Lorde

Ella Marija Lani Yelich-O'Connor (lahir 11 November 1996; umur 27 tahun; lebih dikenal dengan nama pentasnya Lorde [lord]) adalah seorang pemuzik New Zealand. Muzik beliau lebih menumpu kepada genre electropop dengan unsur sampingan lain seperti dream pop dan indie-electro. Beliau turut menulis lagu untuk beberapa pemuzik tertentu.

Lorde
Lorde di Anugerah ARIA tahun 2013
Latar belakang
Nama lahirElla Marija Lani Yelich-O'Connor
Kelahiran (1996-11-07) 7 November 1996 (umur 27)
Auckland, New Zealand
Genre
  • Art pop
  • dream pop
  • electropop
  • indie pop
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • produser rakaman
InstrumenVocals
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • Joel Little
  • Jack Antonoff
Laman sesawang
lorde.co.nz
Ibu bapaSonja Yelich (ibu)

Beliau memenangi sebuah Anugerah Grammy dan dua buah Anugerah Brit serta mendapat sebuah pencalonan Anugerah Golden Globe. Beliau disenaraikan antara gelaran "remaja paling berpengaruh" dalam majalah Time (pada tahun-tahun 2013 dan 2014) serta 30 Under 30 terbitan Forbes edisi 2014. Album-album karya beliau telah terjual sebanyak lebih lima juta unit setakat Jun 2017.[1]

Awal hidup

Ella Marija Lani Yelich-O'Connor lahir di Takapuna, Auckland pada 7 November 1996.[2] Ibunya Sonja Yelich (Croatia: Sonja Jelić)[3] seorang penyajak berketurunan Croat dari kawasan Dalmatia di Croatia Eropah Timur manakala ayahnya Vic O'Connor[3] seorang jurutera am berketurunan Ireland.[4] Beliau mempunyai kewarganegaraan New Zealand dan Croatia.[5]

Lorde merupakan anak kedua antara empat adik-beradik: beliau ada seorang kakak bernama Jerry dan adik perempuan bernama India serta adik lelaki bernama Angelo.[6] Mereka dibesarkan pinggiran North Shore di Devonport dan Bayswater, yang terletak di Auckland.[7][8] Pada usia lima tahun, beliau menyertai kumpulan drama dan meningkatkan kemahiran pengucapan awamnya.[9] Ibu beliau menggalakannya membaca pelbagai genre buku. Beliau menyatakan bahawa buku dan penulis-penulis mendatangkannya inspirasi bagi lirik-liriknya, seperti novel distopia Feed (2002) oleh M. T. Anderson serta penulis-penulis J.D. Salinger, Raymond Carver dan Janet Frame.

Setelah dinasihati guru beliau, Lorde mengambil Ujian Kebolehan Kognitif Woodcock-Johnson untuk menentukan kecerdasannya. Hasil ujian tersebut menunjukkan bahawa beliau kanak-kanak yang berbakat.[10] Dia didaftarkan ke Pusat George Parkyn, sebuah institusi untuk pelajar-pelajar berbakat. Namun, ibu beliau membatalkan pendaftarannya kerana rasa prihatin terhadap perkembangan sosial beliau.[10]

Pada masa remajanya, Lorde bersekolah di Vauxhall School, kemudian di Belmont Intermediate School (2008–2009).[11] Pada tahun 2010 sampai 2013, Lorde menghadiri Takapuna Grammar School.[12]

Kerjaya permuzikan

Penceburan

Pada Mei 2009, Lorde dan seorang rakan sekolahnya Louis McDonald menenangi acara bakat tahunan Belmont Intermediate School.[13] Mereka berdua dijemput stesen radio penyiar pemerintah Radio New Zealand untuk menjadi tetamu dalam program Afternoons pada bulan Ogos tahun sama, di sanalah mereka membuat persembahan lagu saduran (cover beberapa artis semasa seperti Pixie Lott dan Kings of Leon.[14] Ayah McDonald mengirimkan rakaman program tersebut kepada Scott Maclachlan, pengerusi eksekutif A&R Universal Music Group.[15] Di sanalah Maclachlan mula berkenalan dengan Lorde dan mereka cuba mmemulakan projek bersama beberapa penggubah lagu dan produser namun tidak berjaya juga.[16][17]

2012-2013: The Love Club EP dan Pure Heroine

Pada Disember 2011, Maclachlan memperkenalkan Lorde dengan seorang penulis lagu dan penerbit rakaman bernama Joel Little; Lorde dan Joel merakam lima lagu untuk sebuah album extended play (EP) di Golden Age Studios in Morningside, Auckland selama tiga minggu.[18] Lorde menerbitkan album rakaman debutnya berjudul The Love Club EP di SoundCloud yang dapat dimuat turun secara gratis pada November 2012. Sejak Mac 2013, Universal Music Group memutuskan menjual EP tersebut setelah dimuatturun sebanyak 60,000 kali.[19]

