Pertempuran Berlin

Pertempuran Berlin, di namakan Operasi Serangan Strategik Berlin oleh Kesatuan Soviet, adalah penyerangan besar terakhir dalam kancah Eropah Perang Dunia II.[f]

Pertempuran Berlin
Sebahagian daripada Barisan Timur Perang Dunia II

Gerbang Brandenburg di tengah runtuhan Berlin, Jun 1945
Tarikh16 April – 2 Mei 1945
Lokasi52°31′N 13°23′E / 52.517°N 13.383°E / 52.517; 13.383 13°23′E / 52.517°N 13.383°E / 52.517; 13.383
Keputusan

Kemenangan Mutlak Soviet

  • Adolf Hitler membunuh diri dan kematian pegawai tinggi Nazi yang lain.
  • Penyerahan kalah garison Berlin pada 2 Mei. Tentera Jerman yang masih bertempur di luar Berlin meletakkan senjata pada 8/9 Mei (selepas penyerahankalah tanpa syarat seluruh tentera Jerman—lihat Akhir Perang Dunia II di Eropah)
Perubahan
wilayah
Kemusnahan Jerman Nazi
Pihak Soviet menduduki Jerman Timur.
Pihak yang terlibat
Jerman Nazi Jerman Nazi
Komandan dan pemimpin
Barisan Pertama Belorussia:Barisan Ke-2 Belorussia:Barisan Pertama Ukraine:

Kepimpinan:
Jerman Nazi Adolf Hitler (sehingga 30 April)
Jerman Nazi Joseph Goebbels (30 April – 1 Mei)
Jerman Nazi Lutz von Krosigk(dari 1 Mei)

Kumpulan Tentera Darat Vistula:
Kumpulan Tentera Darat Tengah:Kawasan Pertahanan Berlin:
  • Jerman Nazi Helmuth Reymann,

then

Kekuatan
  • Jumlah kekuatan:
  • 196 divisyen[perlu rujukan]
    • 2,500,000 askar (155,900 – c.200,000 Tentera Rakyat Poland)[1][2]
  • 6,250 kereta kebal dan meriam gerak sendiri[2]
  • 7,500 kapal terbang[2]
  • 41,600 pucuk artileri.[3][4]
  • Untuk pengepungan dan serangan keatas Kawasan Pertahanan Berlin: hampir 1,500,000 askar[5]
Kerugian dan korban
  • Kajian arkib
    (jumlah operasi)
  • 81,116 mati atau hilang[10]
  • 280,251 sakit atau cedera
  • 1,997 kereta kebal
  • 2,108 pucuk artileri
  • 917 kapal terbang[10]
  • Anggaran:
    92,000–100,000 terkorban
  • 220,000 tercedera[11][e]
  • 480,000 ditangkap[12]
  • Didalam Kawasan Pertahanan Berlin:
  • hampir 22,000 askar terbunuh
  • 22,000 orang awam terkorban[13]

Bermula pada 12 Januari 1945, Tentera Merah memecahkan barisan Jerman hasil dari Penyerangan Vistula–Oder dan mara kearah barat, sepantas40 kilometer (25 batu) sehari menerusi Prusia Timur, Lower Silesia, Pomerania Timur, dan Upper Silesia, berhenti sementara di sempadan 60 km (37 bt) timur Berlin disepanjang Sungai Oder.[14] Apabila serangan tersebut bersambung, dua barisan (kumpulan tentera darat) Soviet menyerang Berlin dari arah timur dan selatan, manakala barisan ketiga menyerang tentera Jerman yang berada di utara Berlin. Pertempuran didalam kota bermula dari 20 April hingga pagi 2 Mei.

Persiapan defensif pertama di pinggir Berlin telah dibuat pada 20 Mac, setelah panglima baru Kumpulan Tentera Darat Vistula, Jeneral Gotthard Heinrici, dengan tepat menjangkakan bahawa kemaraan utama Soviet akan berlaku di atas Sungai Oder. Sebelum pertempuran utama di Berlin bermula, pihak Soviet berjaya mengepung kotaraya tersebut sebagai hasil daripada kejayaan mereka didalam pertempuran Seelow Heights dan Halbe. Semasa 20 April 1945, Barisan Pertama Belorussia yang dipimpin oleh Marsyal Georgy Zhukov mula mengebom pusat bandar Berlin, manakala Barisan Pertama Ukraine Marsyal Ivan Konev telah mara dari selatan melepasi formasi terakhir Kumpulan Tentera Darat Tengah. Pertahanan Jerman sebahagian besarnya dipimpin oleh Jeneral Helmuth Weidling dan terdiri daripada beberapa divisyen Wehrmacht dan Waffen-SS yang serba kekurangan, tidak dilengkapi dengan baik, dan tidak tersusun, waima SS merangkumi ramai sukarelawan asing SS, serta anggota Volkssturm dan Belia Hitler yang tidak terlatih. Di dalam masa beberapa hari, pihak Soviet dengan pantas mara kedalam kotaraya itu dan menghampiri pusat bandar yang mana berlakunya pertempuran jarak-rapat.

Sebelum pertempuran berakhir, Führer Jerman Adolf Hitler dan beberapa pengikutnya membunuh diri. Askar-askar pertahanan ibu negara itu akhirnya menyerah diri pada 2 Mei; walau bagaimanapun, pertempuran berterusan hingga ke barat laut, barat, dan barat daya Berlin sehingga penghujung perang di Eropah pada 8 Mei (9 Mei di Soviet Union) sambil unit-unit Jerman berjuang ke arah barat supaya mereka boleh menyerah kepada Sekutu Barat bukannya kepada pihak Soviet.[15]

Lihat juga

Nota

Nota kaki

Petikan

Rujukan

Bacaan lanjut