Masjid Besar al-Nuri (Mosul)


Masjid Besar al-Nuri (Arab: جامع النوري Jāmiʿ an-Nūrī) adalah sebuah masjid di Mosul, Iraq. Ia terkenal disebabkan oleh menara condongnya, yang mana memberi nama gelaran kepada kota ini sebagai "si bongkok" (الحدباء al-Ḥadbāˈ). Masjid ini dipercayai telah dibina pada akhir kurun ke-12, walaubagaimanapun ia telah melalui banyak pengubahsuaian. Meskipun ada berjaya bertahan daripada banyak serangan musuh sepanjang sejarahnya selama 850 tahun, ia akhirnya rosak dan menaranya telah runtuh pada 21 Jun 2017, dalam Pertempuran Mosul.

Masjid Nouri
جامع النوري
Menara Masjid Al-Nouri pada tahun 2013
Info asas
LokasiMosul
Koordinat geografi36°20′35″N 43°7′36″E / 36.34306°N 43.12667°E / 36.34306; 43.12667 43°7′36″E / 36.34306°N 43.12667°E / 36.34306; 43.12667
AgamaSunni Islam
WilayahKegabenoran Nineveh
NegaraIraq
Tahun ditahbiskan1172–1173
Penerangan seni bina
Gaya seni binaIslam
Dimusnahkan pada21 Jun 2017
Spesifikasi
Tinggi menara masjid45 meter (148 ka)
Bahan binaanBata, batu, hazarbaf

Tentera Iraq menuduh ISIS bertanggungjawab akan kemusnahan Masjid Besar ini[1] dalam satu tindakan vandal bagi memusnahkan ia daripada membiarkan ia terlepas dari tangan mereka. Masjid ini menjadi sebuah kepentingan simbolik kepada ISIS dan pemimpinnya Abu Bakr al-Baghdadi, kerana ia telah digunakan pada tahun 2014 oleh para militan yang mengistiharkan "khilafah" mereka. Bendera hitam ISIS telah berkibar di atas menara setinggi 45-meter sejak bulan Jun 2014, selepas pasukan militan ISIS menyerbu masuk menyeberangi Iraq dan Syria serta menduduki wilayahnya. ISIS berjanji tidak akan sekali-kali menurunkan bendera mereka dari menara ini. Berlawanan dengan cerita-cerita rasmi dan saksi Muslim tempatan, ISIS telah menuduh Amerika Syarikat sebagai pihak yang memusnahkannya. Dakwaan ISIS tidak dapat disahkan oleh orang ramai. BBC melaporkan bahawa "IS menuduhd pesawat bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah mengebom tapak ini, tetapi para pakar berkata sebuah video yang diedarkan dalam talian menunjukkan bahan letupan dalam struktur bangunan telah diletupkan."[2]

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengatakan bahawa pemusnahan masjid ini oleh ISIS adalah sebuah "pengistiharan kekalahan",[3] dan bahawa "meletupkan menara al-Hadba dan masjid al-Nuri merupakan pengistiharan rasmi kekalahan [oleh ISIS]."[4]


Lihat juga

Rujukan

Pautan luar