Negeri Sembilan FC

Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan atau Negeri Sembilan FC (akronim: NSFC) merupakan salah sebuah kelab bola sepak di Malaysia. Pasukan ini mula menggunakan "FC" selepas berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak sebagaimana ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)[2]. Kelab ini diuruskan oleh NSFC Sdn. Bhd, anak syarikat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Negeri Sembilan FC
Nama penuhKelab Bola Sepak Negeri Sembilan
GelaranSi Rusa
The Jangs
Hoben Jang Hoben
Nama pendekNSFC
DiasaskanSebagai kelab profesional
2020; 4 tahun yang lalu (2020)
Sebagai pasukan persatuan
1923; 101 tahun yang lalu (1923)
StadiumStadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, Negeri Sembilan
(Kapasiti: 45,000[1])
PresidenNegeri Sembilan Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri
Pengurus BesarMalaysia Firdaus Bhari
JurulatihMalaysia K. Devan
LigaLiga Premier Malaysia
2021Ke-1
Tapak sesawangLaman kelab
Kumpulan penyokongUltraJang
Ultras Nogori
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Nama

  • 1923–2005: Negeri Sembilan
  • 2005–2008: Negeri Sembilan Naza
  • 2009–2014: Negeri Sembilan
  • 2015: Negeri Sembilan Matrix [3]
  • 2016–2020: Negeri Sembilan
  • 2020–kini: Negeri Sembilan FC

Sejarah

Pasukan bola sepak Negeri Sembilan mula ditubuhkan pada 1923 menurut satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe, yang berusia 93 tahun semasa ditemuramah. Beliau menyatakan sebuah perlawanan berlaku antara PBNS dan Singapura bagi Piala Malaya (kini: Piala Malaysia) yang berlangsung pada tahun tersebut.

Pasukan ini dikira salah satu kelab yang memberi saingan kuat dalam sejarah bola sepak sejak ditubuhkan. Mereka telah memenangi banyak kejuaraan teratas di Malaysia sejak awal 1940-an.

Pada 7 November 2009, pasukan ini mengakhiri kemarau 61 tahun mereka dalam Piala Malaysia selepas menumpaskan Kelantan dengan nilai mata 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ulangan perlawanan akhir 2009 antara kedua-dua pasukan berlaku semula pada tahun berikutnya, 30 Oktober 2010. Walau bagaimanapun, pasukan ini tewas 2-1 kepada Kelantan walaupun pada awalnya telah mendahului dengan sepakan penalti daripada Shahurain Abu Samah.[4]

Pada 2011, pasukan ini sekali lagi layak ke peringkat akhir Piala Maaysia untuk kali ketiga berturut-turut dengan jurulatih baharu mereka, Mohd Azraai Khor Abdullah. Mereka menang perlawanan tersebut selepas menumpaskan Terengganu FA dengan kemunculan semula yang epik. Gol pertama disumbangkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin untuk Terengganu pada minit ke-59. Negeri Sembilan menggunakan 10 minit terakhir untuk lakukan kebangkitan semula. S. Kunanlan menyamakan gol pada minit ke-81 sebelum Hairuddin Omar, penyerang veteran menyepak gol kejuaraan buat Negeri Sembilan dengan tendangan cantik pada minit ke-85.[5]

Pada awal musim 2011, salah satu jurulatih terbaik pasukan, Wan Jamak Wan Hassan telah meletak jawatan daripada kelab ini. Beliau melihat tiada alasan untuk mengecewakan pasukan dalam pertandingan Liga Super Malaysia dan Piala FA Malaysia untuk musim tersebut.[6] Bermula tahun 2019, pasukan ini tersingkir daripada Liga Super Malaysia, dan bertanding dalam saingan Liga Premier Malaysia.

Penswastaan pasukan

Sehingga tahun 2020, pasukan ini bertanding atas kapasiti persatuan bola sepak. Namun, akhirnya pasukan ini berjaya diswastakan dalam kempen penswastaan kelab bola sepak[7] oleh FAM pada September 2020 dan akan beraksi sebagai FC bermula musim 2021.

