Bolivia

63°10′W / 17.800°S 63.167°W / -17.800; -63.167

Bolivia[a] atau secara rasminya Negara Nekabangsa Bolivia[b] ialah sebuah negara di Amerika Selatan.

Negara Nekabangsa Bolivia
نݢارا نيكبڠسا بوليۏيا
Estado Plurinacional de Bolivia
Puliwya Mamallaqta
Wuliwya Suyu
Bendera Bolivia
Jata Bolivia
BenderaJata
Cogan kata¡La unión es la fuerza!  (Bahasa Sepanyol)
"Perpaduan adalah Kekuatan!"
Lagu kebangsaanBolivianos, el hado propicio
Lokasi Bolivia
Ibu negaraSucre

La Paz

(pusat perundangan)
Bandar terbesarSanta Cruz de la Sierra
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
(2009[1])
  • 68% Mestizo (kacukan kulit putih-peribumi)
  • 20% orang peribumi
  • 5% orang Eropah
  • 2% orang Cholo
  • 1% orang Afrika
  • 1% Other
  • 3% Unspecified
Agama
(2018)[2]
KerajaanRepublik berpresiden
• Presiden
Luis Arce
Kemerdekaan
• daripada Sepanyol
6 Ogos 1825
• Perairan (%)
1.29
Populasi
• Perkiraan 2023
12,186,079[3] (ke-79)
10.4/km2 (26.9/sq mi) (ke-224)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$118.8 billion[4] (ke-94)
$9,933[4] (ke-120)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$43.4 billion[4] (ke-96)
$3,631[4] (ke-126)
Gini (2019)positive decrease 41.6[5]
sederhana
HDI (2021) 0.692[6]
sederhana · 118th
Mata wangBoliviano
(BOB)
Zon waktu()
Kod panggilan591
Kod ISO 3166BO
DPT internet.bo

Antara semua negara di Amerika Selatan, wilayah Bolivia merupakan yang tertinggi dan terpencil. Negara ini ialah salah sebuah penghasil koko dan bijih timah terbesar di dunia.

Asal nama

Bolivia diberi nama sempena Simón Bolívar, pemimpin Venezuela-Colombia dalam peperangan kemerdekaan Amerika Selatan.[10] Pemimpin Venezuela, Antonio José de Sucre, telah diberikan pilihan oleh Bolívar untuk menyatukan Charcas (sekarang Bolivia) dengan Republik Peru yang baru terbentuk, untuk bersatu dengan Wilayah Rio de la Plata, atau secara formal mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Sepanyol sebagai negara yang sepenuhnya bebas. Sucre memilih untuk mewujudkan sebuah negara baharu dan pada 6 Ogos 1825, dengan sokongan rakyat tempatan, menamakan negaranya sebagai penghormatan kepada Simón Bolívar.[11]

Nama asalnya ialah Republik Bolívar. Beberapa hari kemudian, kongres Manuel Martín Cruz mencadangkan: "Jika dengan Romulus, Rom; maka dengan Bolívar, Bolivia" (Sepanyol: Si de Rómulo, Roma; de Bolívar, Bolivia). Nama itu diluluskan oleh Republik pada 3 Oktober 1825.[12] Pada tahun 2009, sebuah perlembagaan baharu mengubah nama rasmi negara itu kepada "Negara Plurinasi Bolivia" sebagai pengiktirafan terhadap karakter dan identiti berbilang kaum di negara itu dan kedudukan orang Bolivia yang dipertingkatkan di bawah perlembagaan baharu.[12]

Sejarah

Pada suatu masa dahulu, Bolivia ialah sebuah koloni Sepanyol. Perlombongan perak di Bolivia memberi keuntungan kepada kewangan Sepanyol, dan Sepanyol menggajikan orang Bolivia sebagai buruh untuk bekerja di perlombongan. Setelah beberapa buah perang berlaku, Simon Bolivar membantu Bolivia memerdekakan negara tersebut.

Budaya

Budaya Bolivia mempunyai banyak pengaruh seperti Inca, Aymara dan pengaruh setempat lain dalam keagamaan, muzik, dan pakaian. Terdapat perayaan besar di Oruro, yang disebut "El carnaval de Oruro". Orang Bolivia suka bermain bola sepak. Ladang haiwan juga popular, namun tidak mampu mengaut keuntungan.

Jajahan

Bolivia dibahagikan kepada sembilan jajahan dikenali sebagai departamentos.

  1. Beni
  2. Chuquisaca
  3. Cochabamba
  4. Oruro
  5. Pando
  6. La Paz
  7. Potosi
  8. Santa Cruz, Bolivia
  9. Tarija

Nota

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno