Parti Demokratik–Republikan

Parti Demokratik–Republikan (Bahasa Inggeris: [Democratic–Republican Party] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) merupakan satu parti siasah Amerika Syarikat yang dibentuk oleh Thomas Jefferson dan James Madison dalam 1791–1793 untuk menentang dasar pemusatan Parti Federalis baru yang dikendalikan oleh Alexander Hamilton, yang ketika itu merupakan Setiausaha Perbendaharaan dan ketua arkitek dalam pentadbiran George Washington.[2] Parti baru itu menguasai kepresidenan dan Kongres serta kebanyakkan negeri, dari 1801 hingga 1825, semasa Sistem Parti Pertama. Ia bermula pada 1791 sebagai satu faksi dalam Kongres dan terdiri daripada ramai ahli siasah yang menentang perlembagaan baru. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Republikan sempena dengan ideologi republikanisme. Mereka tidak mempercayai komitmet Federalis terhadap republikanisme. Parti itu berpecah pada 1824 kepada pergerakan Jacksonian (yang menjadi Parti Demokratik pada 1828) dan Parti Republikan Kebangsaan yang berjangka pendek (kemudiannya digantikan dengan Parti Whig).

Parti Demokratik–Republikan
ڤارتي ديموکراتيك–ريڤوبليکن
Pemimpin
Ditubuhkan1791; 233 tahun yang lalu (1791)
Dibubarkan1825 (1825)
Didahului olehParti Anti-Pentadbiran
Digantikan oleh
  • Parti Demokrat (puak Jackson)
  • Parti Republikan Kebangsaan (Anti-Jacksonian)
Ideologi
Warna               Merah, putih, biru
Politik Amerika Syarikat
Parti politik
Pilihan raya

Istilah "Demokratik–Republikan" digunakan terutamanya oleh ahli sains politik moden untuk "Parti Republikan" yang pertama (yang bertentangan dengan Parti Republikan yang ditubuhkan pada tahun 1854). Ia juga dikenali sebagai Republikan Jefferson. Sejarawan biasanya menggunakan nama "Parti Republikan".

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar