Minatozaki Sana

Minatozaki Sana (Bahasa Jepun: 湊崎 紗夏; lahir 29 Disember 1996) lebih dikenali sebagai Sana ialah seorang penyanyi wanita Jepun yang berpangkalan di Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti tahun 2015, Sixteen.

Sana
湊崎 紗夏
Sana pada Mac 2017
Kelahiran
Minatozaki Sana

(1996-12-29) 29 Disember 1996 (umur 27)
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–sekarang
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul미나토자키 사나
Perumian SemakanMinatozaki Sana
McCune–ReischauerMinatojaki Sana

Kehidupan awal

Sana lahir pada 29 Disember 1996 di Osaka, Jepun.[1] Sana mula menunjukkan minat terhadap K-pop kerana ledakan populariti Girls' Generation dan KARA di Jepun. Semasa tahun terakhirnya di sekolah menengah, beliau telah dihubungi oleh JYP Entertainment untuk menjalani ujibakat pada 13 April 2012.[2][3]

Kerjaya

Pada tahun 2014, Sana muncul dalam video muzik GOT7, "A". Sana juga muncul dalam video muzik Junho, "Feel".[4]

Sana diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[5] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Sana membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[6][7]Sana merupakan antara ahli kumpulan Twice yang bukan berasal dari Korea Selatan sebaliknya Sana, Momo serta Mina berasal dari Jepun manakala Tzuyu pula dilahirkan di Taiwan.

Filemografi

Video muzik

TahunTajukArtis
2014"A"GOT7
"Feel" (Bahasa Jepun)Junho (2PM)
2016"Fire"J.Y. Park

Rujukan

Pautan luar