Milk Tea Alliance

Milk Tea Alliance ("Pakatan Teh Susu", Cina Tradisional: 奶茶聯盟, Cina Ringkas: 奶茶联盟, pinyin: nǎichá liánméng atau 奶茶同盟 pinyin: nǎichá tóngméng) ialah sebuah gerakan aktivisme dan solidariti politik dalam talian berpusat antara warga-warga pengguna Interent di Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Myanmar mendokong fahaman demokrasi. Ia turut mendapat penerimaan signifikan di Filipina, India, Malaysia, Indonesia, Belarus dan Iran.[2]

Bendera dihasilkan para anggota "pakatan teh susu" menjadi simbol umum pergerakan ini: warna-warna jalur masing-masing datang dari warna teh susu yang ada di Thai, Hong Kong dan Taiwan.[1]

Nama ini diberikan sempena perlambangan minuman teh susu yang dikongsi sesama budaya-budaya masyarakat Hong Kong, Taiwan dan Thailand yang mengasaskan pergerakan ini.[3][4]

Latar belakang

Gambar luar
Meme-meme Milk Tea Alliance yang diterbitkan oleh Facebook "奶茶通俗學 Milktealogy"[1]

Hong Kong dan Taiwan melawan China telah menyatukan kelompok-kelompok terpisah dari para penunjuk perasaan pro-demokrasi dengan sentimen anti-Beijing yang menjadi sebahagian dari platform anti-autoritaritan mereka. Para pengguna Twitter di Taiwan dan Hong Kong kemudian menyatu usaha dengan para pengguna Thai mewujudkan suatu pergerakan politik, akhbar The Telegraph menggambarkan situasi ini sebagai suatu "saat solidarii serantau langka".[5]

Lihat juga

  • Pan-Asianisme

Rujukan