Kelantan F.C.

(Dilencongkan dari Kelantan FA)

Kelab Bola Sepak Kelantan[1](Inggeris: Kelantan Football Club) merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Malaysia yang dimiliki oleh Norizam Tukiman. Pasukan ini mendapat saingan peminat dengan Kelantan Darul Naim F.C. yang mana membawa nama Kelantan.

Kelantan FC
Nama penuhKelab Bola Sepak Kelantan
(Kelantan Football Club)
GelaranThe Red Warriors (TRW)
Diasaskan1946; 78 tahun yang lalu (1946) sebagai KAFA (Kelantan FA)
2021; 3 tahun yang lalu (2021) sebagai Kelantan FC
Dimansuhkan2024
StadiumStadium Sultan Muhammad IV,
Kelantan
(Kapasiti: 30 000)
PemilikZambual
PengurusAlfredo Angel Vera
JurulatihManja Man
LigaLiga Super Malaysia
2023Liga Super Malaysia, Ke-14
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Pasukan ini lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pada musim 2023, pasukan ini kembali bersaing dalam Liga Super Malaysia 2023 namun pada tahun 2024, Kelantan F.C. gagal membayar gaji pemain yang menyebabkan Kelantan F.C. disekat bermain di Liga Super dan Liga Premier

Sejarah Pasukan Kelantan FC

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1946 namun rekod mencatatkan Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan sudah wujud seawal tahun 1889, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia.

Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990. Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.

Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu. Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.

Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun Kelantan gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.

Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja. Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.[2]

Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar.[3]

Era Kebangkitan Kelantan FC

Dari segi pencapaian, Kelantan FA bergelar Naib Juara Piala Malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan FA pada tahun 2009. Pada tahun sama Kelantan FA juga muncul Naib Juara Piala FA apabila kalah kepada Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1-4. Manakala selang setahun kemudian, Kelantan FA berupaya mendapat tempat Naib Juara Liga Super 2010 dan seterusnya tahun 2010 juga menyaksikan kejayaan bersejarah buat Kelantan FA apabila dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia setelah menundukkan Negeri Sembilan FA 2-1 dalam perlawanan akhir. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 6 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009, 2010, 2012 dan terbaru 2013.

Era Ketua Jurulatih Peter James Butler

Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 1990-an, pasukan Kelantan FA berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam Liga bola sepak Malaysia. Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama. Meskipun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.

Kelantan kembali semula menggunakan khidmat beliau pada musim 2012 selepas pengunduran Datuk M. Karathu pada akhir 2011.

Era Ketua Jurulatih B.Sathianathan

Kelantan FA dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua jurulatih, Peter James Butler seminggu sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia edisi 2009. Namun begitu pihak pengurusan pasukan berjaya mengatasi masalah yang berlaku dan melantik bekas pengendali pasukan kebangsaan, B.Sathianathan dalam meneruskan kempen Piala Malaysia. Beliau berjaya membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan sebelum tewas 1-3. Tahun 2010, B.Sathianathan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan bagi menghadapi musim Liga Malaysia tahun 2010 dan meraih kejayaan kepada pasukan dan negeri Kelantan dalam merangkul piala-piala yang dipertandingkan. Langkah yang diambil, beliau membawa masuk bekas pemain kebangsaan, seperti Akmal Rizal dan Hairuddin Omar. Namun begitu, beliau gagal membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final Piala FA edisi ke 21 musim 2010 apabila tewas kepada bekas Juara Double Treble, Kedah melalui penentuan jaringan di tempat lawan, keadaan ini menyebabkan para penyokong mula hilang kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi pasukan ini dalam meneruskan kempen Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim 2010 dan mendesak beliau agar meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih. Namun, beliau berjaya membawa Kelantan meraih trofi Piala Malaysia pertama mereka pada perlawanan penuh dramatik. Beliau akhir digantung 6 bulan akibat membuat kenyataan akhbar tentang mutu beberapa perlawanan.[4][5]

