Musim

Musim (Jawi: موسيم, bahasa Inggeris: season) merupakan salah satu daripada pembahagian besar dalam jangka masa tahunan, pada umumnya berdasarkan pada perubahan tempoh setahun berdasarkan cuaca.

Turutan rupa pokok yang sama pada musim-musim iklim sederhana dalam setahun

Musim terjadi akibat putaran tahunan Bumi mengelilingi Matahari dan kecondongan paksi Bumi berbanding satah putaran.

Peristilahan

"Musim" merupakan serapan Arab: مَوْسِم mawsim iaitu bentuk ism kata kerja وَسَمَwasama yang bermaksud "menandakan" (to mark, marked).[1]

Punca

Peredaran bumi

Pentarikhan

Keadaan Bumi yang mencondong semasa peredaran mengelilingi bumi menyebabkan dua belahan utama ia, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan mempunyai musim yang berlainan pada tempoh atau waktu yang lebih kurang sama. Namun, perincian tempoh yang diukur terbahagi kepada beberapa pendekatan berbeza:

Cara meteorologi

Pengiraan ini mula dikembangkan suatu persatuan kaji cuaca di Eropah bernama Societas Meteorologica Palatina pada 1780 di mana 1 tahun dibahagikan rata-rata kepada 4 tempoh suasana selama 3 bulan dalam takwim Gregorius, pendekatan ini melekat penggunaannya sehingga hari ini.[2]

Belahan bumi1 Mac - 31 Mei1 Jun - 31 Ogos1 September - 30 November1 Disember - 28/29 Februari
Hemisfera UtaraMusim bungaMusim panasMusim luruhMusim sejuk
Hemisfera Selatan[3][4]Musim luruhMusim sejukMusim bungaMusim panas

Cara astronomi

Pengiraan ini pula ditentukan dengan mencatat waktu lintasan Matahari dalam liputan Garisan-Garisan Sartan dan Jadi pada waktu solstis dan lintasan Matahari melalui Khatulistiwa pada waktu ekuinoks.[5] Musim-musim yang dikirakan ini tidaklah sama panjang kerana sifat orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno