Mawas

superfamili mamalia

Mawas (Jawi: ماوس) atau istilah saintifiknya Hominoidea adalah salah satu cabang daripada primat antropoid Dunia Lama yang berasal dari Afrika dan Asia Tenggara. Ia merupakan kelompok saudara kepada monyet Dunia Lama yang bersama-sama membentuk klad Catarrhini. Mawas dibezakan daripada primat lain oleh lebihnya kebebasan bergerak pada sendi bahu yang berkembang dengan pengaruh brakiasi. Dalam penggunaan am, istilah "mawas" tidak termasuk manusia, dan oleh itu tidak bersamaan dengan takson Hominoidea. Terdapat dua cabang yang masih wujud dalam superfamili Hominoidea, iaitu ungka (mawas kecil); dan hominid (mawas besar).

  • Keluarga Hylobatidae atau mawas kecil termasuk empat genus dan sejumlah enam belas spesies ungka, termasuk ungka tangan putih dan siamang, semuanya berasal dari Asia. Hidupnya amat tertumpu pada pokok, malah ia gemar berkaki dua di atas tanah. Ia mempunyai badan yang lebih ringan dan kumpulan sosial yang lebih kecil daripada kera yang hebat.
Hominoid atau Mawas
Julat zaman: Miocene–Holocene
Orang utan Borneo (Pongo pygmaeus)
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Mammalia
Order:Primates
Suborder:Haplorhini
Infraorder:Simiiformes
Parvorder:Catarrhini
Superkeluarga:Hominoidea
Gray, 1825
Spesies jenis
Homo sapiens
Linnaeus, 1758
Keluarga

Chororapithecidae
†Proconsulidae
†Afropithecidae
†Pliobatidae
Hylobatidae
Hominidae

  • Keluarga Hominidae (hominid) atau mawas besar termasuk tiga spesies orangutan dan subspesiesnya, dua spesis gorila dan subspesiesnya, dua spesies cimpanzi dan subspesiesnya, dan satu spesies manusia yang masih ada dalam satu subspesies yang ada.[1][a][2][3]

Kecuali gorila dan manusia, hominoid adalah pemanjat pokok tangkas. Mawas memakan pelbagai makanan asas tumbuhan dan haiwan, tetapi rata-ratanya tumbuhan, yang termasuk buah, daun, tangkai, akar dan biji, termasuk kacang dan biji rumput. Makanan manusia kadang-kadang sangat berbeza dengan mawas sejajar dengan perkembangan teknologi dan pelbagainya habitat. Manusia adalah spesies hominid yang paling banyak, malah mengatasi bilangan semua primat lain sebanyak ribuan kali.

Kebanyakan hominoid bukan manusia adalah spesies yang jarang didapati atau terancam kepupusan. Ancaman utama kepada kebanyakan spesies terancam adalah kehilangan habitat hutan hujan tropika, malah beberapa populasi makin terancam oleh kegiatan memburu untuk daging. Mawas-mawas besar Afrika juga menghadapi ancaman dari virus Ebola. Kini dianggap sebagai ancaman terbesar untuk bertahan hidup kera Afrika, wabak Ebola dipersalahkan atas kematian sekurang-kurangnya sepertiga gorila dan cimpanzi sejak tahun 1990.[4]

Peristilahan

Perkataan "mawas" dalam bahasa Melayu pada mulanya hanya dimaksudkan khusus kepada orang utan terutamanya di pulau-pulau Borneo dan Sumatera (juga maias di Sarawak),[5] tetapi semenjak itu dikembangkan kepada semua primat yang tidak berekor kecuali manusia. Edisi keempat Kamus Dewan mentakrifkan "mawas" sebagai "sejenis monyet besar dalam famili Pongidae, termasuk orang hutan dan cimpanzi,"[6] merujuk kepada takson Pongidae yang kini sudah lapuk.

Istilah hominoid jangan disamakan dengan hominid (keluarga mawas besar) atau hominin, iaitu puak manusia yang juga dikenali sebagai klad manusia; ataupun mana-mana takson primat yang serupa ejaan dan bunyinya. Perbezaan antara mawas dan monyet dirumitkan oleh parafili monyet tradisional, yang mana mawas itu muncul sebagai kelompok saudara bagi monyet Dunia Lama dalam rumpun Catarrhini yang merupakan kelompok saudara bagi monyet Dunia Baru. Oleh itu, dari segi klad, rumpun-rumpun mawas, Catarrhini dan kelompok pupus semasa seperti Parapithecidaea juga dikira monyet, tanpa mengira bagaimana definisi setepatnya.

Primat-primat yang kini dikenali sebagai "mawas" (ape dalam bahasa Inggeris) mula dikenali oleh orang Eropah selepas abad ke-18. Sejajar dengan perkembangan ilmu zoologi, jelaslah bahawa ketiadaan ekor didapati pada beberapa spesies yang berbeza-beza. Sir Wilfrid Le Gros Clark adalah antara ahli-ahli primatologi yang mengemukakan gagasan bahawa terdapat arah-arah aliran dalam evolusi primat, malah ahli-ahli yang wujud dapat disusun secara "meningkat" dari "monyet" hingga "mawas" hinggalah manusia. Atas kelaziman inilah "mawas" memaksudkan semua ahli superkeluarga Hominoidea kecuali manusia.[7] Oleh yang demikian, penggunaan "mawas" merupakan pengelasan parafili, iaitu walaupun semua spesies mawas diturunkan dari leluhur yang sama, namun pengelasan ini tidak merangkumi semua spesies keturunan kerana manusia terkecuali daripada kalangan mawas.[b]

Kladogram superkeluarga Hominoidae menunjukkan hubungan antara hominoid ekstan yang diterima umum kini.[8][9][10] Setiap klad dinyatakan berapa juta tahun dahulu (jtd) berpancarnya klad-klad baharu.[11]

 Hominoidea/mawas (20.4 jtd)
 Hominidae/mawas besar (15.7 jtd)
 Homininae (8.8 jtd)
 Hominini (6.3 jtd)

manusia (genus Homo)

cimpanzi (genus Pan)

gorillas (genus Gorilla)

orang utan (genus Pongo)

ungka (keluarga Hylobatidae)

Cercopithecoidea  monyet Dunia Lama

Filogeni

Yang berikut merupakan kladogram dengan spesies-spesies yang sudah pupus. Dinyatakan kira-kira berapa juta tahun dahulu (jtd) klad-klad berikut berpecah menjadi klad-klad baharu.[12][13][14]

Crown Catharrhini (31)
(29)

Saadanioidea (†28)

Cercopithecoidea (24)

Victoriapithecinae (†19)

Crown Cercopithecoidea

Hominoidea (30)

Proconsulidae (†18 jtd)

Ekembo (†17 jtd)

(29)

Equatorius (†16)

Pliobates (†11.6 jtd)

(29)
Afropithecidae  (28)

Morotopithecus (†20)

(28)

Afropithecus (†16)

Nyanzapithecinae (†7)

Crown Hominoidea (22)

Hominidae

Hylobatidae

Pengelasan dan evolusi

Rangka-rangka daripada ahli-ahli Hominoidea. Terdapat dua keluarga yang wujud, iaitu Hominidae (mawas besar) dan Hylobatidae (ungka atau mawas kecil).

Seperti yang dibincangkan, taksonomi hominoid telah banyak melalui perubahan. Analisis genetik yang digabungkan dengan bukti fosil menandakan bahawa hominoid berpecah dari monyet Dunia Lama kira-kira 25 juta tahun dahulu (jtd), menghampiri sempadan Oligosen-Miosen.[15] Ungka pula berpecah dari yang lain sekitar 18 jtd, sementara hominid berpecah 14 jtd (Pongo), 7 jtd (Gorilla), dan 3–5 jtd (Homo & Pan). Pada 2015, dihuraikannya sebuah genus dan spesies baharu iaitu Pliobates cataloniae yang pernah hidup 11.6 jtd dan nampaknya mendahului perpecahan antara Hominidae dan Hylobatidae.[16]

Dari kiri: Perbandingan saiz ungka, manusia, cimpanzi, gorila dan orang utan. Mawas biasanya tidak berdiri tegak.

Berikut adalah keluarga-keluarga hominoid serta genus-genus dan spesies-spesies yang dirangkuminya:

  • Superkeluarga Hominoidea[17]
    • Keluarga Hominidae: hominid ("mawas besar")
    • Keluarga Hylobatidae: ungka ("mawas kecil")
      • Genus Hylobates
        • Ungka tangan putih, H. lar
        • Ungka janggut putih Borneo, H. albibarbis
        • Ungka tangan hitam, H. agilis
        • Ungka kelabu, H. muelleri
        • Cenekah, H. moloch
        • Ungka berketayap, H. pileatus
        • Ungka Mentawai, H. klossii
      • Genus Hoolock
        • Ungka hoolock barat, H. hoolock
        • Ungka hoolock timur, H. leuconedys
        • Ungka hoolock Skywalker, H. tianxing
      • Genus Symphalangus
      • Genus Nomascus
        • Ungka pipi kuning utara, N. annamensis
        • Ungka jambul hitam, N. concolor
        • Ungka jambul hitam timur, N. nasutus
        • Ungka jambul hitam Hainan, N. hainanus
        • Ungka pipi putih selatan N. siki
        • Ungka pipi putih berjambul, N. leucogenys
        • Ungka pipi kuning, N. gabriellae

Nota

Rujukan