Khai Bahar

Penyanyi lelaki Malaysia

Muhammad Khairul Baharuddin (lahir 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki dari Malaysia. Berketinggian 170cm. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule[1] daripada peminat beliau.

Khai Bahar
Kelahiran
Muhammad Khairul bin Baharuddin

(1994-02-28) 28 Februari 1994 (umur 30)
Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis, Malaysia
Kerjaya muzik
GenrePop balada slow rock
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, pelakon
Tahun aktif2016–kini
Syarikat pengurusan
Grateful Music
Syarikat rakaman
NAR Records, Seventeen Eleven Music, Rusa Music

Khai Bahar mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Dalam tempoh 7 tahun bergelar anak seni, Khai Bahar telah meraih hampir 50 anugerah iaitu dari Anugerah MeleTOP ERA (2017 - 2021), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2017 - 2021), Anugerah Planet Muzik (2017 & 2018), Top Hot HOT FM (2017) dan Anugerah Digital Muzik ERA (2018 & 2019).

Kehidupan awal

Khai Bahar yang dilahirkan pada April 28 1990 merupakan anak keempat daripada enam adik beradik dan beliau berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis.

Kerjaya

Khai Bahar memulakan karier nyanyian beliau sebagai penyanyi busker / jalanan di Kuching, Sarawak di samping kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya serta lagu-lagu ciptaan beliau sendiri di Youtube Channel "Muhammad Khairul" miliknya.

Sebelum bergelar penyanyi, Khai Bahar pernah dijemput untuk membuat opening act untuk penyanyi-penyanyi popular. Selain itu, Khai Bahar juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi beliau. [2]

Nama beliau mula mendapat perhatian dan menarik minat ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah video nyanyiannya yang dimuat naik di aplikasi SMULE menjadi tular sekitar awal 2016. Lagu pertama yang beliau nyanyikan di aplikasi SMULE merupakan lagu Flashlight oleh Jessy J pada tahun 2015 disusuli dengan lagu-lagu lain. Antara lagu-lagu nyanyian beliau yang mendapat perhatian ramai ialah "Sudah Ku Tahu" (Projector Band), "Ku Tak Akan Bersuara" (Nike Ardilla) dan "Memori Berkasih" duet dengan Siti Nordiana. [3] [4]

Khai Bahar mendapat liputan stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi satu program hiburan mereka yang berjudul Silet. Khai Bahar mendapat perhatian program Silet selepas video SMULEnya dengan lagu "Ku Tak Akan Bersuara" nyanyian asal Nike Ardilla yang popular pada tahun 1994 menjadi viral di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016. Menerusi program Silet itu, dua orang penyanyi Indonesia iaitu Soimah dan Nia Daniaty memberikan pujian kepada kemampuan suara yang dipunyai oleh Khai Bahar.

Pada 2016, Khai Bahar ditawar kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman NAR Records. Setelah hampir 3 tahun sebagai penyanyi di bawah label NAR Records, Khai Bahar sudah mempunyai tujuh lagu solo iaitu "Bayang", "Dari Jauh Saja", "Sinar Syawal", "Luluh", "Cahaya 114", "Jodohku" dan "#123". Khai Bahar juga turut mempunyai tiga buah lagu duet yang berjudul "Rahsia Kita","Cinta Syurga" "Satukan Rasa" dan "Nafas Cinta". Lagu "Rahsia Kita" adalah lagu duet bersama Fatin Husna yang merupakan penyanyi wanita baharu di bawah label yang sama dengan beliau, NAR Records. Lagu "Cinta Syurga" pula adalah sebuah lagu berbentuk zikir, gandingan beliau dengan penyanyi popular Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Manakala lagu "Satukan Rasa" bergenre balada gandingan duet bersama Siti Nordiana dan lagu "Nafas Cinta" pula hasil paduan suara bersama Aina Abdul.

Setelah berkecimpung tiga tahun dalam industri seni sebagai penyanyi, Khai Bahar memperlihatkan bakatnya dalam dunia lakonan. Beliau bertuah kerana diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama pertama beliau bertajuk "Satukan Rasa". Kemudiannya, beliau meneruskan lagi percubaan dalam bidang lakonan dengan membintangi drama "Kisah Cinta Rumi" dan "Shakira".