Era Datuk M.Karathu

Sepanjang tempoh penggantungan B. Sathianathan, pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menandatangani bekas pengendali Perak, Datuk M. Karathu[6]. Dibawah kendalian beliau, Kelantan berjaya merangkul Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya. Walaupun tonggak yang dibawa oleh B. Sathianathan telah pergi ke pasukan lain, dan kehilangan trio kontroversi (Indraputra, Azizi dan Norfarhan) ke T-Team, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Super Malaysia 2011 dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011, tewas kepada Terengganu. Mereka tidak berjaya mengulangi kejayaan musim lalu, apabila sekadar mara pada suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka tewas kepada lawan yang sama pada Piala FA 2011. Selepas itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Alasan yang diberikan ialah beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga[7]. Kejayaan beliau bersama Kelantan mengulangi sejarah beliau bersama Kelantan pada 1993, iaitu separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Kembalinya Peter Butler, Saingan Piala AFC

Selepas teka-teki pengganti Datuk M. Karathu berputar, akhirnya Peter Butler kembali[8] melatih Kelantan. Dengan pemain import dibenarkan beraksi, beliau membawa masuk penjaring terbanyak Piala AFC 2007, Mohammed Ghaddar, membarisi skuad tahun 2012. Selain itu, beliau membawa masuk trio kontroversi ke Kelantan. Mereka tidak berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan. Walaupun berjaya membawa Kelantan mendahului Liga Super untuk lapan perlawanan, beliau direhatkan[9] akibat mengkritik campurtangan pengurusan dalam memilih pemain import tanpa beliau[10]. Dalam mereka menghadapi Piala AFC 2012, tugas itu dipegang oleh pembantunya, Zahasmi. Selepas sesi perbincangan dengan pengurusan tentang nasib beliau[11], akhirnya beliau dilepaskan dari jawatannya[12]. Pihak pengurusan membayar ganti rugi mengikut kontrak.

Bojan Hodak (Ketua Jurulatih)

Era Bojan Hodak

Semasa Peter Butler masih menjadi ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012 dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army). Namun setelah pengunduran Butler, beliau dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan FA.[13]

Bojan Hodak telah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA buat kali pertama dengan mengalahkan pasukan Sime Darby pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar dengan sepakan penalti. Seterusnya, Bojan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi Kelantan pada musim sebelumnya.[14]

Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 [15] di Stadium Shah Alam.

Stadium

Padang Bola Sepak Tertua Di Malaysia

Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan merupakan padang bola sepak tertua di Negara Malaysia dan mungkin tertua di benua Asia kalau mengikut usia penggunaan padang tersebut. Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mula digunakan pada tahun 1946 iaitu setelah penubuhan Kelantan Amatur Football Association "KAFA" pada tahun yang sama. Ketika itu dikenali sebagai Padang KAFA dan digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak antara Pasukan Kelantan FA setiap kali beraksi. Pada tahun 1965, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk membina sebuah stadium bagi kegunaan Pasukan Kelantan FA beraksi dalam suasana yang selesa dan juga untuk golongan belia dan orang ramai untuk beriadah dan bersukan. Pembinaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menelan belanja sekitar RM 1.7 Juta ketika itu. Selepas terbinanya stadium ini, padang KAFA ditukar nama kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV seterusnya menjadi "Gelanggang Keramat" buat Pasukan Kelantan FA beraksi dalam pentas bola sepak negara sehingga sekarang.

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV: Stadium Keramat Pahlawan Merah

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan venue perlawanan bagi pasukan Kelantan. Stadium ini boleh menampung jumlah penonton seramai 30,000 dalam satu-satu masa. Dalam saingan Liga Super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi setiap sudut dan ruang di stadium ini. Pasukan Kelantan tidak pernah kalah kepada pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini, walau bagaimanapun rekod tanpa kalah pasukan Kelantan di stadium keramat ini lebur di tangan pasukan Terengganu FA dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.

Papan Markah Elektronik bagi saingan Piala AFC

Papan markah elektronik yang dipasang di stadium ini digunakan pertama kali semasa perlawanan antarabangsa peringkat Suku Akhir Piala AFC menentang kelab Iraq, Arbil SC. Papan markah yang bernilai RM2.3 juta itu adalah sumbangan Jabatan Perdana Menteri selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan. Papan markah yang menggunakan teknologi terkini yang diimport dari Jepun ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil.[16]

Stadium Baru

Bagi memenuhi keperluan yang terdesak pada masa kini, Persatuan Bola Sepak Amatur Kelatan (KAFA) telah mengumumkan perlunya sebuah stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas moden. Justeru itu pihak KAFA telah mengemukakan satu permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan dana kewangan untuk membina sebuah stadium baru yang mungkin dibina di Mukim Gading Galoh Jajahan Machang.

Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut mengemukakan permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. Jika kedua-duanya mendapat kelulusan pihak unit perancangan ekonomi negara, Negeri Kelantan bakal memiliki tiga buah stadium pada masa yang akan datang.

Pahlawan Merah (Penyokong Fanatik Kelantan FA)

Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka. Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah". Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946. Kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan Kelantan FA dan menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Kelantan FA. Para penyokong ini dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan FA.

Tragedi 9 April 2009

Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan. Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Mohd Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zaquan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Setelah tamat permainan, keadaan dalam stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga diarah keluar oleh pihak polis yang mengawal permainan pada malam itu. Namun di luar stadium hampir 2,000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan stadium dengan membakar kenderaan pasukan polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. Seramai 100 orang anggota polis dan anti rusuhan telah diarahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu.

Akibat kejadian yang berlaku, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih stadium berkecuali Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku. Penyokong fanatik tetap teguh berdiri di belakang Tan Sri Annuar Musa dengan tidak berbelah bagi tanda 100% untuk Kelantan FA, jadi penyokong semua berilah kerjasama untuk kelab kesayangan kita untuk terus maju dibawah Tan Sri Annuar Musa.

Rusuhan Di Stadium Nasional Bukit Jalil (Final Piala Malaysia 2009)

Kekalahan pasukan Kelantan FA kepada pasukan Negeri Sembilan FA dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan penyokong pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi penonton. Kejadian ini mengakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM34,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Musuh Tradisi dan Utama (Derby)

Pasukan Bolasepak Negeri Terengganu Darul Iman (PBSNT) merupakan seteru tradisi bagi Pasukan Bolasepak Amatur Kelantan. Pertembungan dua musuh berjiran ini dikenali sebagai pertembungan "East Coast Derby" bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahang pertembungan kedua-dua pasukan ini turut menular di kalangan para penyokong kedua-dua pasukan yang sentiasa menghidangkan aksi-aksi tegang kedua-dua pasukan mahupun para penyokong mereka.

Namun bermulanya era kebangkitan mereka (2009-kini), pasukan ini merupakan pencabar bagi skuad-skuad yang baru naik sepanjang musim bola sepak. Pada 2009-2010 menyaksikan Selangor FA sebagai musuh utama bagi pasukan Kelantan FA dalam kancah saingan Liga Domestik, baik dari Liga Super, kempen Piala FA ataupun Piala Malaysia. Pertembungan musuh terkuat dalam saingan Liga Malaysia ini menyajikan aksi-aksi yang dramatik antara kedua-dua pasukan dan turut membabitkan para penyokong bagi kedua-dua pasukan ini. Pertembungan ini masih berlarutan sehingga 2011.

Pada 2012, ATM FA menjadi pesaing utama mereka. Dalam kempen Piala Malaysia 2010, mereka bersaing dalam kumpulan B dan akhirnya berlarutan sehingga perlawanan akhir. Pada 2013, kehadiran JDT yang dibarisi bekas pemain Kelantan (Norshahrul Idlan dan Nurul Azwan Roya) serta pemain-pemain kebangsaan (Safiq Rahim, Aidil Zafuan) dan pemain antarabangsa (Daniel Guiza, Simone Del Nero) menyaksikan pertembungan menarik antara kedua-dua pasukan. Perlawanan akhir Piala FA menyaksikan pertembungan kedua-dua musuh utama ini.

Liga Kelantan

Piala Presiden KAFA

Piala Presiden KAFA
PasukanTempat
New City FCKota Bharu
Bachok FCBachok
Tumpat FCTumpat
Whitesand FCPasir Puteh
Goldensand FCPasir Mas
Red Land FCTanah Merah
Machangster FCMachang
Krai FCKuala Krai
Jeli FCJeli
Wolves FCGua Musang

Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Kafa yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) disertai oleh 10 pasukan daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) di negeri ini.

Syarat penting bagi kejohanan ini ialah setiap pasukan perlu mendaftarkan sekurang-kurang lima pemain bawah umur 20 tahun. Setiap pasukan boleh mendaftar seramai empat pegawai pasukan sementara jumlah pemain yang boleh didaftarkan ialah antara 18 hingga 22 orang. Pemain yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana yang masih dalam pendaftaran FAM tidak dibenarkan beraksi. Sementara pemain Piala Presiden yang bermain atau berlatih dengan pasukan Liga Super atau Liga Perdana juga tidak dibenarkan beraksi. Sementara itu, pemain yang sedang mewakili pasukan dalam Kejohanan Liga Antara Kelab boleh didaftarkan dengan menggunakan nombor lesen asal dan bebas mewakili mana-mana PBJ.

Setiap jurulatih pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Lesen C daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Format pertandingan ialah liga akan dijalankan satu pusingan membabitkan lima pasukan bagi setiap kumpulan. Pusingan seterusnya dijalankan secara kalah mati. Hadiah wang tunai RM20,000 bakal menanti kepada pasukan yang muncul juara pada kejohanan ini, sementara naib juara akan meraih RM10,000. Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang RM5,000 dan RM2,000.

Piala Menteri Besar Kelantan (Piala Tok Guru)

Disamping kejohanan Piala Presiden KAFA, Liga Kelantan turut memperkenalkan Piala Menteri Besar atau dikenali juga Piala Tok Guru dalam memeriahkan lagi sukan bola sepak di Negeri Kelantan Darul Naim.

Piala MB akan diadakan pada akhir tahun. Sebanyak 24 pasukan akan berentap merebut Piala MB. Johan piala tersebut akan menerima hadiah sebanyak RM5,000, naib johan (RM3,000) dan ketiga (RM1,500). [17]

Liga Bola Sepak Remaja

Disamping kerancakkan Liga Kelantan, Negeri Kelantan Darul Naim turut memperkenalkan Liga Bola Sepak Remaja bagi mengasah bakat dan skil permainan bola sepak dalam kalangan golongan Remaja dan Belia di Negeri ini. Liga Bola Sepak Remaja ini ditubuhkan di setiap Jajahan di Negeri Kelantan dalam mencari dan mencungkil bakat bola sepak di peringkat akar umbi. Program ini mendapat sokongan padu dari Pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim apabila Pihak Kerajaan Negeri telah menubuhkan Akademi Bola Sepak Darul Naim dalam mencari bakat dan mempertingkatkan lagi mutu permainan bola sepak di Negeri ini.

Pencapaian

Domestik

KejohananJuaraNaib Juara
Liga Malaysia / Liga Semi-Pro Divisyen 1 / Liga Perdana / Liga Perdana 1 / Liga Super

* Liga Tahap Satu

2011, 2012 (2x)2010
Liga Semi-Pro Divisyen 2 / Liga Perdana 2 / Liga Premier

* Liga Tahap Dua

2000
Piala FAM

* Liga Tahap Tiga

1953, 1954, 2005 (3x)1963, 1971, 1972 (3x)
Piala Malaysia2010, 2012 (2x)1955, 1970, 2009, 2013 (4x)
Piala FA2012, 2013 (2x)2009, 2011, 2015 (x3)
Piala Sumbangsih20112012, 2013 (2x)

Belia

KejohananJuaraNaib Juara
Piala Presiden1985, 1995, 2005, 2011, 2013, 2015, 2016 (7x)1988, 2003, 2007 (3x)
Piala Belia2008, 2014 (2x)2013

Antarabangsa

TahunKejohananJaringanLawanCatatan
2013Piala AFC0-2 KitcheePusingan Ke-2
2012Piala AFC1-5 & 1-1

(Kalah Agregat 2-6)

Arbil SCSuku Akhir
2011Unity Cup1-1 & 2-3

(Kalah Agregat 3-4)

Persebaya SurabayaPerlawanan Persahabatan

Rekod kejayaan

Untuk musim 2015, sila lihat rencana Kelantan FA musim 2015
TahunLigaPiala
NoDivisyenPMSKJBMtSumbangsihFAMalaysiaAFC
2020Liga Premier6
201910Liga Premier20488233217Pusingan 2Peringkat Kumpulan
201811Liga Super225314204318Pusingan 3Peringkat Kumpulan
201710Liga Super227411313922Pusingan 2Peringkat Kumpulan
20164Liga Super22787373329Pusingan 3Suku Akhir
20159Liga Super228410343828Naib JuaraPeringkat Kumpulan
20146Liga Super2210111262931Separuh AkhirSuku AkhirPeringkat Kumpulan
20134Liga Super221066322036Naib JuaraJuaraNaib JuaraR16
20121Liga Super261862531860Naib JuaraJuaraJuaraSuku Akhir
20111Liga Super261754522156JuaraNaib JuaraSuku Akhir
20102Liga Super261781501459Pusingan 2Juara
20096Liga Super2614210493644Naib JuaraNaib Juara
20083Liga Premier241653593053Pusingan 1Peringkat Kumpulan
20078Liga Premier20488233120Pusingan 2Peringkat Kumpulan
20065Liga Premier A21759333526Pusingan 2Tidak Layak
2005Piala FAM (Juara)Suku AkhirTidak Layak
20049Liga Premier B241716134210Pusingan 1Tidak Layak
200310Liga Perdana 1247710315228Pusingan 1Peringkat Kumpulan* mula dipertandingkan bermula 2004
200210Liga Perdana 1269314294130Pusingan 2Peringkat Kumpulan
20013Liga Perdana 1221156332138Pusingan 1Separuh Akhir
20001Liga Perdana 2181062482136Pusingan 2Suku Akhir
19995Liga Perdana 218756232629Suku AkhirTidak Layak
19983Liga Perdana 214662201624Pusingan 2Tidak Layak
199713Liga Perdana288416335828Pusingan 2Tidak Layak
199615Liga Perdana284519185217
199515Liga Perdana285815314923
19949Liga Perdana2811710484240Peringkat Kumpulan
19936Liga Semi-Pro Divisyen 118549313419
19923Liga Semi-Pro Divisyen 214545271819Tidak Layak
1991Liga Semi-Pro Divisyen 1186111244019
1990Liga Semi-Pro Divisyen 214923381529
1989Liga Semi-Pro Divisyen 11623118269* mula dipertandingkan bermula 1990


TahunKejohananJaringanLawanCatatan
2015Piala Presiden2-1Penang FAJuara
Piala FA1-3Lions XIINaib Juara
2013Piala Sumbangsih1-1 (Kalah penalti 3-4)ATM FANaib Juara
Piala FA1-0Darul Takzim FCJuara
Piala Presiden2-1Perak FAJuara [18]
Piala Malaysia0-1Pahang FANaib Juara
2012Piala Sumbangsih1-2Negeri Sembilan FANaib Juara
Piala FA1-0Sime Darby FCJuara
Liga Super Malaysia60 Mata-Juara (Format Liga)
Piala Malaysia3-2ATM FAJuara
2011Piala Sumbangsih2-0Selangor FAJuara
Piala Presiden2-1MP MuarJuara
Piala FA1-2Terengganu FANaib Juara
Liga Super Malaysia56 Mata-Juara (Format Liga)
Piala Agong3-2Perlis FAJuara
2010Piala Emas Raja-Raja0-0 (Menang Penalti 4-3)Kedah FAJuara
Liga Super Malaysia50 Mata-Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia2-1Negeri Sembilan FAJuara
2009Piala Emas Raja-Raja4-0Pulau Pinang FAJuara
Piala FA1-1 (Kalah penalti 4-1)Selangor FANaib Juara
Piala Malaysia1-3Negeri Sembilan FANaib Juara
2007Piala Presiden3-3 (Kalah penalti 4-5)Perak FANaib Juara
2006Piala Emas Raja-Raja5-1ATMJuara
2005Piala FAM2-0Shahzan Muda FCJuara
Piala Agong2-2 (Kalah Penalti 5-6)Pahang FANaib Juara
Piala Emas Raja-Raja0-1Kedah FANaib Juara
Piala Presiden1-0Pasir Gudang UnitedJuara
2003Piala Presiden0-2Kedah FANaib Juara
2000Liga Perdana 2--Juara (Format Liga)
1995Piala Presiden1-1 & 1-0

(Menang agregat 2-1)

Kuala Lumpur FAJuara
1988Piala Presiden0-2Selangor FANaib Juara
1985Piala PresidenSarawak FAJuara
1972Piala FAM1-2Selangor FANaib Juara
1971Piala FAM2-5Penjara (PDRM)Naib Juara
1970Piala Malaysia0-1PerakNaib Juara
1963Piala FAM0-7SingapuraNaib Juara
1955Piala Malaysia1-3SingapuraNaib Juara
1954Piala FAM2-1Combined ServicesJuara
1953Piala FAM1-1Selangor FAJuara Bersama

