Tentang Hati Dia

Tentang Hati Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Amor Rizan, dibintangi oleh Aliff Aziz, Trisha Ooi dan Nafiz Muaz.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 3 Julai 2023 menggantikan Bukan Hanya Sekadar Cinta. [2]

Tentang Hati Dia
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Kapcai Girl vs Encik Superbike karya Bunga Amani
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cintamu Yang Satu" - Ning Baizura
Lagu penutup"Milik Kita" - Adira Suhaimi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 & IQIYI
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Julai 2023 – 9 Ogos 2023
Kronologi
MengikutiBukan Hanya Sekadar Cinta
Diikuti olehRajuk Karina

Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman IQIYI. [3][4]

Sinopsis

Tiara adalah seorang anak gadis berasal dari kampung yang diduga dengan pelbagai cabaran di usia muda. Ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, Tiara mendapati bahawa dia hamil hasil daripada pelakuan sumbangnya bersama Khalid. Fatimah, ibu Tiara, marah apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan Tiara dan memaksanya menggugurkan kandungan tersebut.

Wafi yang merupakan kawan baik Khalid baru sahaja menghabiskan pembelajarannya di luar negara dan pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk mengahwini tunangnya, Darina. Namun, semangat berkobar-kobar Wafi setelah mengharungi cinta jarak jauh hancur apabila Darina menuntut agar pertunangan mereka diputuskan.

Konflik memuncak apabila Tiara yang buntu untuk membetulkan kesilapannya telah pergi ke ibu kota untuk mencari Khalid yang menghilangkan diri. Tiara cuba menjejaki Khalid dengan harapan Khalid dapat membantunya menyelesaikan masalah yang timbul itu. Dapatkah Tiara menjejaki Khalid dan melepaskan diri dari segala masalah yang menimpanya? Bagaimana kesudahan kisah Wafi pula, masihkah ada ruang untuk cinta berputik di hatinya setelah dikecewakan?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon tambahan

  • Nurussaadah Kamarudin
  • Noraziemah Mohamad
  • Noraini Yusoff
  • Jafzur Aufar
  • Raja Mohd Shafiq
  • Suzana Yaakob
  • Nur Mellysya Qistina Lia
  • Mohd Suhayle Muhammed Yusof
  • Muhd Ridzki Ramly
  • Nur Afiyahdalisya
  • Rahmat Redhuan
  • Badrul Sham bin Harun
  • Amyraz Aznim
  • Zuliana Ernie Aznon
  • Al-Rayyan Ho
  • Saiful Arzuan
  • Alyah Fadzil
  • Rosnah Idris
  • Muhammad Fathul

Runut bunyi

Rujukan