Pada Jun 2013, "Royals" dirilis sebagai debut single The Love Club EP, membuatnya sukses secara komersial maupun kritik. "Royals" memuncaki US Billboard Hot 100 selama sembilan minggu berturut-turut dan disebut-sebut sebagai salah satu lagu terbaik pada tahun 2013.[20][21] Pada September 2013, Lorde merilis album perdananya Pure Heroine. Album debutnya memuncaki tangga album di carta-carta muzik Australia dan New Zealand.[22] Pure Heroine telah terjual lebih dari 2.7 juta kopi di seluruh dunia pada akhir November 2014.[23] Selain itu, Pure Heroine mendapatkan nominasi Grammy Award for Best Pop Vocal Album 2014, namun kalah oleh Bruno Mars "Unorthodox Jukebox".[24] Pada akhir tahun, Lorde menjalin hubungan asmara dengan fotografer, James Lowe.[25]

2014-2018: Melodrama

Pada Disember 2013, Lorde mengumumkan bahawa beliau sedang mengerjakan materi baru untuk album keduanya. Jun 2014, Lorde mengatakan bahawa album keduanya akan jauh berbeda daripada Pure Heroine. [26]

Pada 29 September 2014, Lorde merilis single berjudul "Yellow Flicker Beat" untuk album runut bunyi filem The Hunger Games: Mockingjay – Part 1.[27]

Pada 2 Mac 2017, Lorde merilis single comebacknya yang berjudul, "Green Light", Single ini merupakan single yang pertama untuk album keduanya, Melodrama, yang diterbitkan pada 16 Jun 2017. NME dan The Guardian meratukan "Green Light" sebagai lagu terbaik pada tahun 2017.[28][29] Ia mencapai nombor satu di carta New Zealand, nombor empat di carta Australia dan nombor sembilan di carta Kanada.[30]

2019-sekarang: Going South dan Solar Power

Pada 20 Mei 2020, Lorde menyatakan bahawa dia sudah bermula dengan album ketiganya bersama Jack Antonoff mengikuti kematian anjing peliharaannya Pearl.[31] Pada November 2020, dia mengumumkan penerbitan bukunya Going South yang memperincikan lawatannya ke Antarctica dengan juru gambar Harriet Were.[32]

Anugerah diraih

Anugerah Brit
TahunAnugerahKategoriKeputusanRef.
2014LordeInternational Female Solo ArtistMenang[33]
2018Menang[34]
Anugerah Grammy
TahunAnugerahKategoriKeputusanRef.
2014"Royals"Record of the YearTercalon[35]
Song of the YearMenang
Best Pop Solo PerformanceMenang
Pure HeroineBest Pop Vocal AlbumTercalon
2018MelodramaAlbum of the YearTercalon[36]
Anugerah Muzik New Zealand
TahunAnugerahKategoriKeputusanRef.
2013"Royals"Single of the YearMenang[37]
The Love Club EPBreakthrough Artist of the YearMenang
LordePeople's Choice AwardMenang
International Achievement Award[note 1]Menang
2014"Team"Single of the YearMenang[38]
"Royals"Highest Selling New Zealand SingleMenang
Pure HeroineAlbum of the YearMenang
Best Female Solo ArtistMenang
Best Pop AlbumMenang
LordePeople's Choice AwardTercalon
International Achievement Award[note 1]Menang
2015"Yellow Flicker Beat"Single of the YearMenang[39]
Highest Selling New Zealand SingleTercalon
Radio Airplay Record of the YearTercalon
Pure HeroineHighest Selling New Zealand AlbumTercalon
LordeInternational Achievement Award[note 1]Menang
2017MelodramaAlbum of the YearMenang[40]
"Green Light"Single of the YearMenang
LordeBest Solo ArtistMenang
Best Pop ArtistMenang
People Choice AwardsMenang
International Achievement Award[note 1]Menang
Anugerah NME
TahunAnugerahKategoriKeputusanRef.
2014LordeArtis Solo TerbaikTercalon[41]
2018Artis Solo Antarabangsa TerbaikMenang[42]
Artis Langsung TerbaikTercalon
MelodramaAlbum TerbaikTercalon
"Green Light"Lagu TerbaikTercalon

Diskografi

Studio album

  • Pure Heroine (2013)
  • Melodrama (2017)
  • Solar Power (2021)

Bibliografi

  • Going South (2021)

Rujukan

Pautan luar


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan