Nimr al-Nimr


Nimr Baqir al-Nimr (Arab: نمر باقر النمر Nimr Bāqr an-Nimr;[1] 1959 – 2 Januari 2016; juga dirumikan kepada Bakir al-Nimr,[2] al-Nemr,[3] al-Namr,[4] al-Nimer, al-Nemer, al-Namer), umum digelar Sheikh Nimr, ialah seorang Syeikh Syiah di al-Awamiyah in Wilayah Syarqiyah, Arab Saudi yang penangkapan dan hukuman matinya mencetuskan ketegangan hubungan antara kerajaan-kerajaan Syiah dan Sunah.[5] Beliau terkenal dalam kalangan belia[1][6] dan sering membidas kerajaan Arab Saudi[1] di samping menyeru akan pilihan raya di Arab Saudi.[7] Beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Saudi pada 2006, ketika beliau didakwa dirinya tertindas oleh Mabahith.[1] Pada 2009, beliau membidas pihak berkuasa Saudi serta berhujah bahawa hak-hak rakyat Syiah Saudi tidak dihormati, maka Wilayah Syarqiyah harus berpecah dari Arab Saudi.[8][5]</ref>[9] Pihak berkuasa Saudi bertindak balas dengan mencekup beliau dan 35 orang lagi.[8][4] Sewaktu peristiwa bantahan beramai-ramai di Arab Saudi pada tahun 2011-12, al-Nimr menyeru para penunjuk perasaan untuk menentang ugutan polis dengan "berjuang dengan tempikan suara" daripada bertindak ganas,[3][10] sambil meramal kejatuhan kerajaan Saudi sekiranya penindasan berterusan.[11] Akhbar Inggeris The Guardian menyifatkan al-Nimr sebagai salah seorang "ketua pemberontakan."[6]

Nimr al-Nimr
Nama asal
  • نمر باقر النمر
atau
  • نمر باقر آل نمر
Lahir1959
Al-Awamiyah, Ash Syarqiyah, Arab Saudi
Mati2 Januari 2016 (56 ke 57 tahun)
Arab Saudi
KerakyatanSaudi
EthnicityArab
PendidikanIran, Syria[1]
PangkatSyeikh, ayatollah
AgamaIslam[1]
DenominasiSyiah Dua Belas Imam
Website
www.sknemer.com

Pada 8 Julai 2012, polis Saudi menembak betis al-Nimr lalu mencekup beliau dalam peristiwa yang disifatkan oleh pihak polis sebagai "tembak-menembak."[12][13] Polis Saudi turut menembak ke arah kerumunan ribuan orang yang membantah penangkapan al-Nimr, menyebabkan dua orang terbunuh iaitu Akbar al-Shakhouri dan Mohamed al-Felfel.[13][14][15] Al-Nimr melancarkan mogok lapar dan khabarnya telah diseksa.[15][16][17] Pusat Hak Asasi Manusia Asharq meluahkan kebimbangan atas kesihatan al-Nimr ketika mogok pada 21 Ogos dan menyeru bantuan antarabangsa untuk membolehkan beliau dilawati oleh sanak-saudara, peguam dan pejuang hak asasi manusia.[18]

Pada 15 Oktober 2014, al-Nimr dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Jenayah atas kesalahan "mengundang 'campur tangan asing' di Arab Saudi, 'ingkar' kepada pemerintah dan melawan angkatan keselamatan dengan senjata."[19] Saudara beliau, Mohammad al-Nimr dicekup pada hari yang sama kerana men-tweet-kan maklumat tentang hukuman mati tersebut.[19][20] Al-Nimr dimatikan pada 2 Januari 2016 di samping 46 orang lain.[21] Penghukuman matinya itu dikecam oleh negara Iran dan ahli-ahli Syiah di seluruh Timur Tengah dan juga oleh tokoh-tokoh Barat dan ahli-ahli Sunah yang menentang amalan asabiyah (sektarian). Kerajaan Saudi menyatakan bahawa mayatnya tidak akan diserahkan kepada keluarga arwah.[22]

Rujukan