad
26th
Isn
27th
Sel
28th
Rabu
29th
Kha
30th
Jum
31st
Sab
1st
Ahad
2nd
Isn
3rd
Sel
4th
Rabu
5th
Kha
6th
Jum
7th
Sab
8th
Ahad
UpacaraOCCC
Akuatik Renang berirama1149
Terjun11111111
Renang maraton11
Renang44455445
Polo air11
Memanah111115
Olahraga134565887148
Badminton11125
Besbol/Sofbol
Besbol11
Sofbol11
Bola keranjang Bola keranjang114
Bola keranjang 3×32
Tinju21114413
Kanu Slalom111116
Pecut444
Lumba basikal Lebuh raya11222
Balapan1212213
BMX22
Bukit11
Ekuestrian112116
Lawan pedang22211111112
Hoki padang112
Bola sepak112
Golf112
Gimnastik Artistik111143318
Berirama11
Trampolin11
Bola baling112
Judo2222222115
Karate3328
Pentatlon moden112
Lumba perahu dayung64414
Ragbi tujuh112
Lumba perahu layar224210
Menembak2222212215
Papan luncur11114
Sukan memanjat112
Luncur air22
Ping pong111115
Tae kwon do22228
Tenis1135
Triatlon1113
Bola tampar Bola tampar pantai114
Bola tampar11
Angkat berat121212121114
Gusti33333318
Acara berpingat11182122231721212520261727233413339
Jumlah kumulatif1129507295112133154179199225242269292326339
Julai/Ogos 202121st
Rabu
22nd
Kha
23rd
Jum
24th
Sab
25th
Ahad
26th
Isn
27th
Sel
28th
Rabu
29th
Kha
30th
Jum
31st
Sab
1st
Ahad
2nd
Isn
3rd
Sel
4th
Rabu
5th
Kha
6th
Jum
7th
Sab
8th
Ahad
Jumlah acara
JulaiOgos

Penyertaan

Negara mengikut bilangan pasukan
Pasukan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Pungutan pingat

  *   Tuan rumah

Jadual pingat Sukan Olimpik Musim Panas 2020[9]
KedudukanPasukanEmasPerakGangsaJumlah
1  Amerika Syarikat394133113
2  China38321888
3  Jepun*27141758
4  Great Britain22212265
5  ROC20282371
6  Australia1772246
7  Belanda10121436
8  Perancis10121133
9  Jerman10111637
10  Itali10102040
11  Kanada761124
12  Brazil76821
13  New Zealand76720
14  Cuba73515
15  Hungary67720
16  Korea Selatan641020
17  Poland45514
18  Republik Czech44311
19  Kenya44210
20  Norway4228
21  Jamaica4149
22  Sepanyol38617
23  Sweden3609
24  Switzerland34613
25  Denmark34411
26  Croatia3328
27  Iran3227
28  Serbia3159
29  Belgium3137
30  Bulgaria3126
31  Slovenia3115
32  Uzbekistan3025
33  Georgia2518
34  Taipei Cina24612
35  Turki22913
36  Uganda2114
 Yunani2114
38  Ecuador2103
39  Ireland2024
 Israel2024
41  Qatar2013
42  Bahamas2002
 Kosovo2002
44  Ukraine161219
45  Belarus1337
46  Romania1304
 Venezuela1304
48  India1247
49  Hong Kong1236
50  Filipina1214
 Slovakia1214
52  Afrika Selatan1203
53  Austria1157
54  Mesir1146
55  Indonesia1135
56  Habsyah1124
 Portugal1124
58  Tunisia1102
59  Estonia1012
 Fiji1012
 Latvia1012
 Thailand1012
63  Bermuda1001
 Maghribi1001
 Puerto Rico1001
66  Colombia0415
67  Azerbaijan0347
68  Republik Dominika0325
69  Armenia0224
70  Kyrgyzstan0213
71  Mongolia0134
72  Argentina0123
 San Marino0123
74  Jordan0112
 Malaysia0112
 Nigeria0112
77  Arab Saudi0101
 Bahrain0101
 Lithuania0101
 Macedonia Utara0101
 Namibia0101
 Turkmenistan0101
83  Kazakhstan0088
84  Mexico0044
85  Finland0022
86  Botswana0011
 Burkina Faso0011
 Ghana0011
 Grenada0011
 Ivory Coast0011
 Kuwait0011
 Moldova0011
 Syria0011
Jumlah (93 pasukan)3403384021080

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Didahului oleh
Rio de Janeiro
Sukan Olimpik Musim Panas
Tokyo

Sukan Olimpik XXXII (2020)
Diikuti oleh:
Paris