Kemuncak populariti Khai Bahar adalah apabila beliau berjaya memenangi gelaran Artis Baharu MeleTOP pada Anugerah MeleTOP ERA 2017, kemudiannya dua trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Selain itu, Anugerah Planet Muzik 2017 di Singapura, beliau menjadi pemenang kategori Lagu Paling Popular (Bayang) dan Artis Paling Popular. [5] Seterusnya, beliau juga berjaya memenangi Top Hot HOT FM 2017 menerusi kategori Penyanyi Hot 2017, Lagu Hot 2017 (Luluh) dan FB Live Hot 2017 (bersama Wany Hasrita). [6]

Diskografi

Album studio

TahunJudulLabel
2019Air MataNAR Records
2021Damba KetenanganSeventeen Eleven Music

Single

TahunJudulKomposerLirikLabel
2016"Bayang"AlamPatrick AnohadaNAR Records
2017"Dari Jauh Saja"Akhadiat Denny
"Sinar Syawal"Patrick Anohada
"Luluh"Khai Bahar
2018"Cahaya 114"Azrul Azlan
"Jodohku" (OST Cinta Tiada Ganti)Adi PriyoManusia Putih
"#123"Khai BaharKhai Bahar & Patrick Anohada
2019"Air Mata"Khai Bahar
"Dia"
"Keranamu"
"Penantian"Manusia Putih
"Menyesal"
"Ratuku"Kanda, Azrul Azlan & Anwar HusainiAzrul AzlanSeventeen Eleven Music
2020"HatiNyawa"Faizal TahirFaithful Music
"Durja" (OST Tak Sempurna Mencintaimu)Iqie Hugh, Omar K & Khai Bahar
"Bangkit Semula"Adi Pawana & GjieAdi PawanaSeventeen Eleven Music
2021"Hilang Gelita" (OST Kisah Cinta Rumi)Khai BaharRozisangdewi
"Sengsara" (OST Dendam Penunggu)John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar KAlternate Records & Talents
2022"Damba" (OST Shakira)Iqie Hugh & Omar KSeventeen Eleven Music
"Oh Wanita"Harry KhalifahRusa Music
2023"Lat Tali Lat" (OST Puaka Cuti Semester)Johan JohnKhaleelAlternate Records & Talents

Duet

TahunJudulKomposerLirikLabel
2018"Rahsia Kita" (duet bersama Fatin Husna)Harris YusoffJim BimasaktiNAR Records
"Cinta Syurga" (duet bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza)Siti NurhalizaSiti Nurhaliza Productions

Universal Music Malaysia

2019"Satukan Rasa" (duet bersama Siti Nordiana) (OST Drama Satukan Rasa)Kanda & DindaIman ImranSeventeen Eleven Music
2020"Nafas Cinta" (duet bersama Aina Abdul) (OST Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard) & (Lagu Tema Lagu Cinta Kita TV3 Musim 3 2021)Aina Abdul & Khai BaharAina Abdul & Wan ZakariaUniversal Music Malaysia
"Setanggi Syurga" versi 2020 (duet bersama Inteam)Manis HelmaITO LaraSeventeen Eleven Music
2022"Kaulah Syurga" (duet bersama Lia Aziz (OST Drama 7 Hari Mencintaiku 3)Asfan ShahSiti Rosmizah SemailRusa Music

Alternate Records & Talents

2023"Selagi Ku Ada" (duet bersama Nabila Razali) (OST Drama Kerana Cinta Itu Ada)Amylea AzizanAlternate Records & Talents
"Pejam" (duet bersama Adira Suhaimi)Audi Mok & ShazeeNova Music Malaysia
"Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" (duet bersama Aina Abdul)Affan MazlanRadio Televisyen Malaysia

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2018Cinta Tiada Ganti (Slot Tiara)Dirinya sendiriAstro Prima dan Astro Maya HDDrama pertama, penampilan khas
2019Satukan Rasa (Slot Megadrama)Faizal BakriAstro Ria
2021Kisah Cinta Rumi (Slot Lestary)Mikael AdzimTV3
2022Shakira (Slot Akasia)Irdi

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2023Pinang DurianHamidTonton

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TV
2018Bintang Minggu IniPenyanyi utama bersama artis jemputanAstro Ria
2019I Can See Your Voice Malaysia (musim 2) Ep 2Artis jemputanTV3
2020Konsert Minggu IniPenyanyi utama bersama artis jemputanTV2
Immortal Songs MalaysiaPesertaTV3
Gegar Vaganza 2020Artis Jemputan (bersama Linda Nawuwil)Astro Ria
Big Stage 2020Artis Jemputan (bersama Azzam Sham)
2021All Together Now MalaysiaJuri
Gegar Vaganza 2021Artis Jemputan (bersama Suki Low)
2022All Together Now Malaysia (Musim 2)Juri
2023Big Stage 2023Artis Jemputan (bersama Nadeera Zaini)
Hiburan Minggu Ini (karok)Artis JemputanTV2