Stadium

Suasana bahagian dalam Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Stadium Tuanku Abdul Rahman atau dikenali dengan STAR Paroi ialah sebuah stadium pelbagai guna terletak di Paroi, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia sering digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini memuatkan 20,000 orang dan dibuka pada 1992. Pada 2004, kapasiti stadium ini dibesarkan sehingga 45,000 orang untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan SUKMA X 2004.

Penajaan

TempohPengeluar kitPenaja
2005 LottoTM Net
2005/06TM
Naza
2006/07
2007/08
2009 KappaTM
2010
2011 Lotto-
2012Matrix Concept
2013
2014 Kika
2015 Kappa
2016 Mizuno
2017
2018 Al-Ikhsan Sports
2019 RhinoMatrix Concept
Visit Negeri Sembilan
SALAM Medical Centre
Negeri Roadstone Sdn Bhd
2020 AdmiralVisit Negeri Sembilan
Matrix Concept
2021 Kaki Jersi[8]Matrix Concept

Visit Negeri Sembilan[9]

Negeri Roadstone Sdn Bhd[10]

Gemencheh Granite Sdn. Bhd.[11]

Kapten GYM

Pemain

Skuad Utama

Sehingga 16/3/2023

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
MF Safuwan Baharudin
MF Vinicius Leonel
23GK Sikh Izhan Nazrel (on loan from Selangor)
24MF Saiful Ridzuwan
27MF Fahmi Faizal
29GK Muhaimin Mohamad
30DF Zamri Pin Ramli
31GK Firdaus Irman
32FW Shahrel Fikri
33MF Hafiz Ramdan
35MF Hasbullah Abu Bakar
44MF Afiq Fitri
67MF Amirul Hakimi Rosli
88MF Izzuddin Roslan
97MF Filemon Anyie
99FW Casagrande

Bawah 21 tahun

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
14DF Muhd Iqbal Na'im Tony Rosdin
15DF Gopinath a/l Ragenderan
16MF Aroon Kumar a/l Ramaloo
17FW Muhammad Nurzaidi Bunari
18MF Suresh a/l Selvathura
19MF Mohd Fauzi Abdul Latif
20MF Muhamad Syahrizal Shaharin
21GK Muhammad Azwan Alimi
22GK Ezad Ariff Jamaludin
23DF Mohd Nurzaidi Mohd Jais
24DF Muhd Zufril Haidy Mazlan
25MF Thanabalan a/l Nadarajah

Pencapaian

Pencapaian Domestik

Pencapaian Belia

Pencapaian Asia

Peringkat Kumpulan: 2004, 2007
Mengundur diri: 2010

Rekod Kelab

Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Ked = Kedudukan

      1 atau Juara      Ke-2 atau Naib-juara      Ke-3      Promosi      Tersingkir

MusimLigaPialaAsia
DivisyenPMSKJBPtsKedSumbangsihMalaysiaFACabaranKejohananKeputusan
2004Liga Premier241086453538ke-4Naib-juaraSuku-akhirSuku-akhirPiala AFCPeringkat kumpulan
2005Liga Premier2116144519491Peringkat kumpulanPusingan 1
2005-06Liga Super2112452614401Naib-juaraSeparuh-akhir
2006–07Liga Super246612294624ke-11Suku-akhirPusingan 2Piala AFCPeringkat kumpulan
2007–08Liga Super241464483048ke-2Peringkat kumpulanPusingan 2
2009Liga Super2611510443538ke-7JuaraSeparuh-akhir
2010Liga Super2611510403138ke-6Naib-juaraNaib-juaraJuara
2011Liga Super268810293232ke-8JuaraPusingan 2
2012Liga Super261079413838ke-6JuaraSuku-akhirPusingan 1
2013Liga Super221714112810ke-12Peringkat kumpulanSuku-akhir
2014Liga Premier22868262830ke-6KelayakanPusingan 1
2015Liga Premier22886332832ke-6KelayakanPusingan 2
2016Liga Premier22985402635ke-4Suku-akhirPusingan 3
2017Liga Premier221183372441ke-5Peringkat kumpulanSeparuh-akhir
2018Liga Super224315274715ke-12Pusingan 2Peringkat kumpulan
2019Liga Premier2085729254ke-6Peringkat kumpulanPusingan 2
2020Liga Premier11326122011ke-11
2021Liga Premier2012533316171

