Penebangan hutan

Penyahhutanan, penebangan hutan atau penggondolan hutan ialah kegiatan penghapusan hutan atau pokok-pokok dari suatu kawasan tanah yang kemudian ditukar kepada penggunaan bukan hutan.[2] Penebangan hutan boleh melibatkan penukaran tanah hutan kepada ladang, atau kegunaan luar bandar. Di antara 15 juta dan 18 juta hektar hutan, tanah seluas Bangladesh, dimusnah setiap tahun. Rata-rata 2,400 pokok ditebang setiap minit.[3]

Imej satelit penebangan hutan yang sedang berlangsung di Bolivia timur. Di seluruh dunia, 10% kawasan padang belantara telah hilang antara 1990 dan 2015.[1]

Keadaan ini boleh didorong beberapa sebab: pokok ditebang agar dapat memperoleh bahan binaan atau bahan bakar (kadang-kadang dalam bentuk arang atau kayu), manakala tanah yang dibersihkan boleh digunakan sebagai padang rumput untuk ternakan dan perladangan. Penghapusan pokok tanpa penghijauan yang mencukupi telah mengakibatkan kerosakan habitat, kehilangan biodiversiti, dan kelembapan. Ia mempunyai kesan buruk terhadap penyerapan biokimia karbon dioksida atmosfera.Hal ini merupakan isu yang berterusan.[4]

Kegiatan ini paling tertumpu berlaku di hutan hujan tropika[5] yang merangkumi kira-kira 31% permukaan tanah di bumi terlitup serta merupakan habitat separuh daripada spesies tumbuhan dan haiwan seluruh dunia.[6][7] Hal demikian boleh menyebabkan kepupusan, perubahan keadaan iklim, penggurunan dan penghapusan populasi, seperti yang diperhatikan oleh keadaan semasa dan pada masa lalu melalui rekod fosil.[8]

Kesan

Terhadap pengairan

Terhadap kesihatan manusia

Ianya dapat menyebabkan manusia kekurangan oksigen dan senang dijangkiti penyakit. Ianya kerana pokok menyerap karbon dioksida lalu menyebarkan oksigen kepada manusia. Jika bumi ini kekurangan pokok, maka manusia akan kekurangan oksigen dan kesihatan manusia tidak akan terjamin.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Di dalam media
Filem dalam talian