Anugerah

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

MusimPemainKategori
2016 Khairul Fahmi Che MatPenjaga Gol Terbaik
2014 Mohd Badhri Mohd RadziPemain Tengah Terbaik
2013 Mohd Badhri Mohd RadziPemain Paling Bernilai[19]
2013 Mohd Nor Farhan MuhammadPenyerang Terbaik
2013 Mohd Badhri Mohd RadziPemain Tengah Terbaik
2013 Khairul Fahmi Che MatPenjaga Gol Terbaik
2013 Kelantan FAKelab Penyokong Terbaik
2012 Kelantan FAPersatuan Terbaik[20]
2012 Norshahrul Idlan TalahaPemain Paling Bernilai Supermokh
2012 Norshahrul Idlan TalahaPenyerang Terbaik
2012 Khairul Fahmi Che MatPenjaga Gol Terbaik
2011 Norshahrul Idlan TalahaPemain Paling Bernilai Supermokh[21]
2011 Norshahrul Idlan TalahaPenyerang Terbaik
2011 Khairul Fahmi Che MatPenjaga Gol Terbaik
2010 Norshahrul Idlan TalahaPemain Paling Bernilai
2010 Norshahrul Idlan TalahaPenyerang Terbaik
2010 Khairul Fahmi Che MatPenjaga Gol Terbaik
2010 Khairul Fahmi Che MatPemain Muda Terbaik
2010 B. SathianathanJurulatih Terbaik
2009 Indra Putra MahayuddinPemain Paling Bernilai
2009 Indra Putra MahayuddinPenyerang Terbaik

Kasut Emas

MusimPemainGolPertandingan
2007-08 Mouhamadou Moustapha27Liga Perdana
2000 Anuar Abu Bakar12Liga Perdana 2
1994 Mohd Hashim Mustapha28Liga Perdana
1993 Mohd Hashim Mustapha13Liga Perdana
1992 Dariusz Dudala9Liga Bahagian 2
1990 Mohd Hashim Mustapha13Liga Bahagian 2
Boonphop Praphut

Anugerah Lain

TahunPemainAnugerahCatatan
2013 Zahasmi IsmailPingat BaktiHari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Mohd Sideek SamsudinPingat BaktiHari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Azizi Matt RosePingat BaktiHari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Mohd Farisham IsmailPingat BaktiHari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Zairul Fitree IshakPingat BaktiHari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Nik Mohd Shahrul Azim Ab HalimPingat BaktiHari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2013 Mohd Shahrizan IsmailPingat BaktiHari Keputeraan Sultan Kelantan ke 44
2012 Datuk Rosmadi Ismail (Naib Presiden)Jaksa Pendamai (JP)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Khairul Fahmi Che MatPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Indra Putra MahayuddinPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 S. ChanturuPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Mohammed GhaddarPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Muhammad Ramzul Zahini AdenanPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Mohd Farisham IsmailPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Mohd Nor Farhan MuhammadPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Mohd Nurul Azwan RoyaPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43
2012 Mohd Shakir ShaariPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 [22]
2011 Azman Ibrahim (Pengurus pasukan)Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 B. Sathianathan (Bekas Jurulatih 2010)Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Mohd Badhri Mohd RadziPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Norshahrul Idlan TalahaPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Mohd Daudsu JamaluddinPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42
2011 Mohd Rizal Fahmi Ab RosidPingat Setia Mahkota Kelantan (PS)Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42

Ranking

Ranking Kelab AFC

Sehingga 26 Disember 2015.[23]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan Jumlah mata
57 Al Shorta SC21.053
58 Guangzhou R&F F.C.20.859
59 Kelantan FA20.295
60 South China AA19.958
61 Yokohama F. Marinos19.434

Penaja

Liga

TahunPenaja
2011–2014Astro
2004–2010TM
1984–2003Dunhill

Pasukan

TahunPenaja
2016Pamoga, Qu Puteh
2015ChengalJati, Adabi, Sinar Harian, Puspamara, UniKL, redONE, Syarikat Muda Osman (SMO), A.Z.E & Groups Sdn Bhd, Airish Fashion Cosmetic, Mutiara Ekspress, Rennoil
2014Hotlink, UniKL, Adabi, Sinar Harian, Syarikat Muda Osman, trésenergy, Konsortium Mutiara, Andida, Bayam Hospitality, Secretleaf, Yusry Maju, Hj Ali Home
2013Hotlink, Adabi, Sinar Harian, AzizanOsman.com, Syarikat Muda Osman, trésenergy, Pure're Spritz, Desa Murni Batik, Mamee, Redbull Energy Drink, Keropok Sira Cap Menara
2012AirAsia, Sinar Harian, Al Hamra, Yusmira Trading, Al Jabbar Group, Masterskill, Snickers, RW Energy Isotonik, Mamee
2011AirAsia, Sinar Harian, Al Hamra, Yusmira Trading, Al Jabbar Group
2010AirAsia, Sinar Harian, Al Hamra, Yusmira Trading
2009AirAsia, Al Hamra