Source:[12][13]

Bekas Pemain

Pemain luar negara

  • Gustavo Carlos Cerro
  • Jose Iriarte
  • Scott Ollerenshaw
  • Harrison Eric Muranda
  • Abdulrazak Ekpoki
  • Effa Owona
  • Abdul Lateef Seriki
  • Christian Bekamenga
  • Udo Fortune
  • Lamine Conteh
  • Marian Juhas
  • Miroslav Bozik
  • Robert Bozik
  • Marian Valach
  • Marko Simic
  • Curran Ferns

Pemain tempatan

Pengurusan pasukan (Musim 2021)

Pengurusan pasukan utama musim 2021

JawatanNama
Pengurus Devan a/l Kuppusamy
Ketua Jurulatih Devan a/l Kuppusamy
Pembantu Ketua JurulatihK . Nanthakumar
Pembantu Jurulatih Ahmad bin Osman
Jurulatih Penjaga Gol Megat Amir Faisal Al Khalidi Ibrahim
Jurulatih Kecergasan Arulchelvan a/l Illenggo
Fisioterapi Mohd Syaiful bin Sabtu
Doktor pasukan Dr Rozaiman  Ebrahim
Pentadbir pasukan Jefri Jaafar
Pentadbir pasukan Sharizal Mat Sah
Keselamatan pasukan Anuar Abd Rahman
Pegawai media Mohamad Nazri Robai
Tukang urut Mohammad Aim Fazli Abdul Rahim

Pengurusan pasukan bawah 21

JawatanNama
Pengurus U21
Ketua Jurulatih U21
Pembantu Ketua Jurulatih U21
Jurulatih Penjaga Gol U21
Jurulatih Kecergasan U21
Fisioterapi U21

Pengurusan pasukan bawah 19

JawatanNama
Pengurus U19
Ketua Jurulatih U19
Pembantu Ketua Jurulatih U19
Jurulatih Penjaga Gol U19
Jurulatih Kecergasan U19

Ketua Jurulatih

TahunJurulatihKejuaraan
1981-1982 Tony Chia
1983-1984 Zainudin Husin
1985-1986 Tony Chia
1987-1988 Santos
1989-1990 Zainudin Husin
1991-1993 Josef HerelLiga Semi-Pro Divisyen 2 1991
1994-1998 M. Karathu
1998-1999 Irfan Bakti Abu Salim
2000-2002 Mohd Zaki Sheikh Ahmad
2003-2006 K. DevanPiala FA Malaysia 2003
Liga Super Malaysia 2005-06
2006-2007 Hatem Souissi
2007-2011 Wan Jamak Wan HassanPiala Malaysia 2009
Piala FA Malaysia 2010
2011-2012 Mohd Azraai Khor AbdullahPiala Malaysia 2011
Piala Sumbangsih 2012
2013 Divaldo Alves
Mei 2013 Ridzuan Abu ShahAmbil alih
2014-2015 V. Sundramoorthy
2015-2017 K. Devan
2017 Mohd Asri Ninggal
2018 Jorg Steinebrunner
2018 Mohd Azraai Khor Abdullah
2018 Mario Lemos
2019 Mat Zan Mat Aris
2019 Mohd Zaki Sheikh AhmadAmbil alih
2020 Sazali Saidon
2021 K. Devan

Persatuan yang menyelia

Kelab Berkaitan

Rujukan

Pautan luar