Anugerah dan pencapaian

TahunAnugerahKategoriPencapaian
2017Anugerah MeleTOP Era 2017Artis Baharu MeleTOPMenang
Penyanyi MeleTOPTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Artis Baharu Lelaki PopularMenang
Penyanyi Lelaki PopularMenang
Anugerah Planet Muzik 2017Artis Paling PopularMenang
Lagu Paling Popular (Bayang)Menang
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017Penyanyi Lelaki HotMenang
Lagu Hot 2017 (Luluh)Menang
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar & Wany HasritaMenang
2018Anugerah Digital Muzik ERA 2018Lagu Cover Terbaik ( Luluh )Menang
Anugerah Juara Lagu ke-32Terbuka (Lagu Bayang)Tercalon
Penyanyi Pilihan SamsungMenang
Anugerah MeleTOP Era 2018Penyanyi MeleTOPMenang
Lagu MeleTOP (Bayang)Menang
Top Top MeleTOP (Lelaki)Menang
Anugerah Planet Muzik 2018Artis Paling Popular APMMenang
Ikon Media Sosial APMMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Penyanyi Lelaki PopularMenang
2019Anugerah Digital Muzik ERA 2019Penyanyi Paling Lit di Media SosialMenang
Anugerah Juara Lagu ke-33Terbuka (Lagu Luluh)Tercalon
MYSC Awards 2019MYSC Breakthrough Awards (Male)Menang
Anugerah MeleTOP Era 2019Penyanyi MeleTOP LelakiMenang
Top Top MeleTOP (Lelaki)Menang
Anugerah Stail EH 2019Selebriti Harapan PilihanMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Penyanyi Lelaki PopularMenang
Anugerah Nasyid IKIM 2019Artis Solo PilihanMenang
Lagu Pilihan (Cahaya 114)Menang
2020Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Penyanyi Lelaki PopularTercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Siti Nordiana)Menang
FC FANtastik Popular (khaibaharempire)Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020Penyanyi MeleTOP LelakiTercalon
Grup/Duo MeleTOP (bersama (bersama Siti Nordiana)Menang
Top Top Grup/Duo MeleTOP (bersama Siti Nordiana)Menang
JOOX Music Awards (Year End 2020)Top 5 Local Hits (single Durja)Menang
Top 5 Local ArtistMenang
2021Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Penyanyi Lelaki PopularTercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Aina Abdul)Menang
FC FANtastik Popular (khaibaharempire)Tercalon
Artis TikTok PopularMenang
Anugerah MeleTOP Era 2021Penyanyi MeleTOP Era (Durja)Menang
Program MeleTOP (Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar RTM)Menang
Top Top MeleTOP (Lelaki)Menang
JOOX Music Awards (Mid Year 2021)Top Fans PickMenang
Top 5 Local ArtistMenang
JOOX Music Awards (Year End 2021)Top 5 Local Hits (single Sengsara)Menang
Top 5 Local ArtistMenang
2022Anugerah Juara Lagu ke-36Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL (Nafas Cinta feat Aina Abdul)Menang
Terbuka (Lagu Nafas Cinta)Tercalon
Anugerah Nasyid IKIM 2022Artis Solo PilihanMenang
Lagu Pilihan (Ratuku)Menang
2023Anugerah Juara Lagu ke-37Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa AJL (Sengsara)Menang
Terbuka (Lagu Sengsara)Tercalon
Anugerah Drama Sangat 2023OST Terbaik (Nafas Cinta ft Aina Abdul) Drama Kekasih Hati Mr BodyguardMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Penyanyi Lelaki PopularMenang
2024Gempak Most Wanted Awards 2023Video Muzik Terbaik (Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali)Menang[a]

Endorsmen

TahunProdukCatatan
2017Perfume Bayang Limited EditionMinyak wangi
2018,2019C_Clean Plus by Khai BaharPenjagaan muka
2018NIVEA for MEN by NIVEAPenjagaan badan
2019Far8 by Altelia AmaniBaju Melayu / Kurta
2018 - 2022Toyota Gazoo Racing (5 musim) by Toyota GroupPelumba Selebriti
2021Igaiss minuman perisa manggaProduk Minuman
Car perfume by Vanzo GroupProduk wangian kereta
2022Choco product/snacks by ChocoAlbabProduk Makanan
2023Elrah ExclusiveBaju Melayu
Alicafe Power rootProduk Minuman

Perniagaan

TahunProdukCatatan
2021-2022K Slimz by Khai BaharProduk Minuman Kesihatan
Ayo Chicken with Ayo Chicken GroupProduk Makanan

Catatan

Rujukan

Pautan luar