Kereta Api Bawah Tanah Bandar Raya New York

(Dilencongkan dari New York City Subway)

Kereta Api Bawah Tanah Bandar Raya New York (Inggeris: New York City Subway) adalah sebuah rangkaian transit aliran yang meliputi boro Bandar Raya New York iaitu Manhattan, Brooklyn, Queens, dan Bronx. Sistem ini dimiliki oleh kerajaan Bandar Raya New York dan disewakan kepada Penguasa Pengangkutan Bandar Raya New York[2], sebuah agensi bersekutu dengan Penguasa Pengangkutan Metropolitan (MTA)[3] yang diuruskan oleh kerajaan negeri tersebut. Dibuka pada 27 Oktober 1904, sistem transit tersebut merupakan salah satu sistem pengangkutan awam tertua, paling banyak digunakan, serta mempunyai jumlah stesen terbanyak di seluruh dunia.

Keretapi Bawah Tanah New York
New York City Subway
Sebuah kereta api laluan 1, terdiri daripada kereta R62A kelihatan di atas tanah memasuki stesen 207th Street. Bahagian hadapan kereta api mengandungi dua lampu putih yang memberikan sedikit pencahayaan, dua tingkap, pintu, dan Simbol untuk laluan 1 di tingkap kiri.
Umum
PemilikKerajaan Bandar Raya New York
Kawasan perkhidmatan
The Bronx, Brooklyn, Manhattan, and Queens
LokasiBandaraya New York
Jenis transit
Alihan laju
Jumlah laluan/aliran
36
Jumlah stesen
472
Bil. penumpang tahunan
1,793,073,000 (2022)
Laman sesawang
www.mta.info/nyct
Operasi
Mula beroperasi
bahagian kereta api bawah tanah pertama: 27 Oktober 1904

operasi kereta api jambatan pertama: 3 Juli 1868

operasi kereta darat pertama: 9 Oktober 1863[1]
PengendaliLembaga Transit Bandaraya New York (NYCTA)
Teknikal
Panjang sistem
209 bt (337 km) panjang laluan
656 bt (1,056 km) panjang rel (beroperasi)
842 bt (1,355 km) panjang laluan keseluruhannya.
Tolok landasan
4 kaki 8 12 in (1,435 mm) tolok piawai
Peta sistem
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rangkaian ini beroperasi sepanjang 24 jam sehari 7 hari seminggu sepanjang tahun kecuali dalam keadaan kecemasan ataupun bencana alam. Menurut jumlah penumpang tahunan, ia adalah sistem transit aliran tersibuk di Hemisfera Barat dan dunia Barat, serta sistem pengangkutan alirah rel yang ke-11 tersibuk di dunia[4]. Pada tahun 2022, kereta api tersebut membawa sebanyak 1,793,073,000 penumpang. Tarikh 29 Oktober 2015 menandakan rekod jumlah penumpang tertinggi dalam tempoh sehari, di mana lebih daripada 6.2 juta penumpang menggunakan rangkaian tersebut sejak mulanya pemantauan data penggunaan secara berkala pada tahun 1985.[5]

Sistem tersebut juga merupakan salah satu sistem transit al terpanjang di dunia dengan meliputi sejauh 399 km (248 batu), termasuk 1,070 km (665 batu) laluan pendapatan membawa jumlah keseluruhan sebanyak 1,370 km (850 batu) termasuk laluan tanpa pendapatan. Daripada 28 laluan sistem ini, 25 daripadanya melalui Manhattan. Sebahagian besar dari kereta api tersebut di luar Manhattan adalah terangkat, di tambak, atau tanah ditarah, dan beberapa bahagian trek berada pada aras bumi. 40% daripada trek berada di atas tanah.[6] Kebanyakan laluan-laluan dan stesen-stesen menawar perkhidmatan ekspres serta perkhidmatan tempatan, di mana laluan ini biasanya mempunyai tiga atau empat trek. Biasanya, dua trek di bahagian luar digunakan oleh perkhidmatan kereta api tempatan, manakala satu atau dua trek bahgian dalam digunakan unutk perkhidmatan kereta api ekspres.

Pada tahun 2018, belanjawan rangkaian ini mencecah sebanyak AS$8.7 bilion, dibiayai dengan kutipan tambang, tol jambatan, dan cukai serantau yang ditetapkan, serta pembiayaan langsung dari kerajaan negeri dan tempatan.[7]

Rujukan

Pautan luar

Maklumat umum

Maklumat bersejarah

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno