Perang Tigray

Perang Tigray merupakan perang saudara yang sedang berlaku, tercetus pada 3 November 2020 di wilayah Tigray, Habsyah.[39][40][41] Perang tersebut melibatkan Pasukan Pertahanan Tigray (PPT) dengan Pasukan Pertahanan Negara Habsyah (PPNH), Polis Persekutuan Habsyah, polis wilayah, dan pasukan gendarmerie dari wilayah berjiran Amhara dan Afar dengan penglibatan Pasukan Pertahanan Eritrea (PPE).[25][42][43] Semua pihak terutamanya PPNH, PPT, dan PPE telah melakukan jenayah perang semasa konflik tersebut.[44][45][46][47] Disebabkan oleh perang itu, krisis kemanusiaan telah berlaku.

Perang Tigray
Sebahagian daripada Konflik saudara Habsyah (2018–kini)


Atas: Sebuah kenderaan berperisai musnah dalam pertempuran di Hawzen
Bawah: Kawalan wilayah setakat Disember 2021.

Pasukan pemerintah propersekutuan     Pemerintah persekutuan Habsyah dan sekutu serantau     Pasukan Pertahanan EritreaPemberontak antipemerintah persekutuan     Pasukan Pertahanan Tigray     Tentera Pembebasan Oromo

     Barisan Pembebasan Gumuz dan militia Gumuz lain
Tarikh3 November 2020 – kini
(3 tahun, 5 bulan, 2 minggu dan 1 hari)
Lokasi
Tigray, Amhara, dan Afar, Habsyah
Pertumpahan wilayah Pusat, Eritrea dan Al Qadarif, Sudan
StatusSedang berlangsung[20]
Pihak yang terlibat

 Habsyah

  • Amhara
  • Afar[1]
  • Benishangul-Gumuz (2021–)[2]
  • Dire Dawa (2021–)[3]
  • Gambela (2021–)[2]
  • Harari (2021–)[2]
  • Oromia (2021–)[4]
  • Sidama (2021–)[4]
  • Somali (2021–)[2]
  • Bangsa-bangsa, Kerakyatan dan Rakyat Selatan (2021–)[5][6]

 Eritrea[7][8]

Disokong oleh:

Diperakukan oleh:

Barisan Bersatu Pasukan Persekutuan dan Gabungan Habsyah (Nov. 2021–)[12][13]

  • Tigray
  • Tentera Pembebasan Oromo (2021–)[14][15]
  • Barisan Perpaduan Demokratik Revolusi Afar (2021–)[16]
  • Barisan Pembebasan Agaw (2021–)[17]
  • Barisan Pembebasan Kebangsaan Sidama (2021–)[18]
  • Pergerakan Pembebasan Rakyat Benishangul (2021–)[15]
  • Penentangan Negeri Somali (2021–)[13]
  • Parti Demokratik Kimant (2021–)[13]
  • Tentera Pembebasan Rakyat Gambella (2021–)[19]
Komandan dan pemimpin
Habsyah Sahle-Work Zewde
Habsyah Abiy Ahmed
Habsyah Birhanu Jula
Habsyah Kenea Yadeta
(2020–21)
Habsyah Abraham Belay (2021–)
Tiruneh Temesgen (2020)
Agegnehu Teshager (2020–21)
Yilikal Kefale (2021–)
Awol Arba
Eritrea Isaias Afewerki
Eritrea Filipos Woldeyohannes
Debretsion Gebremichael
Fetlework Gebregziabher
Jen. Tsadkan Gebretensae[21][22]
Jen. Tadesse Werede Tesfay
Jaal Marroo
a.k.a Kumsa Diriba[14]
Unit terlibat
Pasukan Pertahanan Negara Habsyah
  • Tentera Darat Habsyah
  • Tentera Udara Habsyah[23]
Polis Persekutuan Habsyah
Pasukan Khas Amhara
Pasukan Polis Amhara
Pasukan Khas Afar
Pasukan Polis Afar
Pasukan Pertahanan Eritrea[8]
  • Tentera Darat Eritrea
  • Tentera Laut Eritrea
  • Pasukan Pertahanan Tigray
  • Tentera Pembebasan Oromo (2021–)
Kekuatan
140,000[24]
43,000[25][26]
10,000
100,000–250,000 (angg., Nov 2020)[27][28][29]
Kerugian dan korban
3,073 terbunuh, 4,473 tercedera, 8,000 ditangkap (dakwa pemberontak)[30][31]
2 Mig-23 hilang[32][33]
2 Mi-35 hilang[34][35][36]
1 C-130 hilang[37]
Tidak diketahui
5,600 terbunuh, 2,300 tercedera, 2,000 ditangkap (dakwa tentera Habsyah)[38]
  • Kebuluran
  • Kematian

Pada 2019, untuk menjauhkan negara daripada kepersekutuan etnik dan politik nasionalis etnik, Perdana Menteri Abiy Ahmed menggabungkan parti berasaskan etnik dan kawasan dalam perikatan Barisan Demokratik Revolusi Rakyat Habsyah (BDRRH) dan beberapa parti pembangkang kepada Parti Kemakmuran yang baru. Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (BPRT), entiti yang berkuasa secara siasah yang mendominasi politik Habsyah untuk 27 tahun sebagai rejim bersifat menindas melalui sistem dominan satu parti,[48] menolak untuk mnyertai parti baru itu. BPRT kemudiannya mendakwa bahawa Abiy Ahmed menjadi pemerintah yang tidak sah kerana pilihan raya umum yang dijadualkan pada 29 Ogos 2020 ditangguhkan ke 2021 disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang berterusan. Entiti tersebut yang diketuai oleh pengerusinya Debretsion Gebremichael meneruskan pilihan raya wilayah di Tigray pada September 2020, yang bertentangan dengan pemerintah persekutuan, di mana pilihan raya Tigray itu diisytiharkan tidak sah.[49]

Selepas lama membina pasukan Eritrea dan Amhara di sempadan Tigray, pertempuran di antara pasukan Tigray dan pakatan Habsyah-Eritrea-Amhara bermula pada 3 November 2020, dengan serangan di pangkalan dan ibu pejabat markas utara PPNH di wilayah Tigray bersama pasukan keselamatan Tigray. Serangan balas oleh PPNH di Tigray disifatkan sebagai tindakan polis oleh pihak berkuasa persekutuan. Pasukan bersekutu persekutuan menawan Mekelle, ibu kota Tigray pada 28 November selepas Perdana Menteri Abiy mengiystiharkan operasi di wilyah itu "tamat". Pemerintah Tigray menyatakan pada lewat November bahawa mereka akan terus bertempur sehingga "penceroboh" keluar dan pada 28 Jun 2021, PPT menawan semula Mekelle dan mara ke wilayah Amhara dan Afar pada Julai. Pada awal November 2021, PPT bersama-sama dengan Tentera Pembebasan Oromo (TPO) mengawal beberapa pekan di lebuh raya selatan dari wilayah Tigray menuju ke Addis Ababa, dan BPRT menyatakan bahawa ia "mempertimbangkan untuk berarak di Addis Ababa". Bersama-sama dengan tujuh kumpulan pemberontak kecil, BPRT dan TPO mengisytiharkan gabungan yang bertujuan untuk "membubarkan pemerintah Abiy dengan kekerasan atau rundingan, dan kemudian membentuk pihak berkuasa peralihan".

Pembunuhan di luar bidang kehakiman orang awam secara besar-besaran berlaku pada November dan Disember 2020 di dan sekitar Adigrat, Hagere Selam, kem pelarian Hitsats, di Humera, Mai Kadra, Debre Abbay dan Axum. Sekurang-kurangnya 10 ribu orang telah meninggal dunia dan serangan seksual terhadap wanita berusia 8 hingga 72 tahun turut berlaku di hadapan keluarga mereka.

Rujukan