Kit Peralatan / Pakaian

TahunPenaja
2019Adidas
2018Lotto
2017HORC
2016DSV
2013-2015Warriors
2010-2012Umbro, Warriors
2009Sportzone
2002-2008Nike
1995-2001Asics

Pegawai pasukan

Anggota Jawatankuasa Eksekutif
  • CEO: Norizam Tukiman


Setiausaha Agung
Bendahari
Penolong Setiausaha I
Penolong Setiausaha II

Pengurus
Penolong pengurus
Ketua jurulatihFrank Bernhardt
Penolong jurulatih 1Rezal Zambery Yahya
Penolong jurulatih 2Azli Mahmood
Penolong jurulatih 3
Jurulatih penjaga golAbdul Rahman
Jurulatih kecergasanKamarul Dinis
FisioterapisSyahiran Sahul Hamed
Pegawai Media
Pegawai Keselamatan
Masseur
Kitman / PeralatanNazim Tew Abdullah

Pengurus Piala Presiden
Jurulatih Piala Presiden
Penolong jurulatih Piala Presiden
Jurulatih penjaga gol Piala Presiden

Presiden

TahunPresiden
19xx-19xx Datuk Haji Hussien Ahmad
19xx-1985 Datuk Nik Mahmud Nik Daud
1986-1990 Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher
1991-2004 Datuk Wan Haji Hashim Wan Haji Daud
2004-2007 Datuk Haji Ahmad Jazlan Datuk Haji Yaakub
2007-2017 Tan Sri Annuar Musa
2017-2019 Hajjah Bibi Ramjani Khan Haji Ilias Khan
2019-2020 Datuk Wan Haji Abdul Rahim Wan Haji Abdullah
2020-kini Datuk Dr Haji Ahmadde Dhaniyazh Hussien

Pengurus

TahunPengurus
2013-2015 Haji Azman Ibrahim
2013- Bojan Hodak
2009-2012 Haji Azman Ibrahim[24]
2009 Peter James Butler
2006-2008 Datuk Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub
2005 Haji Azman Ibrahim
1998-2002 Datuk Wan Hashim Wan Daud

Ketua Jurulatih

TahunKetua Jurulatih
2018Sathit Bensoh
2017Zahasmi Ismail / Alfredo Carlos Gonzales
2016K. Devan / Velizar Popov
2015 George Boateng / Mohd Azraai Khor Abdullah
2014 Steve Darby / George Boateng
2013 Bojan Hodak
2012 Peter James Butler / Bojan Hodak
2011 Datuk M. Karathu / Peter James Butler
2010 B. Sathianathan
2009 Peter James Butler / B. Sathianathan
2008 Norizan Bakar / Regis Laguesse
2007 Abdul Rahim Ahmad
2006 Kamaruddin Md Noor / Anizan Daud
2005 Kamaruddin Md Noor
2004 Abdullah Mohamad
2003 Abdullah Mohamad
2002 Datuk K. Rajagobal
2001 Datuk K. Rajagobal
2000 Abdul Rahim Ahmad
1999 Mosthakeen Omar
1998 Kamaruddin Md Noor / Hamid Ramli
1997 Kelly Tham
1996 Kelly Tham
1995 Hj. Mahadi Yusof
1994 Milous Kvacek
1993 Datuk M. Karathu
1992 Horst Heese
1991 Milan Duricic / Hj. Mahadi Yusof
1990 Mohamad Che Su
1989 Majid Ariff / Hj. Mahadi Yusof
1988 Mohamad Che Su

Pemain

Skuad Utama

Sehingga 20 Februari 2022

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
14DF Danial Hadri
16DF Zubir Azmi
18DF Shahrul Igwan
19FW Nurshamil Abd Ghani
20MF Shyamirul Razmee
22MF Fadel Antar
23DF Carlie De Murga
28MF Azri Basalie
29MF Mior Dani
30MF Mathias Mansor
31GK Amin Faisal
32MF Osman Yusoff
66MF Ikhwan Yazek
99FW Natanael Siringoringo

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar